.

.

Pengikut

Powered By Blogger

Our lecturer.. Our mom.. Our sister..

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah.. Allah masih lagi peluang untuk buat semua perkara...
Alhamdulillah.. atas semua..

OK..
Post kali ni saya nak "throwback" hari sebelum kitorang semua pulang untuk cuti lama..
pulang dan mungkin tidak akan kembali semula di tempat itu..
Mungkin hanya melawat seketika untuk mengenang kembali memori-memori terindah bersama..

Our lecturer.. Our mom.. Our sister..

Hurm...
Di KTD ni, antara banyak-banyak perkara yang best salah satunya adalah Pensyarah..
Pensyarah di KTD memang superb..
Diorang dah seperti mak kitorang, kakak kitorang..
berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, pendapat..
memang terBAIKlah..
Inilah salah satu keistimewaannya di KTD..
nak jumpa pensyarah amatlah mudah..
siapa yang tidak menghargai sewaktu belajar di KTD ni..memang rugi besar..
Peluang dan rezeki tu..depan mata..
Hanya hati-hati yang benar-benar tahu saja yang akan berebut..


Memandangkan kos / kursus kitorang antara yang paling sikit pelajar..
Hubungan kitorang semua lebih erat, "sporting" dengan semua..
Tapi, pensyarah kos kitorang adalah pensyarah paling ramai..
12 orang..(mungkin ada yang kata sikit,tp berbanding pensyarah kos lain..)
Dalam 12 orang itu, terdapat 1 orang pensyarah lelaki..
Tapi tidak kesemua pensyarah itu mengajar kitorang..
Dalam 12 orang hanya 1 atau 2 orang sahaja yang tidak pernah mengajar kitorang.


Inilah Mereka..


ومن آدابهم : أن يقصدوا وجه الله بتعليم من علَّموا ، ويطلبوا ثوابه بإرشاد من أرشدوا ، مِن غير أن يعتاضوا عليه عوضا ، ولا يلتمسوا عليه رزقا
“Antara adab-adab mereka (guru) adalah menjadikan matlamat mendapat keredhaan Allah dengan mengajar sesiapa yang mereka ajar, mengharapkan ganjaran Allah dengan memberi tujuk ajar kepada mereka yang diberi tunjuk ajar tanpa mengharapkan gantian (daripada orang) dan mengharapkan rezeki daripadanya.”



Puan Haslina bt Mahmud
Mengajar matapelajaran:
Logik Digital
Rangkaian Komputer
Komunikasi Data

Puan Azueliza bt Abdullah
Mengajar matapelajaran:
Statistik

Puan NoorHarzun bt Hashbullah
Mengajar matapelajaran:
Sistem Pengurusan Maklumat
Pesanan Terakhir:
"Jaga diri, semoga berjaya..jangan lupa saya"


Puan Nur Laili bt Abdullah
Mengajar matapelajaran:
Metodologi Pemprograman
Struktur Data
Rekabentuk dan Analisis Sistem
Pesanan Terakhir:
"Semoga kamu berjaya di dunia IPT yang sebenar, yang banyak cabarannya..jangan mudah putus asa..dekat luar nanti bukan lah seperti di KTD ni..orang kata apa..disuap2..tapi luar nanti, kamu kena cari sendiri..usaha sendiri..Jaga diri..jangan terikut-ikut dengan suasana buruk..kat KTD, masih dijaga..nnt diluar..kena mujahadah sendiri.."


Puan Husna bt Ibrahim
Mengajar matapelajaran:
Web 1
Web 2
Pengaturcaraan dalam Penyelidikan Operasi

Pesanan Terakhir:
"Semoga kamu dapat jaga diri, Belajar bersungguh-sungguh, ingat moto KTD.. Mengaji biar panda, Perangai biar juruh, Hidup biar buleh tumpang... beri manfaat kepada orang lain.. dan jangan lupa kami disini"


Puan Faznita bt Ismail
Mengajar matapelajaran:
Metodologi Pemprograman
Pengaturcaraan III(Visual Basic)
Pesanan Terakhir :
"Semoga berjaya pada masa hadapan, belajar betul2, semoga dapat kerja yang terbaik dan jaga diri"



Puan Zuraidah bt Zakaria
Mengajar matapelajaran:
Pengaturcaraan II(C++)

Pesanan Terakhir:
"Pesanan saya, nanti bila di luar nanti jangan ikut arus,dekat ktd ni semuanya dah diprogramkan, semuanya wajib, jadi, sebagaimana kamu di ktd, jadilah kamu juga diluar nanti"


Cik Jazilah bt Mat Saat
Mengajar Matapelajaran:
Komunikasi Data
Pesanan Terakhir:
"Jaga diri, belajar sungguh-sungguh..ingatlah kami semua disini."



Puan 'Afidatul Syakirah bt Abdullah
Mengajar matapelajaran:
Organisasi Komputer dan Bahasa Himpunan
Pangkalan Data

Pesanan Terakhir:
"Bila dah berada diluar nanti..jaga diri, belajar bersungguh-sungguh..ingat kami disini"




Ops!!
Satu-satunya pensyarah lelaki...




Encik Kamarulzaman bin Omar
Mengajar matapelajaran:
Aplikasi Komputer
Keselamatan Komputer
Pemasangan dan Selenggara Sistem Komputer

Pesanan Terakhir:
"Jaga diri nanti bila kat luar, semoga cemerlang di mana saja kamu berada.."


Last but not least

Alhamdulillah...
Hari terakhir berjumpa dengan mereka..
Dapat kata-kata semangat dan pesanan kasih dari mereka..
Sedih tidak terkata..
Sebenarnya banyak dan panjang lagi pesanan mereka..
tapi x larat nak taip..
InsyaAllah semoga Allah redha..



“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at-Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”


Little Mashitah 
~Home Sweet Home~
4/5/14

0 comment:

Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon