Assalamualaikum wbt...
Bersyukur kepada Allah,kerana masih lagi dapat untuk menghidup udaraNya segar pada pagi ini...dan juga 2 nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam..
hermm..posting kali nak cerita pasal kenangan dulu...waktu 2010..
time saya menyertai Program Usahawan Muda...
Allah mengizinkan saya untuk berada bersama dengan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Brillex Corp..(syarikat kami)...
tapi posting kali ini saya nak bercerita pasal,kami pergi lawan peringkat Kebangsaan kali ke-14 di Persada Johor...
dan saya rasa amat bertuah kerana dapat bersama dalam program ini..jika diikutkan..
banyak pengalaman dan kenangan...
Alhamdulillah,akhirnya saya dapat juga menjejakkan kaki di Negeri Johor,buat pertama kalinya..perjalanan yang mengambil masa hampir separuh hari...
kami pergi menjadi wakil(kontigen ) Negeri Perlis..
memang tak dapat dilupakan....
perkara yang bestnya..dapat mandi kolam..waktu tu..pagi..dekat kolam tiada orang..
saya dan 2 orang rakan lagi..turun ke tingkat 11...
bilik kami di tingkat 21...
JOHOR INTERNATIONAL CONVENTION CENTER...
PERSADA JOHOR
BERSAMA GURU PEMBIMBING..
(ketar tangan time ni..takut tersalah tekan..he..he..)
MENUNGGU GILIRAN..
ALHAMDULILLAH,setakat itu sahaja yang mahu saya ceritakan.walaupun sebenarnya banyak lagi perkara yang best,menarik dan pelik...
sebenarnya..kami dari perlis hanya memenangi sorakan terbaik sahaja..
walaupun hanya satu sahaja yang dapat kami bawa pulang..
kami tetap rasa berbangga dan rasa berjaya,
kerana kami dapat membawa imej islam yang baik..
kami tetapkan pendirian kami dengan cara kami tidak kiralah,
orang lain nak kata apa..
dan teringat satu hari tu..waktu kami semua wajib untuk memakai t-shirt
berwarna hijau yang diberi...t-shirt pendek,tangan pun pendek..
jadi kami tidak hanya memakai baju itu sahaja..kami memakai t-shirt labuh
dibahagian dalam...alhamdulillah,tiada apa tentangan..
dan sewaktu kami menunggu pintu dewan di buka..
kami duduk sebentar di tepi dinding...
tiba-tiba sorang pak cik(cikgu sekolah lain)..datang ke arah kami,
dan bertanya..kenapa pakai baju macam ni..
asma' menerangkan kepada pak cik tu...
"kami tak biasa memakai baju hijau ni.jadi kami pakai baju labuh di dalam.."
Alhamdulillah pak cik itu paham dan kami bersembang tentang baju yang kami pakai...
JADI,NAK CAKAP DISINI,ISLAM ITU BUKAN HANYA NAMA TAPI CARA HIDUP,KEMANA SAHAJA KITA PERGI..ISLAM ITU MESTI DIBAWA SEKALI..BUKAN HANYA AKHLAK KITA..MALAHAN CARA PEMAKAIAN KITA JUGA..DAN MENUNJUKKAN YANG ISLAM ITU TINGGI DAN MULIA..
hadis nabi..
"ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA LAIN YANG LEBIH TINGGI DARIPADA ISLAM.."
DAN KEPADA YANG BERGELAR WANITA ...HIJAB ADALAH PAKAIAN WANITA ISLAMYANG TELAH DIJELASKAN DALAM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.
"Katakanlah kepada wanita yang beriman :"Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya,dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka atau............"
(surah An-Nur 24:31)
0 comment:
Catat Ulasan