.

.

Pengikut

Modul Anjakan Paradigma..


Modul Anjakan Paradigma ...


Modul ini selama 5 hari,bermula pada 27hb- 31hb(isnin-jumaat)..

Hari pertama.


Sebelum bermulanya modul ini,setiap pagi kami akan ada row call yang diketuai oleh penghulu,di padang yang bersebelahan dengan dewan.Kami diminta untuk
memakai lengkap seperti baju yang menutup aurat,nametag dan
file.Bagi peserta siswa mereka perlu tag in baju.Selepas row call,heart setting dilakukan oleh Cikgu Azmi Bahari,sebelum peserta IPS dan bukan IPS dipisahkan.

Pada hari pertama ini,cikgu Azmi memetik beberapa potong ayat dari surah As
y-Syam..:

"Demi jiwa dan penyempurnaanNya..."

dan juga kata-kata serta potongan hadis..:

"Kecenderungan kepada kejahatan ibarat air sungai menuruni bukit,tetapt
kecenderungan kepada kepada kebaikan ibarat air sungai menaiki bukit."
-Al-Jauzi-

sabda Rasulullah;

"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad manusia terdapat seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasadnya,dan apabila ia rosak maka
rosaklah seluruh jasadnya,ketahuilah ia adalah HATI.."

jadi jika kita melihat ayat al-Quran,kata-kata adan juga hadis diatas..

1)BINALAH IMAN
  • Hanya imanlah sumber kekuatan ketika berdepan dengan beratnya ujian kehidupan.
2)RANCANGLAH KEHIDUPAN

  • Tentukan matlamat hidup kita pilihlah jalan yang akan membahagiakan kita.
3)MULAKAN PERUBAHAN

  • "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasib mereka sendiri.."

Selepas mendengar heart setting daripada Cikgu Azmi,kami semua bergerak ke tempat yang diperintahkan,peserta dari IPS bergerak ke surau dan peserta yang
dari bukan IPS tetapkan diri di dewan utama.



peserta bukan IPS di dewan utama..



peserta dari IPS di surau..

Hari pertama..




Disampaikan oleh Ustaz Abdul Wahab..
Tajuk:10 ciri peribadi muslim..
1)realiti pemuda/remaja masakini
2)konsep syahadah dan tuntutan dalam kehidupan

CIRI-CIRI PERIBADI MUSLIM..

1)Badan yang kuat
2)Akhlak yang terpuji
3)Berilmu pengetahuan
4)Mampu mencari nafkah
5)Mempunyai aqidah yang benar
6)Ibadah yang soheh
7)Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu
8)Memanfaatkan waktu sebaik-baiknya
9)Tersusun segala urusannya
10)Manfaat pada orang lain..

Pada waktu petangnya pula sesi LDK...
Bagi kami,peserta siswi,saat inilah yang paling ditakutka kerana kami perlu bentang depan semua termasuk siswa,jika diikutkan,kami peserta dari matri tak dilatih untuk bercakap depan pelajar lelaki,apabila tiba saat ini semua seram sejuk,takut,gementar..kiranya..semua perasaan ada...

Alhamdulillah,aku cuba juga untuk bercakap dihadapan,tapi dalam keadaan yang sangat gementar dan tergagap-gagap.Sehinggakan lupa apa yang hendak dicakapkan.


-TIADA GAMBAR-


Hari kedua..

Disampaikan oleh Pak Cik Syed Solleh
Tajuk:Konsep dakwah dan kepentingannya dalam pembentukan ummah
1)kembali kepada islam sebenar
2)ibadah dan kebeekesanannya dalam kehidupan

Antara yang disebutkan dalam penyampaian hari ini..

Tujuan dakwah;jelas mengajak manusia agar berada diatas jalan Allah denga
n mengambil ajaran Allah menjadi panduan..
Mengajak orang lain untuk meyakin dan mengamalkan aqidah dan syariat islam yang terlebih dahulu telah diyakini dan diamalkan oleh pendakwah itu sendiri.
dan banyak lagi ilmu yang dapat pada hari ini..
Alhamdulillah.LDK pada hari ini tidak membosankan,dipenuhi dengan gelak tawa dan ilmu baru.
Kami diminta untuk berlakon tentang soalan yang diberi oleh Cikgu Azmi..
soalannya berbunyi..

1. Anda berhadapan dengan sekumpulan remaja yang melepak di perhentian bas. Anda ingin mengajak mereka untuk menunaikan solah berjama’ah di masjid yang berdekatan. Apa yang perlu anda lakukan? Persembahkan satu lakonan untuk menggambarkan situasi yang berlaku.

Pelbagai idea yang kita boleh lakukan,tetapi adakah semua idea itu dapat
dilakukan dengan berkesan?hanya Allah sahaja yang tahu..jika kita lihat melalui cara penarikan mereka amat senang,tetapi adakah ia semudah yang disangka..jawapannya tidak..

antara ciri-ciri dai'e yang disebut oleh cikgu

1)kena pandai cari peluang
2)tunjukkan muka yang ikhlas dan murahkan senyuman
3)melihay mad'u dengan penuh kasih sayang
4)kena pandai tambat hati
5)kena banyak ilmu pengetahuan..

"PERBAIKI DIRI KAMU DAN AJAKLAH ORANG LAIN.."


Hari ketiga..



Disampaikan oleh Pak Cik Amran(ayah saya)
Tajuk:Tasawur Tarbiyah dan kepentingan halaqah
1)10 ciri peribadi muslim

antara penyampaiannya...

ciri-ciri Manhaj Tarbiyah Islamiyah...

1)Bersumber sumberkan Rabbani iaitu al-Quran dan hadis
2)Mempunyai suasana yang baik untuk membantu pembangunan
3)Model untuk menjadi contoh..spt:Rasulullah s.a.w
4)Sesuai dengan realiti semasa
5)Memberi fokus kepada semua aspek iaitu rohani,fizikal dan aqli


Dari Ibn Qayyim..
4 cara untuk bermujahadah

1)Mencari hidayah Allah
2)Beramal dengan hidayah
3)Menyampaikan hidayah
4)Sabar


Hari kelima..


Penyampaian oleh Haji Sabri
Tajuk:Ciri-ciri organisasi Islam..

antara penyampaiannya..

3 asas ciri organisasi islam..
1)Matlamat yang terang
2)Jalan yang jelas
3)Iltizam dan Intizam dengan kedua-dua asas tersebut

manakala pada petang itu,seperti biasa akan ada LDK bersama cikgu Azmi.Soalan yang dikupaskan adalah;

1. Organisasi A tidak menyebut Islam dalam namanya tetapi ia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan kepada prinsip dan nilai Islam. Aktiviti ahli-ahlinya adalah mencurahkan bakti kepada setiap lapisan masyarakat yang memerlukan tanpa batas kepercayaan agama, bangsa, politik mahupun geografi dengan aspirasi atau motto Berakhlak, Mendidik dan Berbakti. Bincangkan sama ada Organisasi A boleh dikira sebagai Organisasi Islam.

Huraian mengenai soalan ini amat panjang jadi,hanya satu kumpulan dari siswa sahaja yang sempat dibuat..

Hari keempat..(maaf terlangkau)



Penyampai oleh Pak Cik Che Ani
Tajuk:'Amal Jamai'e.

Pada mulanya,kami semua hanya mengingatkan amal jamaie itu adalah gotong royong yang selalu dilakukan di Matri setiap hari ahad pagi,rupanya,apa yang disangka untuk slot kali ini adalah salah..

Amal Jamaie adalah kerja-kerja yang lahir daripada satu kumpulan yang tersusun mengikut sistem tertentu bagi melaksanakan matlamat tertentu..

Setelah mendengar ulasan dari p.c Che Ani,barulah kami tahu,bahawa amal jamai'e itu bukanlah hanya bergotong royong,jadi jangan menyempitkan fikiran anda..

Walau apa pun,Modul Anjakan Paradigma ini membawa satu impak yang besar dalam kehidupan,sebagai seorang dai'e (pendakwah)..
Teringat pula..tak pasti samada hadis atau ayat al-Quran..

"Sampaikanlah walaupun sepotong ayat.."


Tamatlah sudah Modul Anjakan Paradigma...


BY..LITTLE MASHITAH
JDK ZON UTARA..


0 comment:

Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon