.

.

Pengikut

Powered By Blogger

LeSeN..L+P...







Bismillahirrahmanirahim...




Alhamdulillah,setinggi-tinggi syukur saya kepada Allah swt,kerana masih lagi memberi saya peluang menghirup udaraNya yang mungkin susah untuk kita mendapatnya dengan wang ringgit...

Kali ini saya nak bercerita tentang gambar kat atas tu...
lesen L dan lesen P...


Sewaktu saya berumur dalam lingkungan belasan tahun la juga...
saya melihat 2 tanda tu..
dan saya berfikir..

"L..mungkin maksudnya Lelaki kot.."


dan


"P...mungkin untuk Perempuan.."

tapi,dalam pada masa yang sama juga,macam tak percaya..
takkan maksudnya begitu...


...................................................................................................


Dan sekarang ni,umur saya hampir mencecah tepat 18 tahun..
saya masih kurang mengerti apa tanda tu..
ada kawan bagi tahu..tapi..biasalah kita sebagai manusia..
kekadang lupa...


Dan Allah telah mengizinkan saya untuk mengambil lesen tersebut...
Pada mulanya,rasa macam tidak penting untuk saya..
tetapi abah memaksa juga saya untuk mengambil,kerana ia dapat memudahkan
kita,jika kita ada kes emergency atau sesuatu..
Jadi,saya pun hanya ikut sahaja..walaupun tidak berminat...


Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah:216..
"Boleh jadi benda yang kamu tidak suka itu baik untuk kamu,dan
boleh jadi juga benda yang kamu suka itu buruk bagi kamum
Allah itu Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahui apa-apa.."



Permulaan bagi hendak mengambil lesen tu..
mesti kena dengar ceramah selama 5 jam..
bagi saya,dengar ceramah itu adalah satu perkara biasa..
tapi ada sedikit kelainan kerana ia bukan menceramahkan tentang
tarbiyah atau bahan-bahan tazkirah..
tetapi tentang motor + kereta...

Jadi,sesi ceramah saya sudah selesai..lepas tu,kena buat ujian berkomputer pula,
ni yang membuatkan saya agak lemah,sebab saya agak lama tidak menggunakan
otak saya untuk menjawab soalan periksa...
pesanan dari prof yang bagi ceramah tu..

"ujian berkomputer itu,hanya akan ada 3 kali ujian sahaja,
jika kali pertama gagal,maka kena buat untuk kali kedua,
jika gagal kali kedua,buat untuk kali ketiga,
dan jika gagal juga,kena buat rayuan.."

Saya rasa kata-kata prof tu tidak penting,dan akhirnya,saya mengambil ringan tentang perkara itu..
malah saya sudah 2 kali gagal untuk ujian berkomputer itu..
saya hanya ada satu peluang terakhir untuk memperbetulkan kesilapan yang lalu...
walaupun saya tidak berminat..tetapi saya tetapkan kena lakukan juga...
Dan saya rasa makin berkobar-kobar untuk menghabiskan sesi pengambilan lesen ini..
sahabat saya telah memberi semangat untuk saya..
antaranya:...

Siti Maisarah:"walau apa pun,belajarlah dari kegagalan kerana kegagalan itu mematangkan kita"

kak Syafiyah Adzahar:."All the best adikku,Allah tidak melihat berapa kali kita gagal,kerana itu adalah natijah dariNya,namun,Allah memandang sejauhmana kita cuba berusaha menjauhkan diri dari kegagalan,maka dari situ kita akan mencuba,mencuba dan terus mencuba.semoga adikku ini tidak mudah berputus asa..dan akan menjadi seorang yang matang dan mantap selepas ini.."

Rasulullah saw pernah bersabda:
"Nikmat selepas mendapat nikmat iman dan islam ialah mendapat sahabat yang soleh,jika kamu dapati dia soleh ,maka peganglah dia seerat-eratnya.."


Dan dalam Al-quran juga Allah ada berfirman;
surah Al-A'la:9
"berilah peringatan,peringatan itu berguna.."



Kesimpulannya:




Ingatlah,Allah itu sentiasa ada untuk kita meminta pertolongan..




surah Al-Mukmin:60.."berdoalah kepada Ku,nescaya akan ku perkenankan.."




dan surah Al-Imran:165.."Dan Allahlah atas segala sesuatu.."




searching for Mardhotillah..
Little Mashitah...

1 comment:

sh husna berkata...

so bile lagi test?
tak pe nul..
Allah knowa the best..
kite tak peneh akan tahu what will happen on another second..

Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon