Alhamdulillah,Allah masih lagi beri peluang untuk menyambung semula coretan mengenai JDK Zon Utara.Sudah masuk modul yang kedua iaitu Modul Kemahiran Insan dan Profesional.Modul ini disampaikan oleh Dr. Asmawati Desa..tajuk:kemahiran kendiri..
Dalam modul ini kita dapat mengetahui diri kita yang sebenar..
terdapat tiga ciri utama...ujian yang dilakukan;
1)menerima diri sendiri
2)suka pada diri sendiri
3)memiliki penghormatan diri
Dr. Asmawati juga ada menyenaraikan beberapa ciri individu penghargaan kendiri rendah,antaranya ialah.:
- Merendahkan keupayaan atau kebolehan sendiri
- Merasa orang lain tidak menghargai dirinya
- Tidak berkuasa
- Mudah dipengaruhi orang lain
- Melahirkan sedikit emosi
- Mudah kecewa dan merasa defensif
- Tidak berani menghadapi risiko
- Takut kepada penolakan
- Mudah berputus asa dan murung apabila mengalami kegagalan dlm hidup
manakala ciri penghargaan kendiri tinggi pula..:
- Berdikari
- Bertanggungjawab
- Bangga dengan pencapaian
- Menunjukkan atau melahirkan pelbagai emosi
- Menghadapi kekecewaan dengan baik
- Menghadapi cabaran baru dengan bersemangat
- Mempunyai personaliti yang produktif
- Bersedia menghadapi risiko dan pendekatan yang optimistik
Suasana di B.A Resort..tempat yang sederhana tapi banyak kelebihannya yang tersendiri..
Slot bersama Dr. Asmawati Desa
Tajuk kecil yang kedua dari Dr. Asmawati ialah Kecerdasan Emosi.
Manusia memerlukan lebih daripada kebolehan intelektual untuk memperoleh kejayaan dalam hidup.Selepas mendengar sedikit pengenalan mengenai kecedasan emosi,Dr. Asma membuat lagi ujian untuk mengukur tahap mana IQ kita..
Tajuk kecil yang ketiga ialah Ketahanan Diri.
Ketahanan diri merupakan keupayaan seseorang mengatasi atau menghadapi keperitan hidup dan kemudian mampu untuk bangkit semula daripada kesedihan dan kekecewaan yang dialami.Individu yang mempunyai ketahanan diri akan berupaya dan tabah menghadapi segala cabaran yang melanda hidup mereka.
Selapas itu,Dr. Asmawati membuat ujian yang ketiga mengenai ketahanan diri..
Pada belah petang dan malam..
Bersama dengan Cikgu Idris yang bertajuk Pengurusan Masa..
Kalau kita lihat tajuk ini penting kerana untuk menjadi seorang yang mempunyai 10 ciri peribadi muslim salah satunya adalah urusannya terancang..
Dalam peyampaian ini,kami hanya diberikan ujian,soalan sebanyak 60..untuk menilai setakat mana kita pandai mengurus masa.
Pada hari kedua,slot bersama Dr. Adrus (USM Penang)..yang betajuk pengurusan acara dalam konteks amal islami...
Kami diberi sedikit penerangan mengenai pengurusan acara...selepas itu,kami diminta berbincang untuk membuat 3 organisasi:
organisasi yang pertama tentang (tak ingatla..)
organisasi yang kedua tentang :mengadakan kem 3 hari 2 malam untuk pelajar universiti....
organisasi yang ketiga tentang :mengadakan gotong royong di kawasan perumahan..
Alhamdulillah,Kumpulan kami iaitu Fatimah Az-Zahra' mendapat tempat pertama dalam merangka organisasi yeng betul..
Pada hari ketiga pula,slot bersama Prof. Madya Adam Baharom yang bertajuk Komunikasi Berkesan..
Slot bersama Prof Adam hanya sekali sahaja iaitu pada waktu malam,kerana slot pada waktu pagi diambil oleh Dr. Abdus..
Pada malam itu,kami bermain telinga karat..2 orng wakil dari setiap kumpulan..seorang dibelakang untuk melukiskan apa yang ada dalam fikirannya dan seornga lagi di depan untuk melukis segala arahan yang diberikan kepadanya..
Melihat kepada semua lukisan..hanya satu lukisan sahaja yang mengikut arahan yang betul..sebab lukisan lain agar sukar untuk dilukis seperti gambar mata,kapal di atas lautan,hati yang dalamnya terdapat pelbagai benda dan macam-macam lagi..
Berakhir slot tadi maka berakhirlah Modul Kemahiran Insan dan Professional..
p/s:gambar kurang kerana tidak terdapat pada saya..
BY..LITTLE MASHITAH
JDK ZON UTARA..
0 comment:
Catat Ulasan