.

.

Pengikut

Powered By Blogger

raya tahun nih...

Raya tahun ni....
macam mana ya??
boleh la tahan seronoknya...dapat baju raya baru...2 lagi tuh...
kalau nak raya mcm biasalah..sehari sebelum raya..mak sedara,ayah sedara
mestila datang rumah..
petang tu masak lemang,rendang (2 jenis:rendang tok dan rendang ayam)
langsir dah pasang 3 hari sebelum raya...
kuih raya plak..kuih tunjuk jer...


raya pertama...

macam biasa juga...pergi solat raya...
salam...ngan makcik dan pakcik...
dapat duit raya lagi tu...


yang ni gambar waktu Muhamad Irsyad nak ambik duit raya dekat ayah nyah...(baju warna unggu pekat)

pak su yang duduk kat(US kot) call..dapat tengok muka...kat Malaysia kul 10 pagi...kat sana kul 9.15 malam...


abang2 ku..kalau dah ada motor..cop sorang satu..tak mainlah naik kereta macam orang lain....
waku ni ready nak pi raya ramai2..gi rumah sepupu sepapat semua...


pi rumah pah weh...

Raya kedua..

Agak specialla jugak tahun ni...
dapat balik Alor Setar..ingatkan tak balik sana dah...
bertolak dari rumah malam raya pertama...
sampai terus tidur kat rumah mak cik...(kat teluk wanjah)

ermm...ni kat rumah mak tok...abah,alang,miqdad ngan umair...(macam boring jer)...

on the way nak gi rumah mah teh kat jitra..(bukit tinggi)...


rumah mak teh...(yang perempuan tu..syakirah...yang kecik tu..idris)

ha...ini plak kat umah mak ngah...sebelum sampai kat sini kami pergi rumah mak cik maryam dulu...biasa la...pi raya...kami sampai ja...terus dijamu dengan ais krim...sapa yang tak nak ais krim...


ini..semua sepupu...sedap makan ais krim sambil tengok tv...

raya kami kat alor setar selama 2 hari sahaja...hari kedua tu mengejut ...
balik kul 3 petang...sampai rumah kul 6.30 petang...
itu jela..yang seronok pun pasal raya kali ini...

selamat membaca...
salam...

Exam akhir tahun


Dah lama tak menaip kat dalam blog ni..bulan ramadhan dah berlalu,raya pulak yang datang..kalau asyik berfikir pasal raya memang tak boleh nak bawak kemana..ada satu benda yang agak menggerunkan semua pelajar di Malaysia atau kat mana-mana la dan kalau cerita pasal benda ni..penting untuk masa depan..

FINAL EXAMINATION

peperiksaan akhir tahun 2 minggu lagi..balik jer sekolah nati terus cikgu nak habiskan silibus yang tertunggak..mesti letih.pelajar pulak setiap malam akan tidur lewat sampai mereka merasa terlalu ngantok..selalunya bagi kami form4 akan membentangkan tikar di dataran asrama dan belajar ramai-ramai kat situ..kadang duduk mengikut matapelajaran yang tengah ulang kaji..dimana-mana saja akan bawa buku..makan,tidur,sembang,main.

ini baru ujian di dunia..adakah kita sudah bersedia dengan ujian kat akhirat nanti??adakah persediaan kita juga akan macam itu..jikalau Allah memberitahu umatnya tarikh kematian seseorang itu,sudah semestinya kita semua akan sentiasa berada ditikar sembahyang dan sentiasa melakukan amal kebaikan..

peperiksaan kat dunia ni semua dah ditetapkan oleh guru..tapi yang menentukan samada ia berlaku ataupun tidak..itu terpulang kepada Allah..dalam al-quran Allah berfirman"jadilah,maka jadilah.."



setiap usaha yang kita lakukan..InsyaAllah akan ada natijahnya dari Allah..pepatah arab ada menyebut(man jadda wa jada)dalam bahasa melayunya..siapa yang berusaha dia dapat..Allah melihat setakat mana usaha kita dan hubungan kita dengan-Nya..

akhir kata..buatla persediaan yang secukupnya..pen,pensil,pembaris,pemadam,pengasah(5p)..bagi yang ambil peperiksaan besar tu saya ucapkan semoga berjaya..kad pengenalan jangan lupa..akak-akak dan adik-adik SPM dan PMR..kejayaan kalian adalah kejayaan untuk islam..

TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR..

Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon