.

.

Pengikut

Sahabatku Zahidah..


BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM...

Alhamdulillah..
Saya bersyukur kepadaMu yang telah memberi pelbagai nikmat yang tidak dapat dihitung dengan jari,malah tidak dapat di hitung dengan pena.malah jika kita menggunakan semua air laut di dunia ini,tidak juga akan terhitung segala nikmat-nikmat yang Dia berikan.
Selawat dan salam juga buat junjungan besar Rasulullah saw. tanpa pengorbanan baginda saya tidak akan mengecapi 2 nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.Saya juga bersyukur kerana dapat berada dalam suasana yang sering mendekatkan diri kepada Allah.

Sebenarnya,post ini dah lama saya idamkan untuk berkongsi, tetapi kita hanya merancang dan Allah juga merancang,malah Allah juga yang menentukan.Allah juga tahu masa yang sesuai untuk saya berkongsi mengenai post ini.
Pada satu hari,saya membelek-belek fail yang berada di dalam laptop ini.Pelbagai gambar saya simpan,dan pelbagai memori di sebalik gambar-gambar yang saya simpan itu.Tiba-tiba,saya terlihat satu gambar yang amat mengamit memori.Gambar seorang sahabat saya yang tengah melakukan aksi tek tariknya.Gambar ini diambil sewaktu berusia tingkatan 2,di Kem Anak Soleh,di Wang Mu.Yang di anjurkan oleh pihak sekolah Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah,(MATRI)


Bernama:Zahidah Zahraa Bt.Osman..



Pertama kalinya saya bertemu dengannya di Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah,Perlis.
Apabila di tingkatan 2,saya baru dapat mengenalinya,kerana tingkatan 1 saya dan dia berlainan kelas.Walau pun dapat mengenalinya di tingkatan 2,tetapi masih belum terasa apa itu ukhuwah dan apa itu cinta kerana-Nya..

Disinilah,saya mengenali segalanya..(mcm mana segalanya tu??)
saya pun tak tahu nak kata macam mana..antaranya..
dapat kawan yang paling best...guru yang paling best..walau pun tempatnya tak le mewah sangat...

Saya sambung balik pasal sahabat saya yang sorang ini..
Saya sebenarnya rindu sangat dengan Zahidah ni...
dan saya pasti semua sahabat-sahabat saya juga rindu dengan Zahidah..
Saya rasa dari dia masuk tingkatan 1 lagi dia bercita-cita untuk pergi ke Sudan,Afrika..
Tinggi sungguh cita-cita dia..dia ingin mengikut jejak langkah abang dan kakaknya menuntut ilmu di tanah arab..

Terlalu banyak kenangan kami semua bersamanya..
Sehinggakan saya pun tak tahu nak tulis yang mana satu...




kenangan bersama
suatu ketika sahulu..




kini,dia (Zahidah) meninggalkan kami semua..
untuk menuntut ilmu dan berjuang di Jalan Allah..



Sekarang dia (Zahidah) menjadi seorang Mahasiswi di Universiti of Khourtum,Sudan
dalam bidang Bahasa Arab


Dia (Zahidah) juga bersama beberapa orang Mahasiswa Malaysia yang lain..
termasuk juga kakaknya Khalida Osman..

Jalinan persahabatan
Kita abadikan sepanjang zaman
Berpanjangan dan berkekalan
Manisnya iman
Hidup di dalam perjuangan

Kasih sayang kuhadiahkan buatmu teman
Untuk kau simpan ingat-ingatan
Jadinya bekalan perjalanan
Hidup di dalam perantauan

Gunung didaki lembah sama dituruni
Kita diuji berulang kali
Nyata setia sebati

Gelap ditempuhi cerah sama disusuri
Cinta yang murni rahmat Ilahi
Harumnya kita kecapi

Chorus

Syukur padamu Tuhan
Syukur kita dihadiahkan
Hadiah iman
Hadiah kasih sayang
Cinta seorang teman

Dan syukur buatmu teman
Syukur kita dipertemukan
Pengorbanan dan kesetiaan
Tak mungkin kulupakan

(Allah Allahu ya Allah...)

Gelap ditempuhi cerah sama disusuri
Cinta yang murni rahmat Ilahi
Harumnya kita kecapi

Chorus

Syukur padamu Tuhan
Syukur kita dihadiahkan
Hadiah iman
Hadiah kasih sayang
Cinta seorang teman

Dan syukur buatmu teman
Syukur kita dipertemukan
Pengorbanan dan kesetiaan
Tak mungkin kulupakan

(Allah Allahu ya Allah...)

P/s..:Zahidah kami semua doakan anti,insyaAllah jika Allah mengizinkan dan Allah memanjangkan umur kita semua untuk bersua dengan mu..Kenangkan kami semua dalam doamu..

Permata 16 yang dirindui..kenangan bersama kalian amat ku rindukan..perpisahan di mata..tetapi di hati jangan..Semoga Allah menyatukan...insyaAllah..

SEARCHING FOR MARDHOTILLAH..
Little Mashitah..

ProCAST Perak 2011

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...

Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi,yang memberi nikmat dan segalanya yang tidak boleh di beli dengan wang ringgit.

Firman Allah dalam surah Ibrahim:7
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu,dan jika kamu mengingkari nikmatKu,maka sesungguhnya azabKu sangat pedih."

Pada 6-8 Jun telah berlangsungnya satu Program yang dianjurkan oleh Haluan Perak dan Kelab Belia Haluan Ipoh.Program ini dinamakan Program Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji atau lebih dikenali dengan ProCAST.Seramai 16 yang mendaftar untuk menyertai program ini.Walaupun sedikit tetapi program ini tetap dijalankan berjalan dengan lancar dan sempurna.



slot bersama pak cik Zul Safarudin..



makan..jgn x makan..



















Slot bersama Cikgu Ani




slot bersama pak cik Zaharudin Saaya




sijil dan modul




peserta perempuan




peserta lelaki





bergambar kenangan bersama...
urusetia,fasilitator dan peserta..

Alhamdulillah,akhirnya berjaya juga program yang dilakukan ini..

SEARCHING FOR MARDHOTILLAH..
Little Mashitah.


Anugerah ....

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah..syukur kepada Allah yang mencipta langit dan bumi.Dan mencipta kita yaitu manusia sebagai khalifah di muka bumi kepunyaan-Nya.Kita juga perlu rasa beruntung kerana Allah memilih kita untuk menjadi hamba-Nya yang menikmati 2 nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam.

Kali ini,saya ingin mengingatkan kita semua tentang anugerah.Apakah anugerah itu??Adakah anugerah pelajar cemerlang??ataupun anugerah bintang popular??atau..pun..anugerah pelajar mithali??..semua itu bukan saya maksudkan,tetapi yang saya maksudkan ialah anugerah penglihatan,pendengaran dan suara.

Saya menganjurkan untuk kita bersunyi-sunyi seorang diri dan cuba bayangkan,bagaimana jika kita ditimpa musibah yang menyebabkan mata kita menjadi buta.Para doktor tidak berupaya lagi mengubati mata kita itu.Bayangkan perubahan yang akan terjadi ke atas diri kita.Perubahan ilmu kita serta perubahan aktiviti harian kita.Betapa susah dan deritanya kita ..tentu kita akan meras kehilangan segala-galanya.Ketika itu,kita mungkin berjanji akan taat setia pada Allah sekiranya Allah memulihkan kembali penglihatan kita.Kita juga akan berjanji untuk menggunakan mata itu kepada perkara yang di redhai oleh Allah dan menjauhi larangan-Nya.Tetapi,mengapa kita tidak berbuat sedemikian (taat setia kepada Allah) sebelum kita ditimpa musibah?

Cuba kita bayangkan pula jika kita ditimpa musibah pada telinga,lalu hilanglah pula pendengaran kita setelah kita kehilangan penglihatan.Bagaimana pula keadaan kita ketika itu.?sudah tentu kita tidak dapat melihat dan mendengar lagi.

Masya-Allah!bertambahlah kesusahan dan kesempitan hidup kita serta terkongkonglah hidup kita dari segala urusan.Saat itu,barulah kita menyedari betapa besar dan berharganya anugerah penglihatan dan pendengaran.Barulah kita menyedari betapa hidup ini memerlukan-Nya..bergantung penuh pada kekuasaan-Nya.Sesungguhnya jika kita bersolat sepanjang malam,berpuasa sepanjang hari, dan menghabiskan seluruh umur hiduo kita dengan taat kepada Allah,nescaya kita belum dapat menyempurnakan kesyukuran kita kepada Allah di atas dua nikmat ini.

Bagaimana pula jika kita kehilangan suara, menjadi bisu setelah kehilangan nikmat penglihatan dan pendengaran.Bayangkanlah betapa deritanya keadaan kita saat itu.Ketika itu penjara kita bertambah gelap dan ikatannya bertambah kuat mengongkong hidup kita.Tanyalah diri kita sejauh mana kesabaran dan keredhaan kita jika menerima penderitaan ini.

Marilah sama-sama kita memuhasabah diri.Mengapa kita tidak mahu menggunakan nikmat-nikmat ini (nimat penglihatan, pendengaran dan suara) untuk mentaati Allah dan berterima kasih kepada-Nya..Kita memandang pada yang halal,tidak mendengar melainkan yang halal dan tidak berkata melainkan yang baik..

rujukan:'Bekalan di dalam perjalanan dakwah..'

SEARCHING FOR MARDHOTILLAH..
Little Mashitah..



Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon