Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah...
syukur kepada Allah,dengan berbagai-bagai nikmat yang telah di berikan...
Setelah 1 bulan saya meninggalkan MATRI..
dan setelah 5 bulan juga permata 16 dan r16n meninggalkan MATRI..
rindu dengan suasana yang sentiasa mendidik hati ini..
murabbi yang sentiasa memberi semangat..
dan sistem didikan yang terancang untuk kami...
kali ini..saya sebenarnya nak kongsi sedikit mengenai video yang kat atas tu...
teringat kembali ketika menghadiri Halaqah Khas atas dewan makan...
pada hari rabu...
tarikh (tak ingat)..
yang disampaikan oleh Abang Nu'man Afifi b. Saadan..
dengan penuh semangatnya...
sedikit yang saya ingat diingatan...
Jiwa manusia ini ibarat pokok yang hidup. Hidupnya yang subur sepatutnya memberi manfaat kepada manusia yang lain.Pokok yang subur,hidupnya rendang dan memberi teduh kepada mereka yang memerlukan ,mengeluarkan bunga yang harum baunya dan akan mengeluarkan buah yang boleh dimakan oleh manusia lain.Akarnya pula akan memberi kekuatan kepada bumi dari ancaman hakisan.Begitulah ibaratnya manusia.Ingatlah kita manusia untuk mempersiapkan 4 perkara berikut;
1.Teguhkan bahtera mu kerana lautan yang akan ditempoh sangat luas dan dalam.
2. Jangan toleh kebelakang kerana dihadapan curamnya sangat dalam.
3. Sediakan bekalan mu secukupnya kerana perjananan ini sangat jauh.Kuatkan dirimu kerana perjalanan ini sangat panjang.
4. Laksanakan lah tanggongjawab mu kerana Allah 100 peratus ikhlas.
"JADILAH POKOK YANG HIDUP ,DALAM TUNJANGNYA,YANG BERBUAH BOLEH DIMAKAN, YANG RIMBUN BOLEH BERTEDUH,KUAT AKARNYA TIADA DIHANYUTKAN BADAI"

Walaupun ringkas,saya harap semua dapat manfaat darinya..
Little Mashitah...
0 comment:
Catat Ulasan