Sambung puasa lagi hari ni, masuk hari ni 3 hari dah. InsyaAllah semangat dan kekuatan itu masih ada. Alhamdulillah, semalam 19 jun 2013 bersamaan hari rabu genap lah aku memasuki umur 20.Terasa diri ini sudah tua..huhu. Dah 20 tahun aku amik oksigen dan pijak di atas tanahNya. (Sekejapnya)
Adakah selama 20 tahun aku hidup ini, aku telah guna setiap masa itu dengan sebaiknya??
" tepuk dada tanya iman"
"Sekali-kali tidak akan berganjak kedua-dua telapak kaki seorang hamba(manusia)
pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang
empat perkara, iaitu tentang umurnya kemana dihabiskannya, tentang mudanya kemana dipergunakannya, tentang hartanya dari mana diperolehinya dan kemana dibelanjakannya, tentang ilmunya apakah yang diamalkannya."
[HR Al-Bazaar dan Al-Tabrani dgn sanad sahih]
Hari ni, aku nak cerita tentang semalam. Aku ada kawan kat kampung ni, dan aku pasti semua orang ada kawan ditempat tinggal masing-masing. Jadi, aku nak cerita tentang mereka. Dikampung ni kami bersahabat seramai 6 orang. Mereka adalah aku, nisa, dijah, dayah, syera dan aisyah. Semuanya dah menuju haluan masing-masing. Ada yang dah kawin dan mempunyai anak, yang bekerja di KL, amik STPM, dan lain-lain.
Alhamdulillah, Allah letakkan tarikh hari lahir aku waktu aku tengah cuti semester dan kawan aku juga sedang bercuti walaupun bukan semua. Dua hari sebelum 19 jun, aku dah 'plan' untuk berjumpa dengan mereka. Allah bagi rezeki untuk bulan ni, ada la sikit duit dalam poket. Aku 'plan' untuk sambut birthday aku dengan nak sembang-sembang dengan mereka. Maklumlah dah lama tidak berjumpa. Bukannya apa, aku ni jenis suka duduk dalam rumah, tidak bergaul. Cuti dah nak habis baru kalut nak 'plan' tu, 'plan' ni.
Akhirnya, jadi juga 'plan' aku tu. Kami makan-makan di Pizza Hut Kuala Kangsar. Aku tak tahu nak ajak makan di mana sebab aku tak tahu jalan dan memang tak tahu tempat yang best. Jadi, aku amik keputusan makan di Pizza Hut sahaja, walaupun tidak sehebat mana.hehe. Aku dapat hadiah juga waktu ni..
Hampir 2 jam juga lah kami makan sambil berborak, bukan senang nak berjumpa lagi. Tambahan pula salah sorang daripada mereka bakal mendirikan rumah tangga. Urm, dah rezeki dia kan.Apa pun aku sentiasa doakan korang. huhu. Habis makan kami pergi pusing pekan, mencari apa yang diperlukan. Kemudian, kami singgah di Taman Rekreasi dekat dalam kampung kitorang tu, sembang-sembang tentang sekarang dan masa depan. Satu lagi, aku ni kan jenis tak keluar rumah, jadi banyak benda yang jadi kat kampung tu, aku tak tahu. Merekalah yang bercerita dan memberi tahu. * apalah..
Pukul 7 tepat kami pulang ke rumah masing-masing dengan perasaan gembira.
'Terima kasih korang berdua..'
Hadis Al-Bukhari dari Abu Musa Al-Asy'ari bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti(berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, samada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar atau mendapat busuk."
P/s: Ya Allah, semoga persahabatan kami diredhaiMu dan semoga aku menjadi sahabat yang lebih baik dari sekarang, teman yang lebih setia dari sekarang serta seorang rakan yang sentiasa menyembunyikan aib sahabatnya. Amin.