.

.

Pengikut

Powered By Blogger

Mengimbau kenangan...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..Allah masih lagi memberi kesempatan untuk saya bernafas dimuka bumi-Nya..dan memberi kesempatan untuk saya mencoret sedikit kenangan yang sudah lama ditinggalkan..
semalam...saya ingin membuat satu posting tentang Kursus Jatidiri yang saya ikuti selama 22 hari di B.A.Resort Kuala Kangsar..tiba-tiba saya terbuka "file"..kenangan 2010..
apabila saya melihat semula gambar-gambar itu..terdetik dalam hati ini.."Ishh..aku ni dah lupa ka kat depa??depa ni la yang paling aku rindu dan sayang sebenarnya..sebab depa ni lah yang sama-sama berjuang dengan aku..sama-sama menghadapi suka dan duka bersama.."..terus saya "sign in" di blogger.com..terlupa sebentar pasal JDK..


Memang tidak dinafikan bahawa cara berhubung dengan kawan-kawan dan saudara seMuslimah adalah berbeza dengan cara kawan-kawan lain dalam perhubungan.Hubungan dengan saudara-saudara seMuslimah adalah berdasarkan taakhi (persaudaraan) kerana Allah.Kasih sayang kerana Allah termasuk ikatan paling tinggi dan mulia pernah wujud di antara manusia dengan manusia lain,sama ada lelaki ataupun perempuan.Ikatan iman kepada Allah yang ditegakkan oleh Allah di kalangan sesama orang-orang mukmin sebagaimana dinyatakanNya dalam firmanNya:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."
(Al-Hujurat 49:10)

Persaudaraan seiman itu adalah ikatan paling kuat di antara hati dan pemikiran.Maka tidak hairanlah jika kita lihat para Muslimah menikmati hubungan yang kekal dan kuat berdasarkan kasih sayang kerana Allah yang merupakan bentuk kasih sayang sesama manusia paling mulia dan suci.Itulah kasih sayang yang tidak mengandungi apa-apa kepentingan dunia atau motif tertentu.Itulah cinta yang mana Muslim dan Muslimah mendapat kemanisan iman.Rasulullah bersabda :

"Tiga perkara yang barangsiapa mencapainya maka mereka akan mendapatkan kemanisan iman iaitu:Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada sesiapa atau sesuatu apa pun jua,saling mencintai kerana Allah dan dia benci kembali kepada kekufuran sesudah Allah menyelamatkannya darinya,sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka."



SEDIKIT GAMBAR KENANGAN BERSAMA...




dewan peperiksaan time SPM 2010..


waktu ni..jamuan untuk PERMATA 16...



makan dibawah sebab meja tak cukup...



guru kelas(teacher Basimah)..sentiasa melayan karenah anak-anak muridnya..



Ustaz Abdul Karim..yang sentiasa bersabar dengan layanan kami.



cikgu yang disangka garang..rupanya..pandai berjenaka..



cikgu mathematics..sentiasa dengan ketegasan beliau..



Ustaz Hadi...tegas dengan cara bacaan al-Quran...



kenangan bersama..duduk di tepi longkang..dibawah pohon yang rendang...di hadapan sebuah rumah...



mendengar penjelasan dari Ustaz Karim



hari terakhir bersama teacher Noraini..



kenangan bersama ahli dorm juga tidak ketinggalan...DORM AD-DHIA'



bersama cikgu additional mathematics...cikgu Asmah..



kerinduan yang teramat kepada hari sabtu petang...ijtima' am..



IJTIMA'AM...



Kenangan yang mungkin sukar untuk dilupakan...PROGRAM USAHAWAN MUDA..
time latihan kat dalam bilik mesyuarat..

0 comment:

Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon