.

.

Pengikut

Powered By Blogger

Langit







Langit itu penuh hikmah yang tidak boleh kita pandang sepi. Setiap kali mendongak ke langit, rasa diri ini kerdil, lemah dan tidak berdaya. Setiap kali mendongak ke langit, rasa kehebatan dan keutuhan ciptaan Allah SWT. Allah yang menciptakan langit tanpa tiang mahupun paksi.

Langit yang waktu malamnya dihiasi pula dengan bintang-bintang bergemerlapan. Sungguh indah! Ditambah lagi sinar rembulan memukau. Subhanallah!  Langit bercahaya ciptaan Allah yang sangat menakjubkan.

Kadang-kala apabila mendongak ke langit, rasa diri ini terangkat mahu terbang di angkasa!. Kadang-kadang, ada juga perasaan mahu terbang terus ke syurga!. 

Sungguh besar hikmah yang ada pada langit. Jangan bosan mendongak ke langit kerana di situ ada seribu satu rahsia yang tidak akan termampu kita terokainya..

"Actually, when we look at nature, we will discover many things. The meaning of beauty.. The delicate balance on and THE MERCY OF Allah swt.. " 

Tadabbur surah : [Al-Imran:190-191]



"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bg orang yang berakal.(mereka adalah) orang yg mengingati Allah sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):"Ya Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan ini sia2,Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka"

p/s: Carilah masa untuk melihat alam..walaupun sekeliling kita juga adalah alam..

12 & 13 June 2014
Langkawi, Kedah..
bersama Widad Kamarudin dan k. Syafiyah Adzahar



~Little Mashitah~
Home Sweet Home
21:54




Kenduri Kahwin Nisa!

Assalamualaikum...
Semoga kalian berada dibawah naungan RahmatNya..Ameen..

Cerita kali ini...

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"


(riwayat Bukhari dan Muslim)


Barakallah kepada sahabat sekampung, sejiran,sekelas, sekepala dan semua se lah.. Saidatul Nisa
Alhamdulillah, sudah tiba masanya dia menamatkan zaman bujangnya.. 
pada tanggal 6 jun 2014..dengan jejaka pilihan Allah swt..

Nur Saidatul Nisa & Syahmi Siran



Akad Nikah : Malam 6 jun 2014



Nisa dan Syahmi



Berjumpa kembali...
Me, Hidayah, Khadijah dan Syahirah bersama anaknya.



Bergambar sakan... :)



Bergambar bersama pengantin Perempuan..



Kami...

Subhanallah...
Sekejap saja masa berlalu.. 
Dahulunya masih kanak2..bermain di tepi sungai..berbasikal ke sekolah..naik moto keliling kampung..
Masing-masing sudah ada hala tuju..

Masing terngiang-ngiang di telinga..Berbual-bual dengan dia sebelum di ijab kabul:
Me: Wah..Tahniah nisa... jelesnya..dah tiba masa untuk kawen..
Nisa: Alhamdulillah.. nul, Allah tu Maha Adil. masa nul pun akan tiba juga, cuma belum tahu bila..dan Allah izin, nisa kawen waktu tengah belajar.. belajar pun xhabis lagi..nul pulak..dah habis..nak konvo dah pun..
Me: InshaAllah nisa..setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya.. 

Betul-betul rasa kehilangan seorang sahabat yang paling rapat..
Ya Allah.. semoga sahabatku berada dalam keluarga yang Sakinah, Mawaddah dan Rahmah..Amin..


~Little Mashitah~
Home Sweet Home
12:23







Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon