.

.

Pengikut

Bila sifat malu tidak berfungsi..

Biasa kita mendengar,lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula diumpama sebagai bunga,kalau kumbang suka pada bunga tentulah LELAKI suka pada WANITA.Sejak REMAJA lagi keinginan LELAKI pada WANITA sudah berputik tentulah wanita menjadi sasaran usikan lelaki.


Apakah keistimewaan WANITA sehingga begitu kuat menarik
perhatian LELAKI?sememangnya wanita lain daripada lelaki,
Terdapat banyak kelainan...



Dalam sebuah hadis nabi s.a.w bersabda yang bermaksud.Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu..


Hadis riwayat Bailhaqi..

http://emo.huhiho.com

Sahabat Terhebat..


Syukur kepada Allah kerana ana masih lagi boleh bernafas dan bergerak untuk melakukan kebaikan...disini ana wakil dari moderater blog ini,berhajat sangat untuk berkongsi sedikit perkongsian daripada akhi Hilal Asyraf kita yang sedang melanjutkan pelajarannya di Jordan..

Perkongsian ini amat tersentuh buat ana yang mempunyai sahabat..
walaupun kita masih tidak menjumpai sahabat yang sejati tetapi dengan perkongsian ini dapat memberikan kesedaran kepada kita..APA ERTINYA BERSAHABAT..??

sahabat terhebat, adakah kita berusaha? atau memandang enteng sahaja?

sahabat terhebat, adakah kita berusaha? atau memandang enteng sahaja?


Semalam adalah hari yang agak besar buat saya dan ahli PERMAI. Satu program bernama Adha 1430 telah berlangsung di kalangan komuniti pelajar melayu di Irbid, Jordan sempena Aidil Adha kali ini.


Saya telah menjadi host untuk tiga sesi sepanjang program itu, yakni sesi lakonan, video dan akhir sekali sesi luahan perasaan hati ke hati.


Semalam pada saya adalah malam yang hebat. Baru saya tahu, bawah cahaya spotlight, saya ni kelam kabut juga. Susah nak kekalkan ketenangan, tambahan kalau ada benda-benda luar perancangan berlaku.


Tak mengapalah. Cukup-cukuplah fasal saya. Saya nak kongsi cerita berkenaan pengorbanan dalam persahabatan, yang telah dikongsikan oleh salah seorang pelajar melayu yang menawarkan diri dalam sesi luahan perasan hati ke hati. Tema kami adalah pengorbanan, maka dia menceritakan kepada saya satu pengorbanan yang pada saya amat besar.


Dia bercerita berkenaan sahabat-sahabatnya, dan pada saya, sahabat-sahabatnya adalah sahabat yang terhebat. Saya sendiri, belum pernah berjumpa sahabat seperti itu dalam hidup saya. Dan ia memberikan pengajaran terhebat buat saya.


Dia


Dia adalah seorang perempuan, akak dalam erti kata yang lebih hormat untuk saya. Akak Nor Faiza, pelajar tahun enam perubatan di Jordan University of Science and Technology. Dia dahulunya pernah memegang jawatan Ketua Helwi PERMAI, dan selepas itu pernah juga menyandang jawatan Timbalangan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan.


Kisah yang dikongsikan


Dia menceritakan, pada salah satu tahun pengajiannya di Jordan sebelum ini, dia pernah mengalami kemalangan yang mengakibatkan kakinya patah. Dari ceritanya, dia memerlukan kerusi roda, tongkat untuk memudahkan pergerakannya dari satu tempat ke satu tempat.


Pada saya yang tinggal di Jordan, saya mengetahui betapa azabnya hidup di negara ini dalam keadaan kaki yang patah. Hal ini kerana, rumah pelajar melayu biasanya di tingkat yang tinggi, kemudian untuk pelajar JUST mereka perlu ke universiti menaiki bas, itu belum dikira lagi dengan urusan-urusan lain yang perlu berebut dengan orang lain, ditambah pula dengan kekasaran arab dan sebagainya.


Dia menceritakan, ketika itu dia memang seolah-olah mengalami kesukaran hidup yang teramat sangat.


Saya, kalau berada di tempatnya, pasti sudah meminta cuti dan balik ke Malaysia.


Tetapi, dia tabah. Dan antara sebab ketabahannya, dia mempunyai sahabat terhebat.


Sahabat-sahabatnya


Dia menceritakan, di dalam kesusahannya itu, sahabat-sahabatnya bergerak
membantunya dalam segenap segi urusan hidup.


Kawannya membantu mengangkat kerusi roda dan membantu dirinya turun dari atas ke bawah rumah. Sahabat-sahabatnya sentiasa bersamanya, berjalan di universiti membantu pergerakannya. Walaupun saya maklum, pelajar JUST perlu bergesa dari satu dewan ke dewan lain kerana jaraknya yang kadangkala jauh. Namun sahabat-sahabatnya tidak meninggalkannya.


Dia menceritakan: “Dalam keadaan akak yang sukar itu, hendak menaiki coaster(satu kenderaan seperti bas di sini) adalah amat payah, hendak berebut dengan arab lagi. Jadi masa tu, kawan-kawan akak berpakat menyewa van, dan mereka dengan akak naik van itu sama-sama”


Sampai begitu sekali. Mendalam sungguh kasih-sayang sahabat-sahabatnya terhadap dia.
Tidak meninggalkan langsung, malah membantu sokong dirinya dalam semua urusan.


Akak Nor Faiza menceritakan lagi, satu ketika, dia jatuh sakit dan terpaksa berbaring sahaja di atas katil. Ketika itu pula, musim peperiksaan.


Sahabatnya membantunya, malah sanggup membacakan buku peperiksaan di sebelahnya.


Akak Nor Faiza berkata: “Waktu tu akak tak tahu dah apa yang dia baca, tapi yang akak tahu, air mata mengalir di pipi akak”


Sungguh hebat sahabat-sahabatnya. Sampai sanggup membacakan buku peperiksaan.


Di mana saya boleh mencari sahabat sebegini hebat?


Sahabat-sahabat Kak Nor Faiza, ketahuilah bahawa peribadi-peribadi kalian, saya hanya jumpa di buku sejarah dan di dalam novel sahaja. Sukar sungguh melihatnya di alam realiti.


Kita?


Bagaimana dengan kita? Bagaimana hubungan kita dengan sahabat kita? Adakah kita menghargai mereka? Apakah yang telah kita lakukan kepadanya?


Jangan kata hendak bersamanya sepanjang waktu kesusahannya, kadangkala tidak menghubunginya berhari-hari, berbulan-bulan pun kita tidak kisah. Bila kita dengar sahabat kita demam, tidak sihat, kita boleh sahaja biarkan dia di dalam bilik walaupun kita serumah. Kita sanggup membiarkan sahabat kita memasak, basuh pinggan, kemas rumah hari-hari tanpa kita sedikit pun meraikannya, ucap terima kasih, malah kadangkala kita tambah kekotoran rumah.


Hari ini, ukhuwwah sehebat hubungan sahabat-sahabat Kak Nor Faiza tadi telah hilang. Kita rasa tidak berbaloi berkorban untuk sahabat kita. Kita rasa sahabat kita adalah orang lain dan bukan keluarga kita.


Tidak hairanlah masyarakat hari ini tidak mampu membina satu kesatuan yang kukuh. Tidak kisahlah hari ini, ummah hidupnya benci membenci, dengki mendengki, penuh hasad dan dendam.


Kenapa?


Kerana kita tidak membinanya, kita tidak bersedia menjalankannya.


Kita rasa, kita hidup sendiri sudah mencukupi. Kita senang begini. Sedangkan, Islam itu terbangun atas kesatuan, bangsa yang hebat itu bergerak atas kebersamaan.

Lihat Israel, bagaimana mereka boleh menjadi sehebat hari ini walaupun mereka hanyalah negara kecil sahaja, membuatkan arab-arab kaku walaupun negara-negara arab yang besar mengelilinginya. Apa resepi mereka?


Kesatuan. Di mana sahaja orang yahudi berada, mereka telah berjanji untuk bersatu dan bergerak ke arah matlamat yang sama. Di mana sahaja mereka berada, mereka akan jadi yang terbagus, memegang ekonomi, melobi pemimpin, mengkaji pelbagai kajian, semuanya untuk kelangsungan survival mereka. Mereka bersatu, bergerak bersama, dan akhirnya kita lihat mereka hari ini. Pada saya mereka telah berjaya.


Kita?


Penutup: Bukan cari, tapi jadi


Artikel ini, perkongsian ini bukan untuk anda mencari sahabat terhebat. Saya lebih kepada mengajak anda menjadi sahabat terhebat. Sesungguhnya, menjadi sahabat yang baik itu juga merupakan kayu ukur keimanan kita.


Allah SWT berfirman:


“Sesungguhnya, orang-orang yang beriman itu bersaudara” Surah Al-Hujurat ayat 10.


Dan tidakkah kita inginkan apa yang dijanjikan Allah dalam sabda Rasul-Nya:


“Akan ada tujuh golongan yang dinaungi oleh Allah pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya…. Dua lelaki yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah hanya kerana Allah SWT” Al-Hadith.


Kita bukannya kuat qiamullail, kita pun agak malas baca Al-Quran banyak-banyak, ibadah kita sedikit, dosa kita banyak, maka kenapa kita tak usahakan diri kita menjadi sahabat terbaik? Ini salah satu lubang menggapai syurga!


Maka, siapa antara kita yang bergerak terlebih dahulu untuk menjadi sahabat terhebat?


Bukan untuk sahabat kita sebenarnya, tetapi untuk menggapai redha Allah SWT.


sumber:artikel perkongsia akhi Hilal Asyraf..

SAHABAT TERHEBAT...

Itu sahaja yang dapat ana kongsikan sedikit bahan daripada akhi Hilal Asyraf.

KEM REMAJA PERAK...part 1

Pada 4 hingga 6 disember yang lalu Kelab Belia Haluan Ipoh & Haluan Perak telah mengadakan Kem Remaja Celik Ibadah yang dilakukan di Pusat Rekreasi JPS Kuala Kangsar yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.Kem ini disertai oleh pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 tetapi terdapat juga adik-adik banat yang menyertainya.Kem ini adalah bertujuan untuk membuka mata para remaja tentang dengan konsep ibadah..ini juga bertepatan dengan nama kem ini iaitu "Celik Ibadah".Kem ini bermula pada pukul 5 petang.

Kem komanden bagi kem ini ialah abang Fadhli bin Razali.Kakak fasilitator bagi bahagian puteri ialah kak husna,kak haizum,kak hafsah,kak nawwar,kak farha,kak faezah,dan kak intan.Seramai 24 orang peserta bagi bahagian puteri manakala bahagian putera tidak pasti.
Bagi peserta putera,mereka akan tdur didalam khemah yang telah disediakan manakala puteri tidur didalam dorm.

Hari jumaat..
Sebelum aktiviti bermula,semua pelajar dikehendaki berkumpul didewan utama bagi sesi taklimat bersama pak cik Amran iaitu Yang Di Pertua Haluan Perak dan bersama kem komandan bagi kem ini.Selepas itu,Peserta diminta bersiap untuk menunaikan solat maghrib berjemaah,makan malam,solat isyak,dan peserta diminta untuk ke dewan besar kerana ada sesi tazkirah bersama penceramah khas dari johor iaitu abang Muhaimin Misran.
Beliau menceritakan tentang sahabat Rasulullah..
iaitu tentang Saidina Ali bin Abi Talib..
Kemudian,sesi Latihan Dalam Kumpulan(LDK).Peserta dikehendaki duduk didalam kumpulan kerana sesi taaruf bersama kakak fasilitator dan peserta yang lain.Sesi taaruf,dimulakan dengan cara menandatangani di atas kertas yang dibahagi kepada 6 kerana setiap kumpulan terdapat 6 orang ahli dan setiap kumpulan mestilah mempunyai seorang ketua.Setiap kumpulan akan berdiri dihadapan dan memperkenalkan diri kepada semua orang.Apabila sudah habis,setiap kumpulan diminta untuk membincangkan tentang persembahan yang akan dilakukan pada esok malam.Pada pukul 11 mlm,acara bebas iaitu tidur.


Hari sabtu..
Solat subuh berjemaah,kemudian pergi ke dewan utama kerana ada sesi kuliah pagi bersama ustaz Fikri yang membincangkan pasal tajuk solat subuh dan kebersihan..
Antara yang diceritakan adalah..
dari Ibnu Batutthah..
"beliau adalah pengembara yang mengembara lebih lama,apabila beliau pergi mengembara ke negara islam,beliau tidak menjumpai islam,tetapi apabila beliau pergi mengembara ke negara kristian,beliau menjumpai islam.Ini adalah kerana negara mereka lebih bersih daripada negara islam."
Sarapan pagi..
kuliah 1,yang disampaikan oleh ustaz Farid..
dimulakan dengan ayat al-Quran..dalam surah Az-Zariyat:56..

"Tidak aku menciptakan jin dan manusia,hanyalah untuk berubudiah kepada Ku"
Setiap perbuatan yang kita lakukan,semuanya adalah ibadah tidak kiralah dimana-mana walau pun didalam tandas.

Ayat al-Quran yang ke-2..dalam surah Al-Fatihah:6

"Tunjukilah kami jalan yang lurus."

beberapa point penting..
Di dalam diri manusia yang beriman kepada Allah,mempunyai iman.tetapi terdapat 3 peringkat iman:
1)iman yang hidup
2)iman yang sakit
3)iman yang mati.

kita di peringkat yang mana???
fikir-fikirkan lah...


Bersambung...

Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon