.

.

Pengikut

Powered By Blogger

Ikan Bungkus

Assalamualaikum...
Post kali ini.. 
nak cerita pasal bagaimana nak masak ikan bungkus..hehe
Sebenarnya, ada kenangan di sebalik ikan bungkus ni..
masakan ini adalah pertama kalinya, yang pernah di makan oleh kawan2 aku sewaktu ziarah aku dulu..
selepas SPM..
Setelah itu, xpernah pulak masakan ini muncul atas meja makan...
Oleh itu, setelah sekian lamanya xmuncul..
Akhirnya, satu hari umi buat...
Apa lagi..cedok la resepi..ehehe..

Ikut je yang bawah ini ye..
aku pun xpandai nak bercerita cara2 nak memasaknya..
hehe

Masakan ini adalah untuk 4 ekor ikan..nk buat lebih boleh...
tapi nak balut dalam daun pisang..kena buh sikit2.. baru enak..

Bawang di kupas.



Belimbing buluh




cili kisar




asam jawa





ikan kembong




daun pisang yg dilayurkan api
satu lagi...

-no pic-
serai


Cara2nya :
Bawang + belimbing buluh + serai di potong dan ditumbuk halus..
setelah situmbuk, gaulkan sekali dengan garam + air asam jawa + cili kisar..


susun ikan2 atas daun pisang..
kemudian, letak diatas ikan2 itu bahan2 yang ditumbuk tadi..






nak bg rasa masam2 skit...buh la tomato


Apabila dah buh semuanya atas daun pisang... 
boleh lah bungkus ikan2 tu..
seperti di bawah^^


Bungkus seperti kapal





Guna kan benda ni untuk masak..Periuk kukus..

Biarkan selama 20 minit...untuk tunggu ikan2 tu masak..


dah siap!!!!





Sedia di hidang begini... :)

First time rasanya post tentang masak ni..hihi
Alhamdulillah....
semoga yang membaca boleh la mencubanya di rumah^^


~Little Mashitah~
Home Sweet Home




My Birthday

Allahuma solli 'Ala Muhammad...
Alhamdulillah...
Ucapan syukur yang tidak terhingga sbb Allah masih lagi memberi peluang untuk hidup di atas muka bumiNya dan hirup udara yang segar..InshaAllah

Hurm, Alhamdulillah...
19 Jun 2014
Merupakan hari lahir ku yang ke-21 tahun..
Sedar xsedar...makin meningkat umur..walaupun saiz badan xmeningkat..
Alhamdulillah..diberi umur sehingga hari ini dan diberi lagi untuk menukmati 2 nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan nikmat islam..Allahu..

Bersempena dengan umur ku yang ke 21 tahun ni..
Banyak benda aku nak minta..sbb makin dewasa makin kita mengetahui bagaimana atau cara atau jalan untuk menempuh hari yang seterusnya..

Antaranya:-
@ mendoakan agar segala amal semasa hidup selama 21 tahun ini..di Redhai Allah.
@ mendoakan agar menjauhkan aku dari azab kubur dan masukkan aku ke dalam syurga.
@ Agar aku mendapat suami yang soleh dan musleh yang mampu untuk membawa aku dan keluarga yang bakal dibina. Keluarga yang Sakinah, Mawaddah dan Rahmah.. 
@ Agar aku berjaya di dunia dan di akhirat..sentiasa membawa imej Islam di mana saja aku berada.

dan banyak lagi..itu adalah antara perkara yang terbesar.. :)


Alhamdulillah...
Birthday kali ini,, tidak lah seperti sebelum2 ni..
tapi aku tetap bersyukur masih ada teman yang sudi meneman walaupun sudah bergelar isteri..
Jazakillah khair sahabat hingga ke syurga...
Agak sedih sebenarnya..kehilangan "best partner"..
Allah kan Maha Adil.
InshaAllah, aku pun akan dapat juga "best partner" yang lain..hehe

Hanya "simple" sahaja..tapi sungguh bermakna..
kek indulgent dari Secret Recipe..
*mahal tuuu...
Kitorang ber"dating" di tepi sungai.. *sweet x?? hihi

InshaAllah, segala kenangan bukan sahaja di tulis dalam blog ini, malah di abdikan di dalam hati.. :)

Love u Fillah Nur Saidatul Nisa binti Haji Hamdan





~Little Mashitah~
Home Sweet Home

Sembang Dakwah Media









Alhamdulillah...
Allah bagi kesempatan untuk singgah sebentar di Program ini..
Pada mulanya, macam xberapa pasti...
apakah tujuannya aku hadir di program ini?
buat pertama kalinya aku hadir program yang membicarakan tentang artis2 tempatan.
Program anjuran kawan sendiri, InshaAllah ada manfaat disebaliknya..


Pengarah : Suhaib Zahir




Mr. The All Shared

Buat pertama kalinya juga, bertemu sendiri dengan kumpulan ini...Suka dengan video diorang yang bertajuk"Tutorial tudung"


Azhar Hilmi dan abg kamarul
Azhar menyampaikan dua buah lagu terbarunya "Tekad Ramadhan" dan "Inilah Syawal"..



Azhar Hilmi
Slot sembang santai bersama Azhar Hilmi






Abg Nasaie dan Abg Kamarul

Slot Sembang santai bersama Al-Farabi Band..
Mereka juga adalah kumpulan yang buat pertama kalinya aku dengar..




Alhamdulillah...

hurm..
Sebenarnya, dalam kehidupan kita ni, tidak akan berwarna jika tiada sedikit hiburan..
Teringat sarikata lagu..
"Berhibur tiada salahnya, 
kerna hiburan itu indah,

Cuma, apabila kita salah menggunakannya..itu yang menyebabkan hiburan itu sia-sia..



~Little Mashitah~
Home Sweet Home..
23:56



Baby Khaled Al-Walid

Alhamdulillah...
Allah beri peluang dan ruang untuk masih hidup dan kekal di bumi Nya..


Buat pertama kalinya jumpa baby comel ni..
Nama dia Khaled Al-Walid.
Selama ni duk tengok gambar dia ja kat Facebook..
Bila dah nampak..terus amik dan bergambar.. ^_^


"Tiap-tiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih untuk dicorakkan). Ibu-bapanyalah
yang membentuk anak itu menjadi seorang Yahudi atau Nasrani (Kristian) atau Majusi".




Baby Khaled...


~Little Mashitah~
Home Sweet Home
22:07

Langit







Langit itu penuh hikmah yang tidak boleh kita pandang sepi. Setiap kali mendongak ke langit, rasa diri ini kerdil, lemah dan tidak berdaya. Setiap kali mendongak ke langit, rasa kehebatan dan keutuhan ciptaan Allah SWT. Allah yang menciptakan langit tanpa tiang mahupun paksi.

Langit yang waktu malamnya dihiasi pula dengan bintang-bintang bergemerlapan. Sungguh indah! Ditambah lagi sinar rembulan memukau. Subhanallah!  Langit bercahaya ciptaan Allah yang sangat menakjubkan.

Kadang-kala apabila mendongak ke langit, rasa diri ini terangkat mahu terbang di angkasa!. Kadang-kadang, ada juga perasaan mahu terbang terus ke syurga!. 

Sungguh besar hikmah yang ada pada langit. Jangan bosan mendongak ke langit kerana di situ ada seribu satu rahsia yang tidak akan termampu kita terokainya..

"Actually, when we look at nature, we will discover many things. The meaning of beauty.. The delicate balance on and THE MERCY OF Allah swt.. " 

Tadabbur surah : [Al-Imran:190-191]



"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bg orang yang berakal.(mereka adalah) orang yg mengingati Allah sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):"Ya Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan ini sia2,Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka"

p/s: Carilah masa untuk melihat alam..walaupun sekeliling kita juga adalah alam..

12 & 13 June 2014
Langkawi, Kedah..
bersama Widad Kamarudin dan k. Syafiyah Adzahar



~Little Mashitah~
Home Sweet Home
21:54




Kenduri Kahwin Nisa!

Assalamualaikum...
Semoga kalian berada dibawah naungan RahmatNya..Ameen..

Cerita kali ini...

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"


(riwayat Bukhari dan Muslim)


Barakallah kepada sahabat sekampung, sejiran,sekelas, sekepala dan semua se lah.. Saidatul Nisa
Alhamdulillah, sudah tiba masanya dia menamatkan zaman bujangnya.. 
pada tanggal 6 jun 2014..dengan jejaka pilihan Allah swt..

Nur Saidatul Nisa & Syahmi Siran



Akad Nikah : Malam 6 jun 2014



Nisa dan Syahmi



Berjumpa kembali...
Me, Hidayah, Khadijah dan Syahirah bersama anaknya.



Bergambar sakan... :)



Bergambar bersama pengantin Perempuan..



Kami...

Subhanallah...
Sekejap saja masa berlalu.. 
Dahulunya masih kanak2..bermain di tepi sungai..berbasikal ke sekolah..naik moto keliling kampung..
Masing-masing sudah ada hala tuju..

Masing terngiang-ngiang di telinga..Berbual-bual dengan dia sebelum di ijab kabul:
Me: Wah..Tahniah nisa... jelesnya..dah tiba masa untuk kawen..
Nisa: Alhamdulillah.. nul, Allah tu Maha Adil. masa nul pun akan tiba juga, cuma belum tahu bila..dan Allah izin, nisa kawen waktu tengah belajar.. belajar pun xhabis lagi..nul pulak..dah habis..nak konvo dah pun..
Me: InshaAllah nisa..setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya.. 

Betul-betul rasa kehilangan seorang sahabat yang paling rapat..
Ya Allah.. semoga sahabatku berada dalam keluarga yang Sakinah, Mawaddah dan Rahmah..Amin..


~Little Mashitah~
Home Sweet Home
12:23







Seminar Baitul Muslim

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah...
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan dan yang mematikan..
Dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam.
Dan tidak lupa juga dua nikmat yang sering manusia lupa: nikmat sihat dan nikmat masa lapang..

Pendahuluan

Program : Kursus Seni Membangunkan Baitul Muslim Siri 1
Tarikh : Ahad , 1 Jun 2014
Tempat : UTC Pusat Tranformasi Bandar Perak, Ipoh ,Perak
Anjuran : Famili Mithali & Kelab Belia HALUAN Ipoh


Surah aT-Tahrim : 6

Alhamdulillah..
Allah bagi peluang kepada saya pergi ke Seminar Baitul Muslim pada 1 Jun yang lalu bersama sahabat saya Hajar Maisarah binti Husaini.
Pelbagai maklumat dan perkongsia yang dapat dari program ini. Program ini tidak lah terbuka hanya pada individu yang sudah mendirikan rumah tangga, malah yang masih bujang juga berpeluang untuk mengikuti.

Antara objektif program ini ialah:-
1. Berkaitan pembinaan baitul muslim di awal 5 tahun pertama
2. Hakikat baitul muslim dan membangunkan cinta pasangan suami dan isteri
3. Menyemarak komunikasi yang berkesan antara suami dan isteri.

Isi Kandungan

Terdiri dari pada 3 slot :
Slot 1 : Hakikat Baitul Muslim oleh Tn Haji Rosdi Baharom

Point : 
1. Bagaimana kita dapat memahami dan menghayati hakikat baitul muslim.
    - Pembinaan rumah tangga adalah 'projek mega' yang menuntut ilmu, kemahiran, kesabaran dan semangat pasukan yang tinggi kerana pembinaan rumah tangga dan keluarga adalah sebahagian dari projek pembangunan ummah.

a) Jadikan ibadah kepada Allah sebagai dasar binaan rumah tangga
b) Komitmen dan iltizam
c) Membentuk persekitaran Islamiyah dalam keluarga

Dr Beshir telah menulis:
" Marriage is not about getting what you want, rather it is about wanting what you get"

2. Konsekuensi rumah tangga Islami
a) Didirikan atas landasan ibadah
b) Merealisasikan nilai-nilai islam secara kaffah
c) Terdapat qudwah yang nyata
d) Tolong-menolong dalam menegakkan adab-adab islam
e) Rumah mesti kondusif bagi terlaksananya peraturan Islam
f) Tercukupinya keperluan kebendaan secara wajar
g) Menghindari hal-hal yang tidak sesuai dengan semangat islam


Slot 2 : Membangun Cinta Baitul Muslim oleh Tn Haji Rosdi Baharom

Point :-
1. Cinta antara pasangan suami isteri dapat ditumbuhkan dengan ketaqwaan
    - "Taqwa dan ihsan akan menciptakan berbagai sumber kebaikan bagi seorang muslim dalam semua aspek kehidupannya, termasuk jalinan cinta kasih dengan pasangannya."

2. Bagaimanakah kita dapat menyalurkan cinta antara suami dan isteri
  Fathi Ath-Thahir menulis:
"Kecintaan antara suami isteri dapat bersandar pada bentuk cinta yang lebih dari hanya sekadar rasa cinta seorang pria kepada seorang wanita, mengingat keduanya saling melengkapi fitrah masing-masing dan memiliki daya tarikan alaminya sendiri. Namun kecintaan antara keduanya ini mestilah memiliki tujuan yang seimbang, mengarah kepada kecintaan yang lebih tinggi dan tidak bertentangan dengannya."

3. Faktor-faktor yang dapat menambah kenikmatan cinta dan pengaruhnya dalam menyuburkan kecintaan antara pasangan suami isteri.
a) Selalu ingin berbicara dengan pasangannya 
b) Bersegera menuju ke tempat pasangannya berada
c) Penjelasan dan ungkapan manis
d) Mengungkap perasaan cinta
e) saling mengucapkan kata terima kasih
f) Memanjakan pasangan dengan nama panggilan atay sebutan yang disukai
g) Bergurau senda
h) Memuji dan menyanjung
i) Memberi hadiiah


Slot 3 : Hembusan Kasih Baitul Muslim oleh Azmi Bahari

Point :-
1. Kebahagiaan itu datangnya dari Allah swt
"Dialah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati-hati orang yang beriman supaya bertambah iman mereka beserta dengan iman yang sedia ada bagi Allah lah tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
[Al-Fath 48:4]

2. Apa itu komunikasi
Komunikasi adalah aktiviti atau proses menyampaikan apa yang ada dalam fikiran, konsep yang kita fahami dan keinginan atau perasaan yang ingin kita sampaikan pada orang lain.

3. Konsep rumahtangga Islami
Rumahtangga islami adalah rumahtangga yang di dalamnya terdapat iklim yang sakinah (tenang), mawaddah (penuh cinta), dan rahmat (kasih sayang).

4. Apabila iman mendasari komunikasi
a) Melahirkan sifat Qona'ah dan Syukur 
b) Lapang dada dan saling memaafkan
c) Membina rasa tanggungjawab dan peka dengan hak pasangan
d) Komunikasi berlandaskan Ta'aruf dan kasih sayang

5. Beberapa tips:-
i) Mengetahui ragam komunikasi pasangan
ii) Memahami body language
iii) Jadilah pendengar yang baik
iv) Buang penghalang dalam komunikasi
v) Guna kebijaksaan dan kata-kata yang membina
vi) Pilih waktu, suasana dan tempat yang tepat



Alhamdulillah...
Program selesai..
Walaupun belum sampai masanya lagi untuk berwalimah..
Segala ilmu yang ada, disimpan serapat-rapatnya..
Bertemuu dengan sahabat2 seislam juga..
Ukhuwah Fillah..



~Little Mashitah~
Home sweet home
14:52





Our lecturer.. Our mom.. Our sister..

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah.. Allah masih lagi peluang untuk buat semua perkara...
Alhamdulillah.. atas semua..

OK..
Post kali ni saya nak "throwback" hari sebelum kitorang semua pulang untuk cuti lama..
pulang dan mungkin tidak akan kembali semula di tempat itu..
Mungkin hanya melawat seketika untuk mengenang kembali memori-memori terindah bersama..

Our lecturer.. Our mom.. Our sister..

Hurm...
Di KTD ni, antara banyak-banyak perkara yang best salah satunya adalah Pensyarah..
Pensyarah di KTD memang superb..
Diorang dah seperti mak kitorang, kakak kitorang..
berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, pendapat..
memang terBAIKlah..
Inilah salah satu keistimewaannya di KTD..
nak jumpa pensyarah amatlah mudah..
siapa yang tidak menghargai sewaktu belajar di KTD ni..memang rugi besar..
Peluang dan rezeki tu..depan mata..
Hanya hati-hati yang benar-benar tahu saja yang akan berebut..


Memandangkan kos / kursus kitorang antara yang paling sikit pelajar..
Hubungan kitorang semua lebih erat, "sporting" dengan semua..
Tapi, pensyarah kos kitorang adalah pensyarah paling ramai..
12 orang..(mungkin ada yang kata sikit,tp berbanding pensyarah kos lain..)
Dalam 12 orang itu, terdapat 1 orang pensyarah lelaki..
Tapi tidak kesemua pensyarah itu mengajar kitorang..
Dalam 12 orang hanya 1 atau 2 orang sahaja yang tidak pernah mengajar kitorang.


Inilah Mereka..


ومن آدابهم : أن يقصدوا وجه الله بتعليم من علَّموا ، ويطلبوا ثوابه بإرشاد من أرشدوا ، Ù…ِÙ† غير أن يعتاضوا عليه عوضا ، ولا يلتمسوا عليه رزقا
“Antara adab-adab mereka (guru) adalah menjadikan matlamat mendapat keredhaan Allah dengan mengajar sesiapa yang mereka ajar, mengharapkan ganjaran Allah dengan memberi tujuk ajar kepada mereka yang diberi tunjuk ajar tanpa mengharapkan gantian (daripada orang) dan mengharapkan rezeki daripadanya.”



Puan Haslina bt Mahmud
Mengajar matapelajaran:
Logik Digital
Rangkaian Komputer
Komunikasi Data

Puan Azueliza bt Abdullah
Mengajar matapelajaran:
Statistik

Puan NoorHarzun bt Hashbullah
Mengajar matapelajaran:
Sistem Pengurusan Maklumat
Pesanan Terakhir:
"Jaga diri, semoga berjaya..jangan lupa saya"


Puan Nur Laili bt Abdullah
Mengajar matapelajaran:
Metodologi Pemprograman
Struktur Data
Rekabentuk dan Analisis Sistem
Pesanan Terakhir:
"Semoga kamu berjaya di dunia IPT yang sebenar, yang banyak cabarannya..jangan mudah putus asa..dekat luar nanti bukan lah seperti di KTD ni..orang kata apa..disuap2..tapi luar nanti, kamu kena cari sendiri..usaha sendiri..Jaga diri..jangan terikut-ikut dengan suasana buruk..kat KTD, masih dijaga..nnt diluar..kena mujahadah sendiri.."


Puan Husna bt Ibrahim
Mengajar matapelajaran:
Web 1
Web 2
Pengaturcaraan dalam Penyelidikan Operasi

Pesanan Terakhir:
"Semoga kamu dapat jaga diri, Belajar bersungguh-sungguh, ingat moto KTD.. Mengaji biar panda, Perangai biar juruh, Hidup biar buleh tumpang... beri manfaat kepada orang lain.. dan jangan lupa kami disini"


Puan Faznita bt Ismail
Mengajar matapelajaran:
Metodologi Pemprograman
Pengaturcaraan III(Visual Basic)
Pesanan Terakhir :
"Semoga berjaya pada masa hadapan, belajar betul2, semoga dapat kerja yang terbaik dan jaga diri"



Puan Zuraidah bt Zakaria
Mengajar matapelajaran:
Pengaturcaraan II(C++)

Pesanan Terakhir:
"Pesanan saya, nanti bila di luar nanti jangan ikut arus,dekat ktd ni semuanya dah diprogramkan, semuanya wajib, jadi, sebagaimana kamu di ktd, jadilah kamu juga diluar nanti"


Cik Jazilah bt Mat Saat
Mengajar Matapelajaran:
Komunikasi Data
Pesanan Terakhir:
"Jaga diri, belajar sungguh-sungguh..ingatlah kami semua disini."



Puan 'Afidatul Syakirah bt Abdullah
Mengajar matapelajaran:
Organisasi Komputer dan Bahasa Himpunan
Pangkalan Data

Pesanan Terakhir:
"Bila dah berada diluar nanti..jaga diri, belajar bersungguh-sungguh..ingat kami disini"




Ops!!
Satu-satunya pensyarah lelaki...




Encik Kamarulzaman bin Omar
Mengajar matapelajaran:
Aplikasi Komputer
Keselamatan Komputer
Pemasangan dan Selenggara Sistem Komputer

Pesanan Terakhir:
"Jaga diri nanti bila kat luar, semoga cemerlang di mana saja kamu berada.."


Last but not least

Alhamdulillah...
Hari terakhir berjumpa dengan mereka..
Dapat kata-kata semangat dan pesanan kasih dari mereka..
Sedih tidak terkata..
Sebenarnya banyak dan panjang lagi pesanan mereka..
tapi x larat nak taip..
InsyaAllah semoga Allah redha..



“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at-Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”


Little Mashitah 
~Home Sweet Home~
4/5/14

Tutup komputer orang.

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah....Hujan hari ni...
waktu-waktu begini seronok kalau tidur...sejuk~

Oklah..
Saya teruskan jalan la..
Nak cakap pendahuluan banyak-banyak pun xreti..tak pandai..

"Post" saya hari ni.adalah cara-cara bagaimana nak tutup/shutdown terus komputer kawan/orang la..
Tapi, harapnya ilmu ni bukanlah untuk mengenakan jahat pada sesiapa..
Jika lah kawan2, atau sesiapa yang korang tengok tengah tengok perkara yang tidak patut, 
atau malas nak buat kerja sekolah, atau tidak siap projek...sebab main game.
Boleh la cuba...hehe..

Perkara ni pun saya belajar sendiri..
kalau waktu belajar di kolej dulu..
Pensyarah hanya ajar sikit je..
dia cakap, kalau nak tahu.."explore" sendiri..huhu..
Bagus dan betul juga..kadang pelajar ni "malas" nak kaji..
semuanya nak "disuap"

Step 1:
Pertama sekali, 
korang pergi pada butang START, bahagian bawah hujung kiri..
Tekan dan taip pada Search Program and Files..
Taip Run.
Gambarannya lebih kurang kat bawah ni la..

Taip RUN.
Bila dah taip..
Tekan ENTER.
Dia akan keluar macam kat bawah ni pula..
Tetingkap Run.
Lepas tu, taip pula cmd.. bermaksud Command Prompt
Apa-apa jenis arahan korang boleh tulis dan buat...



Taip cmd

Ok...
Tekan OK.
Dia akan keluar C:\Windows\system32\cmd.exe
Tetingkap cmd yang berwarna hitam..
Kat sini la korang tulis segala arahan yang korang nak..
Tapi, hari ni pasal nak "shutdown" komputer orang lain..



Tetingkap cmd

Tapi, sebelum kita nak "shutdown" komputer orang yang dituju..
Kena cari IP  Adress bagi komputer orang tu..
Dengan menaip arahan -->" netstat -n"
Untuk melihat alamat IP komputer.
Macam kat bawah ni..


Taip netstat -n
Bawah ni senarai Alamat IP yang terbuka..


Alamat IP

Cari lah Alamat IP komputer tu..
Bila dah jumpa..
Taip pula arahan --> "shutdown -i"


Taip shutdown -i
Tekan ENTER.
Dan akan keluar tetingkap Remote Shutdown Dialog
Pada tetingkap itu, korang tulis la Alamat IP komputer orang tu..


Remote Shutdown Dialog


Cari Alamat IP
Yang terakhir..
Korang masukkan Alamat IP..
Ops..lupa plak..
Ambil Alamat IP yang Local Address..
Tekan Add untuk masukkan..




Bila dah masukkan Alamat IP..
Tekanlah OK..
Itu saja...hehe..



P/s: Korang kalau nak cuba, jangan buat jahat... Gunakan sebaik yang boleh..Untuk sedarkan orang ke..kawan2 ke..Ok lah...Semoga bermanfaat...


Little Mashitah
~Home Sweet Home~
29/4/14
17:33
hujan renyai2..




Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon