Ramadhan.....
Dalam surah Al-Baqarah ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa".
Cuti kali ini..menyeronokkan kerana kita dapat berpuasa dan berbuka pada hari pertama
bersama keluarga yang tercinta...
Teringat ...sebelum balik ke kampung....pada hari isnin malam.....
waktu tu ada tazkirah maghrib dari 2 orang sahabat...kirenye senior la...dier bagi tajuk Ramadhan kot....dier cakap bulan ramadhan ni..ialah musim bunga bagi orang yang beriman...
apabila kita berada didalam nya..ia akan memberi kita haruman..dan apabila kita keluar
daripada nya..ia akan membawa keharuman...dan jikalau kita dapat memetik 1 @ 2 kuntum
bunga dimusim bunga itu..ia akan menjadi penambah amalan untuk kita...
Dalam bulan ramadhan ini jugalah untuk kita meningkatkan kuasa...apabila keluar boleh menjadi bekalan amalan kita...
kalau kita lihat orang lain...bulan ramadhan itu bulan puasa..yang cuma menahan daripada makan dan minum sahaja...tetapi orang yang beriman melihat Ramadhan dari sudut yang berbeza...Puasa itu tahan..dan apa yang kita tahan???..yang kita tahan itu ialah nafsu..
nafsu ini kita kena kawal...kalau kita dapat mengawal nafsu..tidak ada perkara yang tidak
diingini akan berlaku....(betol tak???)....
Apa yang ditulis ini ada ulangan bagi tazkirah yang disampaikan oleh 2 orang sahabat kita....so..berubahlah dari sekarang...
dalam konteks untuk berubah ada 3 prinsip yang perlu ada...iaitu:
3S....
S..yang pertama:
Sendiri-mestilah ubah diri sendiri dulu...diri sendiri tidak boleh diubah oleh orang lain..
S..yang kedua:
Sikit-sikit-kalau nak ubah diri tu..mestilah sikit-sikit dulu...kalau tak leh ubah terus..
S..yang ketiga:
Sekarang-so..kalau nak ubah diri...mulakan dari sekarang..bukannya esok,lusa,tulat..dan seterusnya....
ada skit kata-kata yang ingin dikongsikan..:
"manusia yang jelas matlamat hidupnya akan menyusun dan mengurus
kehidupannya sesuai dengan matlamat hidupnya.."
akhir sudah refreshment tentang tazkirah hari itu...
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak....
salam...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Translate
Dikuasakan oleh Blogger.
0 comment:
Catat Ulasan