.

.

Pengikut

Powered By Blogger

Sahabatku Zahidah..


BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM...

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kepadaMu yang telah memberi pelbagai nikmat yang tidak dapat dihitung dengan jari,malah tidak dapat di hitung dengan pena.malah jika kita menggunakan semua air laut di dunia ini,tidak juga akan terhitung segala nikmat-nikmat yang Dia berikan.
Selawat dan salam juga buat junjungan besar Rasulullah saw. tanpa pengorbanan baginda saya tidak akan mengecapi 2 nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.Saya juga bersyukur kerana dapat berada dalam suasana yang sering mendekatkan diri kepada Allah.

Sebenarnya,post ini dah lama saya idamkan untuk berkongsi, tetapi kita hanya merancang dan Allah juga merancang,malah Allah juga yang menentukan.Allah juga tahu masa yang sesuai untuk saya berkongsi mengenai post ini.
Pada satu hari,saya membelek-belek fail yang berada di dalam laptop ini.Pelbagai gambar saya simpan,dan pelbagai memori di sebalik gambar-gambar yang saya simpan itu.Tiba-tiba,saya terlihat satu gambar yang amat mengamit memori.Gambar seorang sahabat saya yang tengah melakukan aksi tek tariknya.Gambar ini diambil sewaktu berusia tingkatan 2,di Kem Anak Soleh,di Wang Mu.Yang di anjurkan oleh pihak sekolah Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah,(MATRI)


Bernama:Zahidah Zahraa Bt.Osman..



Pertama kalinya saya bertemu dengannya di Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah,Perlis.
Apabila di tingkatan 2,saya baru dapat mengenalinya,kerana tingkatan 1 saya dan dia berlainan kelas.Walau pun dapat mengenalinya di tingkatan 2,tetapi masih belum terasa apa itu ukhuwah dan apa itu cinta kerana-Nya..

Disinilah,saya mengenali segalanya..(mcm mana segalanya tu??)
saya pun tak tahu nak kata macam mana..antaranya..
dapat kawan yang paling best...guru yang paling best..walau pun tempatnya tak le mewah sangat...

Saya sambung balik pasal sahabat saya yang sorang ini..
Saya sebenarnya rindu sangat dengan Zahidah ni...
dan saya pasti semua sahabat-sahabat saya juga rindu dengan Zahidah..
Saya rasa dari dia masuk tingkatan 1 lagi dia bercita-cita untuk pergi ke Sudan,Afrika..
Tinggi sungguh cita-cita dia..dia ingin mengikut jejak langkah abang dan kakaknya menuntut ilmu di tanah arab..

Terlalu banyak kenangan kami semua bersamanya..
Sehinggakan saya pun tak tahu nak tulis yang mana satu...




kenangan bersama
suatu ketika sahulu..




kini,dia (Zahidah) meninggalkan kami semua..
untuk menuntut ilmu dan berjuang di Jalan Allah..



Sekarang dia (Zahidah) menjadi seorang Mahasiswi di Universiti of Khourtum,Sudan
dalam bidang Bahasa Arab


Dia (Zahidah) juga bersama beberapa orang Mahasiswa Malaysia yang lain..
termasuk juga kakaknya Khalida Osman..

Jalinan persahabatan
Kita abadikan sepanjang zaman
Berpanjangan dan berkekalan
Manisnya iman
Hidup di dalam perjuangan

Kasih sayang kuhadiahkan buatmu teman
Untuk kau simpan ingat-ingatan
Jadinya bekalan perjalanan
Hidup di dalam perantauan

Gunung didaki lembah sama dituruni
Kita diuji berulang kali
Nyata setia sebati

Gelap ditempuhi cerah sama disusuri
Cinta yang murni rahmat Ilahi
Harumnya kita kecapi

Chorus

Syukur padamu Tuhan
Syukur kita dihadiahkan
Hadiah iman
Hadiah kasih sayang
Cinta seorang teman

Dan syukur buatmu teman
Syukur kita dipertemukan
Pengorbanan dan kesetiaan
Tak mungkin kulupakan

(Allah Allahu ya Allah...)

Gelap ditempuhi cerah sama disusuri
Cinta yang murni rahmat Ilahi
Harumnya kita kecapi

Chorus

Syukur padamu Tuhan
Syukur kita dihadiahkan
Hadiah iman
Hadiah kasih sayang
Cinta seorang teman

Dan syukur buatmu teman
Syukur kita dipertemukan
Pengorbanan dan kesetiaan
Tak mungkin kulupakan

(Allah Allahu ya Allah...)

P/s..:Zahidah kami semua doakan anti,insyaAllah jika Allah mengizinkan dan Allah memanjangkan umur kita semua untuk bersua dengan mu..Kenangkan kami semua dalam doamu..

Permata 16 yang dirindui..kenangan bersama kalian amat ku rindukan..perpisahan di mata..tetapi di hati jangan..Semoga Allah menyatukan...insyaAllah..

SEARCHING FOR MARDHOTILLAH..
Little Mashitah..

1 comment:

Tanpa Nama berkata...

asif bertanya....lagu apa eai tu???tertarik la....:D

Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon