.

.

Pengikut

Powered By Blogger

perginya seorang Murabbi..


Sewaktu mendapat berita

"Ust. Dahlan dah MENINGGAL"

Tiada kata yang terungkap,
Terkejut,
Sedih,
Hiba,

Siapa tahu, beliau pergi pada saat kita semua bercuti di rumah.
Dan sebenarnya .........ana selaku moderator yang ditugaskan untuk meng''update'' blog ini pun tidak tahu ingin menulis apa...

Tergamam..itulah perasaan yang dirasa saat ini. Selepas mendapat berita pemergian ust. dahlan, terus saya mendapatkan laptop dan meng`on` kan internet.

Ust Dahlan, banyak sungguh jasanya. Beliaulah yang mengasaskan Ma`had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) pada Ogos 1987. Dan seperti yang kita saksikan sendiri, sudah banyak kemenangan yang diraih sejak MATRI ditubuhkan.

Ust Dahlan,
Dialah murobbi, Dialah suami, dialah ayah, dialah penyeri
Pemergiannya tiada pengganti
Jasanya tidak dapat diganti
Budinya tidak terbalas dengan harta duniawi
Dialah sang MUROBBI!!




Kami mengikrar janji,
akan meneruskan perjuangan panji islami,
Menyebarkan dakwah dan fikrah tarbawi,
Moga ALLAH memberkati!!
ALLAHU AKBAR!!

Berjuang menempah susah,
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka,
Seorang mujahid memburu syahid,

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara memburu cita
Membara demi Allah dan rasul-Nya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.

Tinggal Kenangan..

Bersama para peserta,guru-guru dan pegawai-pegawai dari Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis,(PKENPs)..
Kenangan bersama Guru Pembimbing Syarikat Brillex Corporation Sdn. Bhd di Hotel Selesa,Johor Bharu,Johor Darul Takzim..




Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon