.

.

Pengikut

Powered By Blogger

Aku lebih suka single..

In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful.

 Alhamdulillah....
Assalamualaikum.
Apa khabar pembaca sekalian..?
 Actually, dah lama aku nak post pasal ni..




 Kenapa aku lebih suka Single?? This is because :-

1) Boleh tumpukan cinta pada Allah sahaja. Senang he nak beribadah. Inilah alasan pertama. Fikiran tak lah ke laut daripada memikirkan orang yang tak confirm jadi husband or wife, baik fikirkan Allah je, ada jugak faedahnya. Sekurang-kurangnya gugurlah jugak dosa, tenanglah hati yang mengingati Allah kan?

 2) Tak membazir wang ringgit. Tak payah topup, tak payah gayut-gayut. No morning text, wake up call, good night message. Haih..macam leceh je nak text semua benda.. =, =" kalau sekarang ni pun, topup sebab ada hal.. cewah!.

3) Takde sapa yang boleh membebel, marah-marah . Belum sah halal lagi dah mengongkong.

4) Bebas berkawan dengan sesiapa sahaja. Yes!, yang pasti masih dalam batasan.

5) Kurang sakit hati. Bagi aku la, sia-sia aje ada rasa sakit hati. Kan, kejap-kejap jeles la, lepas tu sakit hatila, lepas tu menangis la. Aduh, jangan bagi air mata kita ni menangis pada perkara sia-sia, nanti Allah marah.

6) Tak buang masa, kalau masa yang sepatutnya boleh la nak buat solat Dhuha ke, mengaji ke, berzikir ke, tapi bila couple, kena la sibuk jaga hati dia  dengan call setiap masa, text dia  selalu...err..macam-macam lah. Hati manusia sungguh-sungguh kita jaga.. Allah??.

7) Kurang bosan. Hari- hari menghadap muka sama je, tak tahulah nanti masa kawen nanti dah tak best. Makin banyak diteguk cinta sebelum nikah, makin kuranglah kenikmatan cinta selepas kawen tu.

8) Kurang dosa. Dosa yang sedia ada ni pun rasa tak terkira dah. Malulah wahai hamba Allah, Allah terlalu banyak memberi tapi kita sendiri melupakanNya. Allah mencintai kita dengan nikmat tetapi kita membalasnya dengan maksiat.

9) Boleh fokus dalam matlamat (pelajaran dan sebagainya). Boleh belajar rajin-rajin, boleh dapat pointer tinggi-tinggi, boleh belajar ilmu agama tanpa had, kesimpulannya, kehidupan lebih terfokus.

Ini pandangan diri sendiri la...


 Orang kata bercinta berpada-pada, kalau terputus tak de lah ,merana sangat. Lagi-lagi usia muda yang memang tak tahu nak kawen bila kan. Maka wajarlah kita menumpukan seluruh rasa cinta kita buat Allah. Bukan tak boleh, bukan salah.. OKAY...


Cinta itu FITRAH. Fitrah yang Allah bagi kepada semua hamba-Nya. Tak kanlah berdosa pulak jika kita rasa cinta tu kan. Tapi, fitrah itu boleh bertukar jadi fitnah bila dalam sesuatu hubungan itu korang ada buat apa yang Allah tegah. Tak semestinya niat nak kawen dengan dia  tapi 24 hours kau berdua-duaan dengan dia. Niat tak menghalalkan cara.. =) . Ingatlah, even manusia tak boleh nak nilai niat kita apa tapi Allah tahu. Takpe, don't worry, masih punya masa untuk kita bertaubat dan menangisi dosa-dosa lalu. Better kita buru dulu keredhaan Allah.


"Jatuh cinta itu fitrah.Ya, tapi bukan cinta 
Itu sahaja yang fitrah. Benci dan marah juga 
fitrah. Jika awak benci dan marah, adakah awak akan biarkan ia menguasai hati?? Atau awak uruskan ia supaya tidak terbawa-bawa dalam tindakan melulu."


Sampai sini je dulu. Semoga bermanfaat untuk semua. Doakan...
 May Allah  Bless us...

0 comment:

Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon