.

.

Pengikut

Nota Cinta..Saujana,



Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah



Little Mashitah..

Happy mothers day...!!!


BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...

Syukur alhamdulillah,masih lagi diberi kesempatan untuk bersama-sama kita berkongsi pengalaman atau sesuatu yang amat bermakna untuk diri kita.Diri ini yang memerlukan antara satu sama lain,diri ini jugalah yang memerlukan peringatan dari kalian.

8 Mei 2011..ada apa ya??

di kaca tv..
-"Happy mother's day..!!"

-"Adik-adik ingat lagi pesanan ibu sewaktu kecil??hantar 10 pesanan dan lukiskan gambar ibu adik-adik ke alamat......!!!"

Dalam surat khabar...
-"buat kad untuk ibu tersayang!!"

-(ada lagi..).

Untuk entry kali ini,seperti yang tertera di atas,
persoalan yang ingin saya lontarkan..

Adakah hari ibu itu hanya sehari???
(fikir-fikirkanlah)..

bercakap mengenai hari ibu ini,saya ingin berkongsi satu cerita,dimana ia berlaku kepada diri saya sendiri.
Suatu ketika dahulu,ketika saya berumur lebih kurang 9 @ 10 tahun macam tu..
Keinginan untuk membeli hadiah untuk umi memang tinggi,ye la..dekat sekolah cikgu ajar waktu hari ibu nanti bagi hadiah..
dan memang saya membelikan hadiah untuk umi,
dan meletakkannya di meja cermin di dalam bilik umi..

saya:"umi tengokla hadiah tu"

umi:sambil membuka(tak ingatla hadiah apa)..

saya:"lawa tak?"

umi:"kak cik,umi tak mintak pun hadiah untuk umi,tak perlu pun..satu perkara je yang umi nak.iaitu belajar bersungguh-sungguh.."

saya:"ala..saja ja nak bagi tu.."

sewaktu tu,saya masih tidak mengerti,tapi apabila meningkat dewasa ini.
Dan saya telah melihat kejayaan kakak dan abang saya,
barulah saya faham.hadiah yang sebenar untuk umi dan abah adalah kejayaan anak-anaknya
Hari ibu yang sehari,tiada makna untuk kejayaan yang selamanya..

Jadi,hadiah untuk ibu dan bapa kita bukanlah hadiah ketika hari ibu atau pun hari bapa.
Tetapi hadiah yang mereka amat inginkan adalah kejayaan hasil dari usaha mereka mendidik kita sewaktu kecil..

Hadiah untuk ibu bapa kita juga adalah,DOA kita untuk mereka...

Itu sahaja yang dapat saya nukilkan mengenai hari ibu kali ini...


search for Mardhotillah..
Little Mashitah..

BuKu + BuKu + bUkU..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Syukur Alhamdulillah...
Saya masih lagi boleh menekan papan kekunci ini untuk berkongsi cerita di sini..
Kali ini saya nak bercerita tentang buku-buku yang menarik untuk dibaca...
Jazakallah untuk abang saya kerana meninggalkan buku-buku ini dirumah.
Buku-buku yang sukar untuk saya jumpa..sekarang....
Saya masih lagi dalam proses untuk menghabiskan buku setebal 558 muka surat itu..
iaitu ARMAGEDON 2012...



Harga: RM 31.50 / RM 34.50
ISBN-13: 978-967-5137-99-0
Tarikh Terbit: 1 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 560

Kategori: Bukan Fiksyen, Sejarah, Islam, Akidah, Islam Umum, Perbandingan Agama

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd


sedikit sinopsis dari buku ini...

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.

Sekarang ni,saya baru sampai bab 7:Asap Tebal Memenuhi Bumi.

Apa yang saya dapat kongsikan sedikit mengenai dalam bab ini..
Ada hadis mengenai sepuluh tanda besar kiamat ada menyebut mengenai fenomena keluarnya asap (Dukhan).Sehingga kini ramai ilmuwan islam tidak dapat mengkaji dengan lebih mendalam lagi.Tapi,dalam ayat Al-Quran ..surah Ad-Dukhan:10-11..mengatakan asap itu akan menyelimuti seluruh umat manusia..

"Maka tunggulah ketika langit membawa asap yang nyata,Yang meliputi seluruh manusia.Inilah azab yang pedih."

dan hipotesis mengenai faktor penyebab munculnya asapglobal itu adalah hentaman meteor ke Bumi.Hipotesis ini dirumuskan berpandukan ayat al-Quran yang selanjutnya,yakni bahawa asap itu muncul akibat datangnya "hentaman yang kuat"(surah Ad-Dukhan:16)..

Petafsiran "hentaman yang kuat" sebagai hentaman meteor besar ke Bumi dipekukuhkan pula oleh hadis daripada Ibn Abbas yang mengaitkan antara kemunculan bintang berekor(komet/meteor) diikuti kemunculan asap(Dukhan).

"Orang menceritakan bintang berekor sudah terbit.Aku kuatir asapnya sudah dekat.Kerana itu aku tidak dapat tidur hingga pagi"..(Ibnu Jarir Ath-Thabari)

Ada juga hadis mengatakan hanya orang kafir sahaja yang terseksa akibat asap itu,mereka mengalami gangguan pada mata, hidung, dan telinga..Sementara itu orang Islam hanya selsema sahaja..

Hadis daripada Abu Malik al-Asy'ri,Rasulullah berkata:
"Sesungguhnya Tuhan kamu semua mengingatkan kamu dengan tiga perkara,Pertama,asap yang menerpa orang yang beriman,di mana mereka seperti terkena gejala selsema.Ia juga melanda orang kafir,di mana sekujur tubuh mereka akan membengkak,lalu mereka tidak dapat mendengar,Kedua,keluarnya binatang..,dan Ketiga,keluarnya Dajal.."

Banyak lagi yang ditulis dalam buku ini..
saya hanya dapat kongsi sedikit sahaja...



Manakala,umi saya pula sedang membaca buku ini...


Harga: RM 35.00 / RM 38.00
ISBN-13: 978-967-5137-91-5
Tarikh Terbit: 8 Jan 2010
Jumlah Muka Surat : 496

Kategori: Bukan Fiksyen, Biografi, Islam

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd





InsyaAllah,jika Allah memberi kesempatan untuk saya menghabiskan buku Armagedon 2012 itu,saya akan membaca buku ini pula..




Harga: RM 35.00 / RM 38.00
ISBN-13: 978-967-5137-81-5
Tarikh Terbit: 19 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 760

Kategori: Bukan Fiksyen, Biografi, Sejarah, Islam, Perbandingan Agama, Politik & Sejarah

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd




sedikit sinopsis dari buku ini...(yg tertulis di belakang buku)

"Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.' Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (surah al-Kahfi: 83-84) Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja agung yang tercatat di dalam al-Quran 'hilang' dalam rekod sejarah. Bukan seorang dua raja agung yang dinobatkan, namun mengaitkan peribadi raja dengan iman yang disebutkan di dalam al-Quran masih 'misteri.' Mencari Zulqarnain ibarat bermain teka-teki. Setiap teka-teki mempunyai kata kunci. Antara kata kunci utama adalah beriman, menjelajah timur dan barat dan bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj. Tersalah pada satu kata kunci, calon raja agung terkeluar daripada gelaran Zulqarnain. Senarai calon raja agung sudah dibuat, kata kunci sudah dirungkaikan, ternyata Alexander the Great adalah calon yang paling layak. Biar pun tuduhan musyrik yang dilemparkan, buku ini menjawab Alexander Macedonea atau Iskandar al-Makduni adalah orang yang beriman pada satu Tuhan yang esa, pembebas timur dan barat dan pembina tembok Yakjuj dan Makjuj. Buku Alexander adalah Zulqarnain mendedahkan profil Alexander the Great, anak Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling kejam dalam sejarah, Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya beriman.


Antara kandungan menarik di dalam buku ini: Alexander the Great di dalam Tafsir al-Quran * Nama Alexander the Great dicemari di dalam Teks Yunani-Rom Kuno * Senarai Penguasa Dunia (1010 - 330 SM) * Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj & Makjuj * Oasis Monoteisme di tengah Gurun Paganisme Yunani * Peringkat Awal Misi Pembebasan Alexander * Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem * Pengembaraan Alexander di Timur * Pengembaraan Alexander di Barat * Pertemuan Alexander dengan Kaum-kaum yang disebut di dalam al-Quran * Lokasi Alexander membina Tembok Besi * Jawapan kepada Tuduhan.


Alhamdulillah..setakat ini sahaja..
Doakan saya agar dapat habis membaca buku-buku ini...
agar boleh untuk saya kongsikan lagi isi kandungannya...


Little Mashitah...

AGM + prog REMAJA + prog ALD BNT...



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...



Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang telah membri kita berbagai nikmat yang sukar untuk kita menghitungnya...
Allah telah mengizinkan saya untuk mengikuti umi,abah dan kakak ke Pulau Pinang untuk Anual Grand Meetting(AGM)...Disamping itu,mengambil 'stuff' abang saya yang sudah habis belajar di USM..Buat pertama kalinya,saya menjejakkan kaki di USM,walaupun abang saya berada 3 tahun belajar di situ..Jadi,Allah memberi saya peluang akhirnya..

Pada masa yang sama juga,program remaja dan aulad banat disitu.. mulanya,saya ingin mengikuti AGM,tetapi tertarik pula pada program remaja,jadi saya dan beberapa sahibah MATRI saya pergi mengikuti program remaja.

Slot yang pertama disampaikan oleh:
Sir Rosdi Baharom..

Tajuk yang disampaikan adalah satu tajuk yang sangat best,dengan penyampaiannya yang sungguh bersemangat,dan membangkitkan semangat kami semua..iaitu Marilah Kita Menjadi Hamba Allah swt Yang Taat dan Ikhlas..

Sebelum sir meneruskan,sir mengemukakan 2 persoalan iaitu..
1.Macam mana nak menjadi hamba Allah
2.Macam mana nak jadi hamba yang beruntung..
(berhenti disini)...dan meneruskan..

Allah mencipta kita untuk bahagia walaupun ada yang hidup susah,menderita .Kita layak untuk mendapat kebahagiaan tetapi Allah meletakkan syarat.Siapakah yang layak untuk mendapat anugerah (kebahagiaan)??...Siapa yang berusaha untuk capai akan dapat dan apakah kebahagiaan itu??Kebahagiaan itu ialah Syurga.Ini adalah kemuncak kebahagiaan setiap anggota akan merasainya..
*hadith + ayat al-Quran

Kampung yang paling bahagia adalah kampung akhirat.Hati ini kita ikat di dunia tapi jangan ikat sampai tersimpul mati kerana hati ini hanya ikat tersimpul mati untk akhirat sahaja.Hidup ini berjalan mengikut akhirat(syurga) tapi bukan semua manusia yang mengikut syurga,ada yang berjalan mengikut ke neraka.
Allah nak bagi akhirat@syurga ini kepada
1.hamba yang ikhlas
2.hamba yang taat

satu persoalan yang membuatkan semua terkedu,terfikir-fikir maksudnya dan sir terpaksa mengulangnya beberapa kali sehingga kami semua paham..

-Siapakah yang ingin buat persiapan untuk layak mendapat kemenangan?
-Siapakah yang sanggup??

Pada mulanya,kami semua terdiam dan tiada respon.sir seperti marah..dan bertanya lagi..akhirnya kami mengerti,soalan itu ditujukan buat kami semua untuk menjawabnya...

Sir bertanya kepada salah seorang peserta.."Apakah yang paling dihajati oleh seorang yang sudah tua??"
peserta itu menjawab:"pewaris"
jawapan yang tepat sekali...

Jadi untuk menjadi seorang pewaris banyak syaratnya..
antaranya:
Allah swt berfirman:
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"..
(Az-Zariyat:56)

2 kekuatan yang terdapat pada orang mukmin ialah:
1)Ilmu (Tauhid)
2)Amal (mengamalkan Tauhid)
Apabila kekuatan itu sampai pada kekuatan yang sebenarnya,Allah akan beri kemenangan kepadanya.
Tapi sebelum itu,siapkan hati dahulu.kenal Allah dahulu baru cinta Allah..

-kata ulama'
"Hati manusia ini,Allah siapkan untuk perkara yang besar-besar"

Jadilah kita seperti seorang pewaris yang berjiwa besar...
Orang yang beriman sentiasa berharap ssemoga Allah mengampuni segala dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga.Seorang pewaris yang berjiwa besar,dia rasa tidak cukup apa yang ada.Ketamakan terhadap apa yang ada di sisi Allah itu adalah satu keinginan yang manis dan lazat.Apabila harapan itu ada bersama kita,kita akan hidup ceria.Kemudian,kita tidak merasa cukup rasanya kalau sekadar tinggal ditingkat syurga yang rendah darjatnya,sedangkan kita bercita-cita untuk masuk ke syurga yang tertinggi('illiyin) syurga firdaus yang mempunyai kedudukan yang tertinggi.Oleh itu:
"Sesiapa yang inginkan darjat yang tertinggi di syurga,dia hendaklah berada di martabat yang tertinggi di dalam kehidupan dunia."

Tidak ada martabat yang tertinggi di dunia ini kecuali martabat dakwah dengan melakukan kerja-kerja dakwah kepada Allah..

Hassan Al-Basri:
"Kedudukan berdakwah ke jalan Allah itu,adalah semulia-mulia darjat seorang hamba."

Sesungguhnya cukup bagi kita Surah Al-Asr;
-Setiap manusia berada dalam kerugian..
"kecuali orang-orang yang telah menyempurnakan kekuatan ilmiyanya dengan keimanan kepada Allah dan menyempurnakan kekuatan amalannay dengan mengerjakan ketaatan kepada Allah.Inilah kesemurnaan pada dirinya"

sebab dia mempunyai 2 syarat ini..;
1.Ilmu (tahu)
2.Amal (membuat dan utamakan apa yang dia tahu)


....................
Gambar pada hari pertama tiada,
pada hari kedua,aktiviti hanya explorace..
pada hari kedua ini..saya tidak ikut..perlu menjaga seorang budak..bersama seorang sahabat saya..

antara gambar-gambar kenangan di sana...




Suasana malam georgetown..dari condo D'piazza...


Suasana pagi yang nyaman...


Suasana makan tengah hari..


Chekpoint..


Checkpoint...


Sementara menunggu kumpulan lain keluar..


Checkpoint di pulau..


sahibahku...jaadi fasi



Checkpoint satu..



Checkpoint lapan..



Berkumpul dahulu...remaja + banat



Bergambar dengan kenalan baru dari Perlis..



Sahibahku yang sentiasa berjuang bersama...




Suasana dalam dewan kuliah..




Di asrama abang tinggal..


Alhamdulillah,akhirnya habis juga cerita saya pergi ke Pulau Pinang ini..
Segala kesilapan kata dan ejaan ..harap maaf...

kita berjumpa lagi taman tarbawi yang akan datang...

Little Mashitah..



Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon