Assalamualaikum...
Selamat tengahari...
Hari ini, tiada apa sangat pun nak cerita tapi Benda nie antara aset penting aku la...
LAPTOP !! Masuk hospital...
Ops! Masuk hospital bukan bermakna aku bawa dia masuk ke dalam hospital tapi aku hantar laptop aku kat kedai untuk dibaiki...
Sebab apa aku kata ia nya aset penting.
1. Semua gambar-gambar kenangan kat dalam tu.
2. Semua assignment, nota-nota study aku.
3. Semua projek-projek yang aku dh dan akan buat ada dalam tu.
4. Semua kertas kerja, laporan ada dalam tu.
5. Susah la kalau xde laptop nak buat kerja..
Urm..tapi aku cuma bersangka baik dan usaha untuk bersabar atas apa yang berlaku.
Laptop tu 'bekas' abang aku punya,mungkin aku guna sampai laptop tu dah x larat nak tolong aku.
Aku masuk macam-macam dalam badan dia , mungkin sebab tu dia nak rehat dan nak di'servis'.
Punca utama laptop aku masuk kedai sebab sepupu aku katuk kat keyboard. Last-last, screen terus bertukar menjadi warna merah. Apa lagi, menangis teruk sampai bengkak mata hanya kerana seorang budak yang tak tahu apa... huhu
Itu jelah aku nak cerita, tolong doakan laptop aku sihat seperti biasa semula. Barang2 dalam tu pun masih ada seperti sediakala. Amin.
Wassalam.
=)
0 comment:
Catat Ulasan