.

.

Pengikut

Powered By Blogger

Hanya Allah sahaja..


PERMULAANKU SEBAGAI MAHASISWI

Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi serta seluruh alam ini..
Syukur juga kerana Allah masih lagi memberi ku segala keperluan yang amat ku perlukan..
segala nikmat yang telah diberikan dari-Nya untuk ku,amat berharga dan tak ternilai harganya..
Nikmat Iman dan Islam yang amat ku pegang erat tanpa rasa berat dan susah,malah aku merasa lebih bahagia berada bersamanya..
tapi, tidak lupa juga kepada 2 nikmat yang sering kita lupakan iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang..manusia tidak terlepas dari melupakannya..

Hampir 3 minggu aku berada di Kolej Teknologi Darulnaim,Kelantan..
amat berat hatiku dan jasadku untuk meninggalkan rumah dan keluarga..
tapi aku sedari dunia ini bukannya lama,ianya sementara..
dan aku juga sedari bahawa,kehidupan ini umpama kita sedang bermusafir dan berehat sebentar di sebatang pokok kemudian berlalu pergi..

Kolej Teknologi Darulnaim...

kenapa aku memilih kolej ini untuk menjadi destinasi ku seterusnya,sedangkan aku mempunyai banyak peluang lagi selain Kolej ini..
Kolej ini, ramai mentafsir dengan kata."Kolej Terbaik Dunia"..Kolej Tarbiyah Dakwah"..dan macam-macam lagi..tapi..encik Zaini menafsirkan bahawa KTD ini.."Kolej Terburuk Dunia"..
Jika dilihat dari luaran semestinya, jelas yang dinyatakan oleh En. Zaini..
tapi aku tidak kisah tentang semua itu...

Kehidupan di KTD,banyak membantu ku membaik pulihkan apa yang terkurang pada diriku ini sepanjangku berada dirumah dan dimana sahaja..
Allah telah mengatur segalanya yang terbaik untuk diriku ini..hanya Dia sahaja yang tahu apa yang aku amat perlukan..
dan hanya Allah juga yang tahu pilihan yang tepat untukku..
aku rasa amat beruntung dan bertuah diletakkan disini..

Perjalananku masih panjang,dan perjalananku yang perlu memegang tanggungjawab sebagai seorang hamba di muka bumi,dan menjadi khalifah yang mengajak kepada kebaikan dan menghindar daripada kemungkaran..(amar makruf nahi mungkar)
dan aku juga membawa satu gelaran sebagai seorang mahasiswi yang perlu memenuhkan ilmu dan amal ku didunia agar diakhirat sana aku terselamat..

Tiba-tiba sahaja aku teringat akan moto KTD..

"Ngaji biar pandai,
Akhlak biar ju'ruh,
Hidup boleh tumpang'"..

Aku berhasrat untuk memenuhi ketiga-tiga itu..
disamping menegakkan Islam dimuka bumi Allah ini..

Dengan segala keizinan yang Allah berikan,dan dengan segala kemudahan yang dianugerahkan..aku memilih untuk mengambil jurusan Sains Komputer(Teknologi Maklumat)..aku berharap dengan keputusan yang aku buat ini,ia dapat membantu Islam yang semakin dipinggirkan oleh masyarakat sekarang...Islam itu bukan sekadar nama..tapi ia meliputi cara hidup kita..

"sesungguhnya Deen disisi Allah adalah Islam."

Semoga hari ini lebih baik dari semalam,dan esok lebih baik dari hari."....
Segala yang baik itu datang dari Allah..yang lemah dan kurangnya dariku..tetapi
hakikat yang sebenar..keduanya datang dari Allah yang Maha Pengampun...


Salam sayang dari ku..
Little Mashitah..
Kolej Teknologi Darulnaim,Kelantan..
Di Asrama Tanjung Chat ...
11.30 mlm..

SEMOGA ALLLAH MEREDHAINYA..




1 comment:

wafa zinnirah92 berkata...

Assalamualaikum wbt..

Wah3, banggo den dapet adk nih..
blaj0r rajin2, prangai bi0r juruh.. hidup bi0r buleh tupe..

Maaflah k.fatin campur cakap n0geqi sembilan ni ha, dengan klate sket.. ^^

teruskan menulis ya dik..

~permata yang dicari~

Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon