Exam akhir tahun
Dah lama tak menaip kat dalam blog ni..bulan ramadhan dah berlalu,raya pulak yang datang..kalau asyik berfikir pasal raya memang tak boleh nak bawak kemana..ada satu benda yang agak menggerunkan semua pelajar di Malaysia atau kat mana-mana la dan kalau cerita pasal benda ni..penting untuk masa depan..
FINAL EXAMINATION
peperiksaan akhir tahun 2 minggu lagi..balik jer sekolah nati terus cikgu nak habiskan silibus yang tertunggak..mesti letih.pelajar pulak setiap malam akan tidur lewat sampai mereka merasa terlalu ngantok..selalunya bagi kami form4 akan membentangkan tikar di dataran asrama dan belajar ramai-ramai kat situ..kadang duduk mengikut matapelajaran yang tengah ulang kaji..dimana-mana saja akan bawa buku..makan,tidur,sembang,main.
ini baru ujian di dunia..adakah kita sudah bersedia dengan ujian kat akhirat nanti??adakah persediaan kita juga akan macam itu..jikalau Allah memberitahu umatnya tarikh kematian seseorang itu,sudah semestinya kita semua akan sentiasa berada ditikar sembahyang dan sentiasa melakukan amal kebaikan..
peperiksaan kat dunia ni semua dah ditetapkan oleh guru..tapi yang menentukan samada ia berlaku ataupun tidak..itu terpulang kepada Allah..dalam al-quran Allah berfirman"jadilah,maka jadilah.."
setiap usaha yang kita lakukan..InsyaAllah akan ada natijahnya dari Allah..pepatah arab ada menyebut(man jadda wa jada)dalam bahasa melayunya..siapa yang berusaha dia dapat..Allah melihat setakat mana usaha kita dan hubungan kita dengan-Nya..
akhir kata..buatla persediaan yang secukupnya..pen,pensil,pembaris,pemadam,pengasah(5p)..bagi yang ambil peperiksaan besar tu saya ucapkan semoga berjaya..kad pengenalan jangan lupa..akak-akak dan adik-adik SPM dan PMR..kejayaan kalian adalah kejayaan untuk islam..
TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR..
Labels:
diary
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Translate
Dikuasakan oleh Blogger.
0 comment:
Catat Ulasan