.

.

Pengikut

Powered By Blogger

Mengimbau kenangan...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..Allah masih lagi memberi kesempatan untuk saya bernafas dimuka bumi-Nya..dan memberi kesempatan untuk saya mencoret sedikit kenangan yang sudah lama ditinggalkan..
semalam...saya ingin membuat satu posting tentang Kursus Jatidiri yang saya ikuti selama 22 hari di B.A.Resort Kuala Kangsar..tiba-tiba saya terbuka "file"..kenangan 2010..
apabila saya melihat semula gambar-gambar itu..terdetik dalam hati ini.."Ishh..aku ni dah lupa ka kat depa??depa ni la yang paling aku rindu dan sayang sebenarnya..sebab depa ni lah yang sama-sama berjuang dengan aku..sama-sama menghadapi suka dan duka bersama.."..terus saya "sign in" di blogger.com..terlupa sebentar pasal JDK..


Memang tidak dinafikan bahawa cara berhubung dengan kawan-kawan dan saudara seMuslimah adalah berbeza dengan cara kawan-kawan lain dalam perhubungan.Hubungan dengan saudara-saudara seMuslimah adalah berdasarkan taakhi (persaudaraan) kerana Allah.Kasih sayang kerana Allah termasuk ikatan paling tinggi dan mulia pernah wujud di antara manusia dengan manusia lain,sama ada lelaki ataupun perempuan.Ikatan iman kepada Allah yang ditegakkan oleh Allah di kalangan sesama orang-orang mukmin sebagaimana dinyatakanNya dalam firmanNya:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."
(Al-Hujurat 49:10)

Persaudaraan seiman itu adalah ikatan paling kuat di antara hati dan pemikiran.Maka tidak hairanlah jika kita lihat para Muslimah menikmati hubungan yang kekal dan kuat berdasarkan kasih sayang kerana Allah yang merupakan bentuk kasih sayang sesama manusia paling mulia dan suci.Itulah kasih sayang yang tidak mengandungi apa-apa kepentingan dunia atau motif tertentu.Itulah cinta yang mana Muslim dan Muslimah mendapat kemanisan iman.Rasulullah bersabda :

"Tiga perkara yang barangsiapa mencapainya maka mereka akan mendapatkan kemanisan iman iaitu:Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada sesiapa atau sesuatu apa pun jua,saling mencintai kerana Allah dan dia benci kembali kepada kekufuran sesudah Allah menyelamatkannya darinya,sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka."



SEDIKIT GAMBAR KENANGAN BERSAMA...




dewan peperiksaan time SPM 2010..


waktu ni..jamuan untuk PERMATA 16...



makan dibawah sebab meja tak cukup...



guru kelas(teacher Basimah)..sentiasa melayan karenah anak-anak muridnya..



Ustaz Abdul Karim..yang sentiasa bersabar dengan layanan kami.



cikgu yang disangka garang..rupanya..pandai berjenaka..



cikgu mathematics..sentiasa dengan ketegasan beliau..



Ustaz Hadi...tegas dengan cara bacaan al-Quran...



kenangan bersama..duduk di tepi longkang..dibawah pohon yang rendang...di hadapan sebuah rumah...



mendengar penjelasan dari Ustaz Karim



hari terakhir bersama teacher Noraini..



kenangan bersama ahli dorm juga tidak ketinggalan...DORM AD-DHIA'



bersama cikgu additional mathematics...cikgu Asmah..



kerinduan yang teramat kepada hari sabtu petang...ijtima' am..



IJTIMA'AM...



Kenangan yang mungkin sukar untuk dilupakan...PROGRAM USAHAWAN MUDA..
time latihan kat dalam bilik mesyuarat..

masuk surat khabar..



peserta JDK Zon Utara..


majlis perasmian penutupan kursus Jatidiri dan Kesukarelawan..

Tanggal 15 Januari 2011,berakhirlah sudah Kursus Jatidiri dan Kesukarelawan musim kedua yang berlangsung di Batu Ampar,Resort,Sungai Siput,Kuala Kangsar.Akhirnya segala objektif yang dirancang sudah tercapai bagi pihak penganjur antaranya mendedahkan peserta kepada kemahiran berorganisasi,pengurusan dan komunikasi.

MAJLIS PENUTUPAN:

Pengerusi:Muhamad Al-Wafi b. Idris
Pembacaan Al-Quran:adik Muhamad Afdhal b. Azahari

Ucapan:
1)YDP Haluan Negeri Perak merangkap Pengarah Kursus Jatidiri dan Kesukarelawan Zon Utara.
Encik Amran b. Yeop Zahari

2)Ketua Kampung Paya Lintah
Encik Amir Fahmy

3)Penghulu Mukim Lubuk Merbau
Haji Muhammad Yusri b. Haji Mahmod






Hadiah-hadiah bagi pemenang untuk peserta terbaik,peserta harapan,dorm terbaik dan liga jdk..



hadiah dan cenderamata...




Peserta siswa..JDK Zon Utara..


Peserta siswi..JDK Zon Utara


Mak cik-mak cik yang hadir majlis penutupan



Pak cik-pak cik yang hadir di majlis penutupan



dari kiri:Haji Muhammad Yusri(penghulu mukim lubuk merbau),En. Amran(YDP Haluan Negeri Perak),En. Amir Fahmy(ketua kampung paya lintah)dan En. Kamarudin


Ucapan daripada YDP Haluan Negeri Perak:En.Amran b. Yeop Zahari



Ucapan daripada:Haji Muhamad Yusri b. Haji Mahmod(penghulu mukim lubuk merbau)



Anugerah kumpulan terbaik tempat ketiga:kumpulan Muhammad Al-Fateh



Tempat kedua:kumpulan Khalid Islamboulik



Tempat pertama jatuh kepada:kumpulan Syed Qutb



Anugerah bagi Liga Bola Sepak JDK Zon Utara:
tempat ketiga:kumpulan Khalid Islamboulik



Tempat kedua:kumpulan Saidina Hamzah



Tempat pertama jatuh kepada:kumpulan Syed Qutb



Anugerah bagi peserta harapan:Luqman Hakim b. Buyong



Anugerah peserta terbaik:Solehudin Shaatibi



Anugerah kumpulan terbaik tempat ketiga:kumpulan Khaulah Al-Azwar



Tempat kedua:kumpulan Fatimah Az-Zahra'



Tempat pertama jatuh kepada:Kumpulan Zinnirah



Anugerah pertandingan dorm terbaik
tempat kedua:dorm B



tempat pertama:dorm A



Anugerah peserta harapan:Naiemah



Anugerah Peserta Terbaik:Nurul Athirah








Kursus Jati Diri dan Kesukarelawan Zon Utara..




Terdapat sekitar 450,000 orang pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2010.Terdapat sebahagian mereka yang akan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selain ada juga juga yang bekerja.Pun begitu,sebahagian besar mereka tidak berpeluang untuk mengisi masa cuti secara berfaedah sekaligus memungkinkan mereka terjebak dengan gejala sosial.

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangun modal insan seimbang,maka satu konsep latihan meliputi aspek aqli,jasmani,rohani dan juga emosi perlu direncana.oleh itu,Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ,Institusi latihan Islam Malaysia (ILIM) serta Kolej Teknologi Darulnaim (KTD),Pengkalan Chepa,Kelantan merancang untuk melaksanakan Kursus Jatidiri dan Kesukarelawan Remaja bagi kali kedua selepas berjaya melaksanakannya pada tahun 2009.Kursus ini sangat relevan dalam membantu menjayakan hasrat kerajaan dalam menacapai matlamat yang murni..


Objektif....

  • Memberi pendedahan aspek pembentukan jatidiri dan kesukarelawan kepada peserta.
  • Mendedahka peserta kepada kemahiran berorganisasi,pengurusan dan komunikasi.
  • membina kemahiran pengurusan diri dan masyarakat.
  • melahirkan individu yang cakna,kasih sayang dan sedia berbakti kepada masyarakat.
  • Melahirkan kepimpinan pelajar berwibawa dan berketerampilan.

Intipati kursus..

  • Modul Majlis Perasmian,Orientasi dan Penutup
  • Modul Anjakan Paradigma
  • Modul Kemahiran Insan dan Profesional
  • Modul Kemahiran Kepimpinan Kemasyarakatan
  • Modul Kemahiran Khidmat Masyarakat
  • Modul Kemahiran Asas Kewanitaan
  • Modul Kecergasan Fizikal dan Rekreasi
  • Modul Kolej Teknologi Darulnaim








Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon