Langit itu penuh hikmah yang tidak boleh kita pandang sepi. Setiap kali mendongak ke langit, rasa diri ini kerdil, lemah dan tidak berdaya. Setiap kali mendongak ke langit, rasa kehebatan dan keutuhan ciptaan Allah SWT. Allah yang menciptakan langit tanpa tiang mahupun paksi.
Langit yang waktu malamnya dihiasi pula dengan bintang-bintang bergemerlapan. Sungguh indah! Ditambah lagi sinar rembulan memukau. Subhanallah! Langit bercahaya ciptaan Allah yang sangat menakjubkan.
Kadang-kala apabila mendongak ke langit, rasa diri ini terangkat mahu terbang di angkasa!. Kadang-kadang, ada juga perasaan mahu terbang terus ke syurga!.
Sungguh besar hikmah yang ada pada langit. Jangan bosan mendongak ke langit kerana di situ ada seribu satu rahsia yang tidak akan termampu kita terokainya..
"Actually, when we look at nature, we will discover many things. The meaning of beauty.. The delicate balance on and THE MERCY OF Allah swt.. "
Tadabbur surah : [Al-Imran:190-191]
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bg orang yang berakal.(mereka adalah) orang yg mengingati Allah sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):"Ya Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan ini sia2,Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka"
p/s: Carilah masa untuk melihat alam..walaupun sekeliling kita juga adalah alam..
12 & 13 June 2014
Langkawi, Kedah..
bersama Widad Kamarudin dan k. Syafiyah Adzahar
~Little Mashitah~
Home Sweet Home
21:54
0 comment:
Catat Ulasan