.

.

Pengikut

pantun..

Pantun Mari Bersolat..


Berbaju kurung bertudung labuh,
berkain songket berselipar jepun,
awal pagi dah sembahyang subuh,
agar hidup sentiasa rukun.

Pagi-pagi minum kopi,
bekalan untuk perjalanan ke johor,
pandu kereta berhati-hati,
masuk waktu sembahyang zohor.

Orang kaya berkereta besar,
sambil bersembang memakan kacang,
bila tibanya waktu asar,
itu tandanya hari dah petang.

waktu petang menjamah roti,
roti dibeli di kedai Cik Syarip,
mulut ibu tak henti-henti,
menyuruh adik sembahyang maghrib.

wanita cantik lelaki kacak,
hulurkan senyuman muka berseri,
bila malam sembahyang isyak,
baru cukup 5 waktu sehari..

Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon