.

.

Pengikut

Powered By Blogger

Our lecturer.. Our mom.. Our sister..

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah.. Allah masih lagi peluang untuk buat semua perkara...
Alhamdulillah.. atas semua..

OK..
Post kali ni saya nak "throwback" hari sebelum kitorang semua pulang untuk cuti lama..
pulang dan mungkin tidak akan kembali semula di tempat itu..
Mungkin hanya melawat seketika untuk mengenang kembali memori-memori terindah bersama..

Our lecturer.. Our mom.. Our sister..

Hurm...
Di KTD ni, antara banyak-banyak perkara yang best salah satunya adalah Pensyarah..
Pensyarah di KTD memang superb..
Diorang dah seperti mak kitorang, kakak kitorang..
berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, pendapat..
memang terBAIKlah..
Inilah salah satu keistimewaannya di KTD..
nak jumpa pensyarah amatlah mudah..
siapa yang tidak menghargai sewaktu belajar di KTD ni..memang rugi besar..
Peluang dan rezeki tu..depan mata..
Hanya hati-hati yang benar-benar tahu saja yang akan berebut..


Memandangkan kos / kursus kitorang antara yang paling sikit pelajar..
Hubungan kitorang semua lebih erat, "sporting" dengan semua..
Tapi, pensyarah kos kitorang adalah pensyarah paling ramai..
12 orang..(mungkin ada yang kata sikit,tp berbanding pensyarah kos lain..)
Dalam 12 orang itu, terdapat 1 orang pensyarah lelaki..
Tapi tidak kesemua pensyarah itu mengajar kitorang..
Dalam 12 orang hanya 1 atau 2 orang sahaja yang tidak pernah mengajar kitorang.


Inilah Mereka..


ومن آدابهم : أن يقصدوا وجه الله بتعليم من علَّموا ، ويطلبوا ثوابه بإرشاد من أرشدوا ، مِن غير أن يعتاضوا عليه عوضا ، ولا يلتمسوا عليه رزقا
“Antara adab-adab mereka (guru) adalah menjadikan matlamat mendapat keredhaan Allah dengan mengajar sesiapa yang mereka ajar, mengharapkan ganjaran Allah dengan memberi tujuk ajar kepada mereka yang diberi tunjuk ajar tanpa mengharapkan gantian (daripada orang) dan mengharapkan rezeki daripadanya.”



Puan Haslina bt Mahmud
Mengajar matapelajaran:
Logik Digital
Rangkaian Komputer
Komunikasi Data

Puan Azueliza bt Abdullah
Mengajar matapelajaran:
Statistik

Puan NoorHarzun bt Hashbullah
Mengajar matapelajaran:
Sistem Pengurusan Maklumat
Pesanan Terakhir:
"Jaga diri, semoga berjaya..jangan lupa saya"


Puan Nur Laili bt Abdullah
Mengajar matapelajaran:
Metodologi Pemprograman
Struktur Data
Rekabentuk dan Analisis Sistem
Pesanan Terakhir:
"Semoga kamu berjaya di dunia IPT yang sebenar, yang banyak cabarannya..jangan mudah putus asa..dekat luar nanti bukan lah seperti di KTD ni..orang kata apa..disuap2..tapi luar nanti, kamu kena cari sendiri..usaha sendiri..Jaga diri..jangan terikut-ikut dengan suasana buruk..kat KTD, masih dijaga..nnt diluar..kena mujahadah sendiri.."


Puan Husna bt Ibrahim
Mengajar matapelajaran:
Web 1
Web 2
Pengaturcaraan dalam Penyelidikan Operasi

Pesanan Terakhir:
"Semoga kamu dapat jaga diri, Belajar bersungguh-sungguh, ingat moto KTD.. Mengaji biar panda, Perangai biar juruh, Hidup biar buleh tumpang... beri manfaat kepada orang lain.. dan jangan lupa kami disini"


Puan Faznita bt Ismail
Mengajar matapelajaran:
Metodologi Pemprograman
Pengaturcaraan III(Visual Basic)
Pesanan Terakhir :
"Semoga berjaya pada masa hadapan, belajar betul2, semoga dapat kerja yang terbaik dan jaga diri"



Puan Zuraidah bt Zakaria
Mengajar matapelajaran:
Pengaturcaraan II(C++)

Pesanan Terakhir:
"Pesanan saya, nanti bila di luar nanti jangan ikut arus,dekat ktd ni semuanya dah diprogramkan, semuanya wajib, jadi, sebagaimana kamu di ktd, jadilah kamu juga diluar nanti"


Cik Jazilah bt Mat Saat
Mengajar Matapelajaran:
Komunikasi Data
Pesanan Terakhir:
"Jaga diri, belajar sungguh-sungguh..ingatlah kami semua disini."



Puan 'Afidatul Syakirah bt Abdullah
Mengajar matapelajaran:
Organisasi Komputer dan Bahasa Himpunan
Pangkalan Data

Pesanan Terakhir:
"Bila dah berada diluar nanti..jaga diri, belajar bersungguh-sungguh..ingat kami disini"




Ops!!
Satu-satunya pensyarah lelaki...




Encik Kamarulzaman bin Omar
Mengajar matapelajaran:
Aplikasi Komputer
Keselamatan Komputer
Pemasangan dan Selenggara Sistem Komputer

Pesanan Terakhir:
"Jaga diri nanti bila kat luar, semoga cemerlang di mana saja kamu berada.."


Last but not least

Alhamdulillah...
Hari terakhir berjumpa dengan mereka..
Dapat kata-kata semangat dan pesanan kasih dari mereka..
Sedih tidak terkata..
Sebenarnya banyak dan panjang lagi pesanan mereka..
tapi x larat nak taip..
InsyaAllah semoga Allah redha..



“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at-Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”


Little Mashitah 
~Home Sweet Home~
4/5/14

Tutup komputer orang.

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah....Hujan hari ni...
waktu-waktu begini seronok kalau tidur...sejuk~

Oklah..
Saya teruskan jalan la..
Nak cakap pendahuluan banyak-banyak pun xreti..tak pandai..

"Post" saya hari ni.adalah cara-cara bagaimana nak tutup/shutdown terus komputer kawan/orang la..
Tapi, harapnya ilmu ni bukanlah untuk mengenakan jahat pada sesiapa..
Jika lah kawan2, atau sesiapa yang korang tengok tengah tengok perkara yang tidak patut, 
atau malas nak buat kerja sekolah, atau tidak siap projek...sebab main game.
Boleh la cuba...hehe..

Perkara ni pun saya belajar sendiri..
kalau waktu belajar di kolej dulu..
Pensyarah hanya ajar sikit je..
dia cakap, kalau nak tahu.."explore" sendiri..huhu..
Bagus dan betul juga..kadang pelajar ni "malas" nak kaji..
semuanya nak "disuap"

Step 1:
Pertama sekali, 
korang pergi pada butang START, bahagian bawah hujung kiri..
Tekan dan taip pada Search Program and Files..
Taip Run.
Gambarannya lebih kurang kat bawah ni la..

Taip RUN.
Bila dah taip..
Tekan ENTER.
Dia akan keluar macam kat bawah ni pula..
Tetingkap Run.
Lepas tu, taip pula cmd.. bermaksud Command Prompt
Apa-apa jenis arahan korang boleh tulis dan buat...



Taip cmd

Ok...
Tekan OK.
Dia akan keluar C:\Windows\system32\cmd.exe
Tetingkap cmd yang berwarna hitam..
Kat sini la korang tulis segala arahan yang korang nak..
Tapi, hari ni pasal nak "shutdown" komputer orang lain..



Tetingkap cmd

Tapi, sebelum kita nak "shutdown" komputer orang yang dituju..
Kena cari IP  Adress bagi komputer orang tu..
Dengan menaip arahan -->" netstat -n"
Untuk melihat alamat IP komputer.
Macam kat bawah ni..


Taip netstat -n
Bawah ni senarai Alamat IP yang terbuka..


Alamat IP

Cari lah Alamat IP komputer tu..
Bila dah jumpa..
Taip pula arahan --> "shutdown -i"


Taip shutdown -i
Tekan ENTER.
Dan akan keluar tetingkap Remote Shutdown Dialog
Pada tetingkap itu, korang tulis la Alamat IP komputer orang tu..


Remote Shutdown Dialog


Cari Alamat IP
Yang terakhir..
Korang masukkan Alamat IP..
Ops..lupa plak..
Ambil Alamat IP yang Local Address..
Tekan Add untuk masukkan..




Bila dah masukkan Alamat IP..
Tekanlah OK..
Itu saja...hehe..



P/s: Korang kalau nak cuba, jangan buat jahat... Gunakan sebaik yang boleh..Untuk sedarkan orang ke..kawan2 ke..Ok lah...Semoga bermanfaat...


Little Mashitah
~Home Sweet Home~
29/4/14
17:33
hujan renyai2..




Dinner AMITS 2014.

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua? heee.. (mcm ramai je yg baca blog ni..)
Apa2 pun, diharap semuanya sihat2 belaka lah..

Alhamdulillah...
Post untuk saat ini..cerita tentang "Makan Malam AMITS 2014"
Dengar je perkataan "makan malam" perkara pertama yang akan difikir adalah "BAJU".
Betul x??? hehe
Bukan nak cerita pasal baju apa yang diorang pakai..tapi nk cerita sikitla pengalaman dan perkongsian untuk makan malam yang terakhir sebagai pelajar KTD...


Senior Last

Ini adalah Makan Malam yang kali ke-3 yang pernah saya ikuti sepanjang belajar di KTD dan menjadi ahli dalam Persatuan AMITS atau nama panjangnya Association Multimedia n IT Students..

Tujuan makan malam yang julung-julung kalinya diadakan pada setiap 2 semester (1 tahun) adalah untuk meraikan senior-senior semester akhir, sudah masanya untuk berpisah..huhu
Makan malam kali terakhir itu bertemakan "Heart and Soul Ocean"..

Jadi, bila dikatakan Ocean..Mestilah warna biru kan?..hihi
Alhamdulillah, walaupun sedikit kekurangan tapi ianya satu kenangan buat kami-kami yang senior ni..
Segala usaha kerja junior-junior yang disayangi...

ok..
Biarlah gambar yang berbicara... ;)

Afiqah dan Puan Husna

Bersama Puan Faznita Ismail

Afiqah, Khairiah dan Puan 'Afidatul Syakirah

KAMI.... Batch 2011/2012

Gambar pun dah berbicara..
Tangan pun dah tidak tahu nak tekan apa..
Jadi, sampai sini je lah untuk post yang ni..
Semoga Allah Redha semuanya..Amin.


Little Mashitah
~Home sweet home~
29/4/14




Adik2 comelku..


Assalamualaikum wbt...

Banyak sangat sebenarnya nak bercerita nih...
Setiap gambar, pasti ada cerita yang tersembunyi.
Kali ni nak cerita tentang my sisters yang comel2 dan baik2 belaka..
Senang cerita.. Adik2 bawah jagaan saya..
PESAT a.k.a Program Pembangunan Sahsiah Terpuji..
Program ini adalah program wajib di KTD..
so, almost the student wajib untuk hadir..cannot absent without reason..
tapi kadang ada je yang ponteng..

Saya sangat suka dengan adik2 saya ni..
Kebanyakan dari mereka suka datang PESAT..
Kadang saya yang "malas" tapi as naqibah..
that bad thing kena buang...
Apabila melihat mereka semangat..saya pun jadi lebih semangat...






Alhamdulillah...Semoga Allah kuatkan semangat mereka untuk terus berada di KTD...
Amin..


Little Mashitah
~Home Sweet Home~
26/4/14


Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon