.

.

Pengikut

Powered By Blogger

IKBN...SK4Y...(skill for you)

masuk je pinti masuk IKBN..terus nampak kapal yang besar ni...


hmmm...hari yang bertarikh...(tak ingatlah)...matri dijemput untuk menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak IKBN,Kuala Perlis...jadi pihak sekolah(kot) mencadang supaya pelajar tingkatan 4 yang mengikuti program tersebut..tetapi hanya 40 orang lelaki dan 40 orang perempuan..tetapi disebabkan tinggal lagi 12 perempuan di asrama...so disarankan agar membawa semua sekali...tapi malangnya,program itu dilakukan ketika mana..pada minggu itu pelajar dibenarkan pulang selama seminggu....jadi yang pergi hanyalah 31 orang perempuan dan 11 orang lelaki...

Segalanya ditanggung oleh pihak IKBN,iaitu makanan,penginapan,bayaran dan pengangkutan...jadi kami cuma hanya membawa diri yang dalam keadaan sihat tanpa sakit...
kami bertolak pada hari jumaat petang,pada pukul 3.30 petang...cikgu pengiring ialah cikgu syahid amin...kerana beliau guru penasihat kami semua....




Sesampai saja di sana,kami terus masuk ke dewan untuk sesi pemilihan jurusan...bagi perempuan hanya ada 3 jurusan sahaja...tetapi bagi lelaki ada 6 jurusan...hanya 2 buah sekolah sahaja yang mengikuti program SK4Y & SK2Y ini...iaitu Matri dan Ma'had Tahfiz Al-Munir,Pulau Pinang...

Bagi saya,saya mengambil jurusan ppsb iaitu pelukis pelan seni bina....seramai 10 orng sahaja yang berminat bagi jurusan yang saya ambil ni,so tak la ramai sangat macam jurusan yang lain...hehehe...mereka ialah husna,tasnim,syarah,ainul mardhiah,fadhilah,syazwani,afiqah,khaulah,mursyida dan saya....


ini gambar mereka yang ambil jurusan PPSB..

dah habis pilih jurusan...kami semua pergi ke bilik masing2 yang terletak di blok yang bernama Siti Khadijah...ditingkat empat banggunan...roomate saya semua jurusan yang sama iaitu mursyida,ainul mardhiah,dan syarah jadi senang kami pergi bersama...(kadang-kadang je).



ini ialah asrama Siti Khadijah...kami semua duk kat atas sekali...



inilah cikmi(cik Hazmi)guru kami...waktu tengah tekun mendengar macam mana dia buat
model masjid ni...



inilah model masjid yang dibina sendiri oleh cikMi kami..dalam masa sebulan @ dua bulan..



yang ni plak waktu hari first kami masuk kat dalam bilik komputer...dok tengah dengar taklimat..sempat posing lagi...(zaman sekarang lukis tak payah pakai pensel dah...zaman dah moden..lukis pakai komputer jer..)



waktu ni kitorang semua tengah sibuk menyiapkan kerja yang diberi...(bila masa plak tangkap gambar nih...)mula-mula nak buat rangka..memang susah,tapi bila dah reti buat.senang je..dan masalah yang memeningkan tenaga pengajar ialah susah nak suh kitorang keluar rehat dan berhenti...sebab terlalu semangat dan tekun...(bangga)..



jurusan kami ni istimewa skit..sebab tempat kami kat tingkat 3 dan cuma duduk kat dalam bilik yang berhawa dingin...sebenarnya kami perlu memakai baju yang berseluar..tapi tula yang istimewanya...cikgu kami bagi pakai baju kurung...
Gambar ni waktu hari kedua..(hari last)sebelum masuk kami posing dulu....
(pencarian gadis melayu...)



yang 3 gambar kat atas ni....semuanya kitorang kena buat...agak susahla....tapi gmbr ni bukan saya yang buat..sayanya tak sempat nak bergambar...mak cik ni memang....gambar ni tak siap sepenuhnya lagi...



ha...ini tuan punya lakaran tu...ermm sempat lagi dia posing..mentang-mentang hampir siap...



ermm....lupa plak nak cerita pasal makanan kat sana...makan..memang kat sana kami semua kuat makan..sebab sedap...bukan senang nak jumpa kat matri...ayam,daging,udang..ikan mana ada..



memang berselera betol kawan kita sorang ni makan...sampai nak licin pinggan..



ermm..sebelum kami semua keluar dan meninggalkan bilik ini..kami tangkap gambar dulu dengan tenaga pengajar kami yang sorang ni...sebab akak sorang ni jer perempuan..yang lain lelaki...
dari kiri:
tasnim,khaulah,saya,syazwani,mursyida,kak suhaila,fadhilah,syarah,husna dan afiqah..



sebelum naik bas...tangkap gambar dulu...

Akhirnya,tamat juga cerita kami...banyak pengalaman yang kami dapat daripada program kali ini...mengajar kami suasana berada di luar(matri)..macam pelajar universiti plak...

sampai disini sajalah cerita saya kali ni..lenguh dah menaip...
salam...


0 comment:

Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon