.

.

Pengikut

Aku lebih suka single..

In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful.

 Alhamdulillah....
Assalamualaikum.
Apa khabar pembaca sekalian..?
 Actually, dah lama aku nak post pasal ni..




 Kenapa aku lebih suka Single?? This is because :-

1) Boleh tumpukan cinta pada Allah sahaja. Senang he nak beribadah. Inilah alasan pertama. Fikiran tak lah ke laut daripada memikirkan orang yang tak confirm jadi husband or wife, baik fikirkan Allah je, ada jugak faedahnya. Sekurang-kurangnya gugurlah jugak dosa, tenanglah hati yang mengingati Allah kan?

 2) Tak membazir wang ringgit. Tak payah topup, tak payah gayut-gayut. No morning text, wake up call, good night message. Haih..macam leceh je nak text semua benda.. =, =" kalau sekarang ni pun, topup sebab ada hal.. cewah!.

3) Takde sapa yang boleh membebel, marah-marah . Belum sah halal lagi dah mengongkong.

4) Bebas berkawan dengan sesiapa sahaja. Yes!, yang pasti masih dalam batasan.

5) Kurang sakit hati. Bagi aku la, sia-sia aje ada rasa sakit hati. Kan, kejap-kejap jeles la, lepas tu sakit hatila, lepas tu menangis la. Aduh, jangan bagi air mata kita ni menangis pada perkara sia-sia, nanti Allah marah.

6) Tak buang masa, kalau masa yang sepatutnya boleh la nak buat solat Dhuha ke, mengaji ke, berzikir ke, tapi bila couple, kena la sibuk jaga hati dia  dengan call setiap masa, text dia  selalu...err..macam-macam lah. Hati manusia sungguh-sungguh kita jaga.. Allah??.

7) Kurang bosan. Hari- hari menghadap muka sama je, tak tahulah nanti masa kawen nanti dah tak best. Makin banyak diteguk cinta sebelum nikah, makin kuranglah kenikmatan cinta selepas kawen tu.

8) Kurang dosa. Dosa yang sedia ada ni pun rasa tak terkira dah. Malulah wahai hamba Allah, Allah terlalu banyak memberi tapi kita sendiri melupakanNya. Allah mencintai kita dengan nikmat tetapi kita membalasnya dengan maksiat.

9) Boleh fokus dalam matlamat (pelajaran dan sebagainya). Boleh belajar rajin-rajin, boleh dapat pointer tinggi-tinggi, boleh belajar ilmu agama tanpa had, kesimpulannya, kehidupan lebih terfokus.

Ini pandangan diri sendiri la...


 Orang kata bercinta berpada-pada, kalau terputus tak de lah ,merana sangat. Lagi-lagi usia muda yang memang tak tahu nak kawen bila kan. Maka wajarlah kita menumpukan seluruh rasa cinta kita buat Allah. Bukan tak boleh, bukan salah.. OKAY...


Cinta itu FITRAH. Fitrah yang Allah bagi kepada semua hamba-Nya. Tak kanlah berdosa pulak jika kita rasa cinta tu kan. Tapi, fitrah itu boleh bertukar jadi fitnah bila dalam sesuatu hubungan itu korang ada buat apa yang Allah tegah. Tak semestinya niat nak kawen dengan dia  tapi 24 hours kau berdua-duaan dengan dia. Niat tak menghalalkan cara.. =) . Ingatlah, even manusia tak boleh nak nilai niat kita apa tapi Allah tahu. Takpe, don't worry, masih punya masa untuk kita bertaubat dan menangisi dosa-dosa lalu. Better kita buru dulu keredhaan Allah.


"Jatuh cinta itu fitrah.Ya, tapi bukan cinta 
Itu sahaja yang fitrah. Benci dan marah juga 
fitrah. Jika awak benci dan marah, adakah awak akan biarkan ia menguasai hati?? Atau awak uruskan ia supaya tidak terbawa-bawa dalam tindakan melulu."


Sampai sini je dulu. Semoga bermanfaat untuk semua. Doakan...
 May Allah  Bless us...

Laptop masuk 'hospital'..

Assalamualaikum...
Selamat tengahari...

Hari ini, tiada apa sangat pun nak cerita tapi Benda nie antara aset penting aku la...

 LAPTOP !! Masuk hospital...
 Ops! Masuk hospital bukan bermakna aku bawa dia  masuk ke dalam hospital tapi aku hantar laptop aku kat kedai untuk dibaiki...

Sebab apa aku kata ia nya aset penting.

 1. Semua gambar-gambar kenangan kat dalam tu.
 2. Semua assignment, nota-nota study aku.
 3. Semua projek-projek yang aku dh dan akan buat ada dalam tu.
 4. Semua kertas kerja, laporan ada dalam tu.
 5. Susah la kalau xde laptop nak buat kerja..

Urm..tapi aku cuma bersangka baik dan usaha untuk bersabar atas apa yang berlaku.
 Laptop tu 'bekas' abang aku punya,mungkin aku guna sampai laptop tu dah x larat nak tolong aku.
Aku masuk macam-macam dalam badan dia , mungkin sebab tu dia  nak rehat dan nak di'servis'.

Punca utama laptop aku masuk kedai sebab sepupu aku katuk kat keyboard. Last-last, screen terus bertukar menjadi warna merah. Apa lagi, menangis teruk sampai bengkak mata hanya kerana seorang budak yang tak tahu apa... huhu

 Itu jelah aku nak cerita, tolong doakan laptop aku  sihat seperti biasa semula. Barang2 dalam tu pun masih ada seperti sediakala. Amin.

 Wassalam.

=)

Next anjakan!

Assalamualaikum..

Have a nice day there...

"Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu,'aku pasti melakukannya itu esok pagi' kecuali dengan mengatakan 'InsyaAllah'.Dan ingtlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa Dan katakanlah,'mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat kebenarannya daripada ini.'."

~Surah Al-Kahfi : 23-24~

Bermulanya 2 Julai 2013, bergelarlah kembali aku sebagai seorang mahasiswi, kali ini bukan sebagai junior lagi tetapi sebagai SENIOR! Huhu..

 Masuk semester ini, sudah semester yang ke-5.
So fast! c'mon open your eyes..

 Percubaan "kajian" yang aku lakukan pada semester lepas, membuahkan hasil yang agak drastik. Dengan itu membuatkan aku lebih yakin untuk mendapat yang lebih terbaik. Aku berbesar hati untuk berkongsi 'result' aku pada semester lepas. Mungkin ini dapat menjadi pendorong kepada korang semua.

Pada semester 3, keputusan peperiksaan aku jatuh dan hampir diatas pagar. Aku dapat 3.02. Memang tidak dijangka, masa itu aku cuba untuk muhasabah kembali setiap gerak geri dan gerak kerja aku selama ini. Dari segala aspek, makanan, hubungan dengan kawan, pensyarah, ibubapa, Allah, tanggungjawab2 yang diamanahkan, serta cara belajar aku.

 Naik semester 4, aku usaha untuk perbaiki segala kesilapan yang berlaku pada semester lepas.

Keputusan Markah Kerja Khusus (MKK):

Perisian Sistem : 34/40
Institusi-institusi Islam : 36/40
Struktur Data : 37/40
Pengaturcaraan 3(visual basic) : 37/40
Mathematic 5 : 30/40
Aplikasi berasaskan web 1 : 38/40

MKK adalah markah dari segi kerja khusus, assignment, tutorial, ujian dan kehadiran kelas.

 Keputusan akhir, setelah final:


Perisian Sistem : C+
Institusi-institusi Islam : B+
Struktur Data : A
Pengaturcaraan 3(visual basic) : A-
Mathematic 5 : A
Aplikasi berasaskan web 1 : A+

Purata pointer : 3.44

Alhamdulillah, walaupun aku harapkan untuk dapat dekan, tetapi Allah lebih tahu tahap kemampuan aku pada waktu itu.Mungkin usaha aku masih belum cukup untuk capai tahap itu..


 Next anjakan!
 For the second last semester in KTD,
InsyaAllah, I'll do my best to be the best among the best.

 P/s : ini hanyalah cerita hati yang mungkin anda merasakan menyampah atau berlagak.. tapi aku mengharapkan sesuatu yang boleh anda dapat daripada cerita/perkongsian ini..


Firman Allah, yang bermaksud:
"Allah memberikan hikmah kebijaksanaan(ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya(menurut aturan yang ditentukan-Nya).
~Surah Al-Baqarah: 269~


May Allah Bless Us...


TeenACE...Join Us!


TeenAce 2013 

Assalamualaikum...
Let's join us..

Teen Award, Convention, & Exhibition (TeenACE)

Tarikh : 29-39 Jun 2013
Tempat : Dewan Centrum Setiawangsa, KL.

=)

Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon