.

.

Pengikut

Powered By Blogger
Memaparkan catatan dengan label kem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kem. Papar semua catatan

KEM REMAJA PERAK...part 2

http://emo.huhiho.com
Kuliah 2 yang disampaikan oleh cikgu Idris yang bertajuk Ad-Deen..

Sepertimana yang kita tahu Deen dari segi bahasa ialah tunduk,patuh,taat,beragama dan....(ada lagi)..


dalam surah Ali-Imran:19
"Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah islam"..


dalam surah Al-Maidah:3 pula
"Pada hari ini telah aku sempurnakan agamamu untukmu,dan telah aku cukupkan nikmat-Ku bagi mu,dan telah aku ridhai islam sebagai agamamu"..


manakala dalam surah Ali-Imran:85 pula
"Dan barang siapa yang mencari agama selain islam,dia tidak akan diterima,dan diakhirat dia termasuk orang yang rugi"..


Islam adalah agama yang terindah datang daripada Allah S.W.T.
Sebagai oarng yang beriman.segala perbuatan yang kita lakukan adalah satu ibadah


seperti dalam firman Allah didalam Al-Quran,
surah Azd-Zariyat:56
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"..


dalam konteks beribadah ini,ia terbahagi kepada dua iaitu
1)ibadah khusus
-solat lima waktu
-berpuasa di bulan ramadhan
-membayar zakat...
sendiri yang kena melakukannya,buat dapat pahala tidak buat berdosa...


2)ibadah umum
-menziarah kubur
-belajar
-menuntut ilmu...
perkara ini tidak wajib,buat dapat pahala,tidak buat tak mengapa..


Syarat-syarat penerimaan ibadah:
-Beriman kepada Allah
-Ikhlas kerana Allah
-Ittiba'(mencontohi Rasulullah)


http://emo.huhiho.com
Kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Aizul..
tajuk:Ibadah


:menghambakan diri kepada Allah..
dalam erti kata,celik mata hingga mati..

pokok dalam beribadah ini ialah solat.

#mengenai lidah.....

Imam Nawawi ada menyebut..
-memilhara lidah adalah perintah daripada Allah s.w.t..
dalam surah Qaf:18
"Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawasan yang selalu siap mencatat"...
jadi setiap apa yang kita cakap,dicatit oleh malaikat raqib dan atid...


hadis rasulullah:
"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah ia berkata baik atau diam.."



Bersambung...

KEM REMAJA PERAK...part 1

Pada 4 hingga 6 disember yang lalu Kelab Belia Haluan Ipoh & Haluan Perak telah mengadakan Kem Remaja Celik Ibadah yang dilakukan di Pusat Rekreasi JPS Kuala Kangsar yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.Kem ini disertai oleh pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 tetapi terdapat juga adik-adik banat yang menyertainya.Kem ini adalah bertujuan untuk membuka mata para remaja tentang dengan konsep ibadah..ini juga bertepatan dengan nama kem ini iaitu "Celik Ibadah".Kem ini bermula pada pukul 5 petang.

Kem komanden bagi kem ini ialah abang Fadhli bin Razali.Kakak fasilitator bagi bahagian puteri ialah kak husna,kak haizum,kak hafsah,kak nawwar,kak farha,kak faezah,dan kak intan.Seramai 24 orang peserta bagi bahagian puteri manakala bahagian putera tidak pasti.
Bagi peserta putera,mereka akan tdur didalam khemah yang telah disediakan manakala puteri tidur didalam dorm.

Hari jumaat..
Sebelum aktiviti bermula,semua pelajar dikehendaki berkumpul didewan utama bagi sesi taklimat bersama pak cik Amran iaitu Yang Di Pertua Haluan Perak dan bersama kem komandan bagi kem ini.Selepas itu,Peserta diminta bersiap untuk menunaikan solat maghrib berjemaah,makan malam,solat isyak,dan peserta diminta untuk ke dewan besar kerana ada sesi tazkirah bersama penceramah khas dari johor iaitu abang Muhaimin Misran.
Beliau menceritakan tentang sahabat Rasulullah..
iaitu tentang Saidina Ali bin Abi Talib..
Kemudian,sesi Latihan Dalam Kumpulan(LDK).Peserta dikehendaki duduk didalam kumpulan kerana sesi taaruf bersama kakak fasilitator dan peserta yang lain.Sesi taaruf,dimulakan dengan cara menandatangani di atas kertas yang dibahagi kepada 6 kerana setiap kumpulan terdapat 6 orang ahli dan setiap kumpulan mestilah mempunyai seorang ketua.Setiap kumpulan akan berdiri dihadapan dan memperkenalkan diri kepada semua orang.Apabila sudah habis,setiap kumpulan diminta untuk membincangkan tentang persembahan yang akan dilakukan pada esok malam.Pada pukul 11 mlm,acara bebas iaitu tidur.


Hari sabtu..
Solat subuh berjemaah,kemudian pergi ke dewan utama kerana ada sesi kuliah pagi bersama ustaz Fikri yang membincangkan pasal tajuk solat subuh dan kebersihan..
Antara yang diceritakan adalah..
dari Ibnu Batutthah..
"beliau adalah pengembara yang mengembara lebih lama,apabila beliau pergi mengembara ke negara islam,beliau tidak menjumpai islam,tetapi apabila beliau pergi mengembara ke negara kristian,beliau menjumpai islam.Ini adalah kerana negara mereka lebih bersih daripada negara islam."
Sarapan pagi..
kuliah 1,yang disampaikan oleh ustaz Farid..
dimulakan dengan ayat al-Quran..dalam surah Az-Zariyat:56..

"Tidak aku menciptakan jin dan manusia,hanyalah untuk berubudiah kepada Ku"
Setiap perbuatan yang kita lakukan,semuanya adalah ibadah tidak kiralah dimana-mana walau pun didalam tandas.

Ayat al-Quran yang ke-2..dalam surah Al-Fatihah:6

"Tunjukilah kami jalan yang lurus."

beberapa point penting..
Di dalam diri manusia yang beriman kepada Allah,mempunyai iman.tetapi terdapat 3 peringkat iman:
1)iman yang hidup
2)iman yang sakit
3)iman yang mati.

kita di peringkat yang mana???
fikir-fikirkan lah...


Bersambung...

kem form 4..


Pada(tak ingatla bila)...tapi dalam bulan 8 jugak la..kami form 4 ada kem kat wang mu.. kami kem...waktu musim buah ...so..kami boleh makan buah sepuas kami mahu...siapa yang suka durian memang ada peluang la nak makan banyak...hehehe..

gambar yang kat atas ni..waktu mula-mula sampai kat wang mu...sempat lagi posing....

ermmm...mula-mula kitorang ada taklimat pasal cam ner nak pasang khemah...yang bagi pasal khemah tu....cikgu syahid ngan cikgu abdul rahman...




lepas2 kami.....kena cari kumpulan....kami main permainan yang tsunami tu...15 tahun tak jumpa...ramai la jugak yang tak der famili..kesian-kesian...termasuklah saya..hehehe..sesat keluarga....bila cari-cari balik...rupanya dah jumpa dah tadi...cuma tak pasti....kami semua boleh pilih khemah nak duduk ngan sapa...satu khemah 4 @ 5 org tapi saya 3 orang jer...ngan asma' kamal dan anis nasuha....




dah habis cari khemah ....ready tuk solat maghrib plak....pastu ada tazkirah maghrib.....ALAMAK..dah terlanjur plak...hehehe..lupa nak bagi tahu siapa kaminya kem komanden.....beliau ialah cikgu azmi....tu yang speacial skit kali ini....ermmm..ok...malam tu plak ada slot bersama cikgu azmi....(tak ingat sangat la...)..hbs semua...ada khatiba plak...

esoknya...kami ada treaking...ni yang paling best....naik bukit wang mu...sebelum tu ada streaching dulu...yang di ketuai oleh khadijah nizam...habis jer semua tu...kami terus bergerak menuju ke destinasi....jalan yang penuh berliku....batu batu yang tajam...tapi bila dah masuk hutan,rasa nikmat plak ...dapat tgk pokok-pokok dan daun yang menghijau...

ok...checkpoint yang pertama skali...dekat atas(puncak kot)..tadabbur alam...kat situla kami ketawa..sedih..menangis...memang sesuai la untuk tadabbur alam...

kami meneruskan perjalanan lagi....sampai ke check point yang kedua....dekat situ...sekejap ja...rehat sebentar...jalan lagi..untuk menuruni bukit plak...memang susah la...ringkaskan la....

akhirnya sampai kat tempat kem...wo...memang penatla....dapat mandi sungai...sampai kul 2...lepas tu posing lagi...



sebenarnya banyak kitorang posing....ini jer yang ada kat saya....
banyak jugak lah pengisian yang dapat.....petang lepas solat zohor..kami ada perbentangan tentang cadangan membuka institusi untuk (mcm RMC training center jugak la)...group kami buat universiti...kat tengah putrajaya....sebelah Pusat Pentadbiran...hehehe...strategik tak??perbentangan kami ala-ala konvensyen PUM...

DAN....satu cerita memang yg tak leh dilupakan...waktu kitorang ada sesi ngan cikgu azmi jugak....RIBUT dan HUJAN LEBAT......argghhh...memang rasa mcm tak selamat dah....memang seram la......tempat yang kami duduk...semua basah...barang semua habis lenjun....yang memang tak percaya nya...dalam khemah banjir.....baju semua basah....terbang...kecuali baju yang pakai...

malam tu...ada forum..yang disampaikan oleh wan fatin najwa,syarah,fatin nabila dan sorang lagi tak ingat la....du tgh2 dengar..tiba2 lipan keluar....semua menjerit,lari lintang pukang..waktu tu saya tgh zzzzzz...penat sangat..terus lari....dah habis satu....keluar lagi satu...ermmmm

lepas habis semua....malam tu semua tidor kat dalam dewan yang lenjun..sebab khemah semua dah banjir..besoknya.kami semua pakai baju yang sama,sebab baju tak der....tapi yang bestnya,kitorang balik matri tak perlu pakai baju asrama..(baju saya tak basah pon)tapi pakai baju biasa...

bila dah sampai matri rasa tak best plak....perasaan ni memang ada kat semua orang....
ok lah..dah banyak saya menulis ni lenguh tangan...banyak lagi kenangan..tunggu posting yang akan datang....

salam...

Rehlah Keluarga....

Pada 18 haribulan 7 yang lalu.....(skema la plak)..time tu boleh balik cuti
Israk Mikraj..agak terkejutla jugak ummie bagi balik walaupon cuti
4 hari jer.....balik rumah baru tahu kenapa??...rupanya..
ada Rehlah Keluarga kat Kg Kuala Trong(kat dalam hutan)...
rehlah tu 2 hari jer...
ramai jugak mak cik dan pak cik perak mai...tapi remaja 2,3 org jer....

Rehlah ni boleh la dikatakan (rehlah santai)...sebab tak ada activiti pon...
cuma duduk dan sembang.....pak cik2 pi masak kat dapur....
apa pon best jugak dapat lepaskan tension...hehehe...
dapat mandi sungai....lama plak tu....dapat kawan baru.itupon 2 orang jer..
waktu Tasnim Suzuki ada.kami pon sembang la puas-puas(kot)..
lama tak jumpa dier..

time ada rehlah macam ni baru dapat jumpa dier...
lupa plak ngan kawan sorang lagi...Ainul Mardhiah pun datng jugak tapi
sekejap ja..malm tu lepas makan dier balik...lagipun dier banyak
kerja yang perlu diberskan sebelum balik MATRI...
malam pada hari sabtu tu...ada kuliah maghrib yang disampaikan

oleh abah....

tajuk kuliah tu...

Adab-adab dalam persahabatan....
memang bermaknala kalau untuk siapa yang ada kawan ...hehehe
dalam Islam adab persahabatan ni memang penting...yer la nak jaga
hati kawankan..kalau nak tahu...semua adab ni senang la jugak
kalau kita nak buat...Islam kan fleksibel..so apa susah...

Antara nya:

1) kasih @ cinta terhadap sahabat kerana Allah....
-ini lah salah satu daripada sifat muslim-suka @ cinta @ kasih terhadap
sahabatnya ikhlas kerana Allah
untuk mengharapkan keredhoanNya...
Dalam surah Al-Hujurat ayat 10:

"Sesungguhnya orang mu'min itu bersaudara"

3 perkara dapat merasai kemanisan iman:

-Allah dan Rasul lebih dicintai..
-mencintai seseorang kerana Allah..
-benci untuk kembali kepada kufur setelah mendapat petunjuk.

2)Mengucapkan salam apabila bertemu dan berjabat tangan...


3)Menziarahi sahabat/sahibah apabila sakit..

4)Mendoakan sahabat ketika bersin.
contohnya:apabila seseorang sahabat/sahibah bersin hendaklah
menyebut yarhamkumullah maka sahabat/sahibah
itu hendaklah menyebut balik dengan
yahdikumullah..

5)Menziarahi dijalan Allah...

6)Menolong ketika kesempitan..

7)Memenuhi jemputan...


8)Memberikan ucapan selamat..
-apabila habis solat,ucapkan selamat kepada sahabat,semoga
Allah memperkenankan doamu dan doaku...

9)Saling memberi hadiah didalam kesempatan..

-apabila kita memberi hadiah kepada sahabat/sahibah kita
ia akan timbul rasa kasih sayang dan suka terhadap
sahabt kita....

hadis nabi(kot):

"Saling bermaaf-maaflah diantara kamu,nescaya hilangla rasa benci,
dan saling memberi hadiah maka timbul rasa kasih sayang"..

10)Tidak memutuskan sillaturrahim..

-amalan setiap anak Adam akan diangkat pada hari khamis tetapi
jikalau putus sillaturrahim amalan-amalan tidak akan naik kelangit..

11)Bertolak ansur dan memaafkan..

Dalam surah Al-Imran ayat 134:

"dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan
(kesalahan)orang lain.Dan Allah mencintai yang berbuat
kebaikan"...

-Orang yang tahan marah pada tempatyang sepatutnya dan memaafkan
orang lain,Allah menyukai orang yang berbuat begitu..dengan tujuan
mengharapkan keredhoan Allah...Allah tidak akan menambah sifat
kemuliaan melainkan dengan kemaafan...maka Allah mengangkat
orang itu dengan kemuliaan.....

12)Menemui seseorang saudaranya mestilah bermuka manis...

-walaupun mempunyai masalah tetapi masih tersenyum dan berkata
lemah-lembut dan baik...

"senyum dihadapan saudaramu adalah sedekah"
hadis riwayat tarmizi...

13)Saling nasihat-manasihati...

-Orang yang memberi nasihat jangan rasa lebih tetapi ikhlas
kepada Allah..dan orang yang mendapat nasihat mestilah
rasa sahabat kita mengasihi kita...

"Tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia menyintai saudaranya
sebagaimana dia menyintai dirinya sendiri..."
hadis riwayat bukhari..

alhamdulillah.....memang pengisian yang sangat bergunalah kepada kita semua...
malam lepas solat isya'...kami semua makan barbeqeu.....SEDAP....
makan sampai ngantok.....bukannya kenyang....hehehe...
esoknya....lepas mandi sungai...terus balikk...
memang cuti sementara yang menyeronokkan....

Peluang yang ada janganlah disis-siakan....
selagi jantung masih berdedup....nafas masih ada....
isilah harimu dengan sesuatu yang berfaedah....

salam.....

Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon