.

.

Pengikut

Bahasa Melayu ujian lisan.....

BAHASA MELAYU
UJIAN LISAN
(TINGKATAN 4)



1.Pilih dua tajuk sahaja daripada (A) atau (B) di bawah.
2.Masa membentang 4 hingga 5 minit.
3.Boleh gunakan bahan sokongan seperti guntingan akhbar,gambar,poster atau apa-apa
bahan yang membantu....




(A)TAJUK TOPIK SEMASA

1.Pelajar Cemerlang.Ciri dan bagaimana merealisasikannya.

2.Semangat Gotong Royong kini kian luntur.mengapa?langkah-langkah untuk mengatasinya.

3.Pelancongan di malaysia menjadi satu industri yang menguntungkan.langkah meningkatkan lagi bidang pelancongan kita.

4.Modal Insan Yang Berkualiti.Bagaimana mencapainya.

5.Buli dan salah laku pelajar.Punca dan cara mengatasinya
.
6.Kempen belilah barang-barang tempatan perlu diperhebatkan lagi.

7.Kempen TAK-NAK(anti merokok)kurang berjaya.Cadangkan langkah menjayakan kempen.

8.Buruk baik begitu banyak saluran televisyen di negara kita.

9.Permainan tradisional kaum-kaum di malaysia perlu dipertahankan dan dimajukan.

10."Cintai Sungai Kita".Apakah peranan anda sebagai rakyat yang mencintai kebersihan Alam Sekitar.

11.Pentingnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.

12.Bahaya makanan ringan (junk food) untuk kanak -kanak dan langkah mencegahnya.

13.Membentuk keluarga sakinah.konsep /cara mencapainya.

14.Menabung wang patut bermula di peringkat kanak-kanaklagi.Bincangkan pendapat ini.

15.Satu jenis kuih/masakan Melayu tradisional.Khasiat dan cara menyediakannya.

16.Obesiti.Bahayanya /langkah mengatasinya.

17.Sebuah negara /banda raya(di luar ASEAN)yang ingin saya lawati.Apakah keistimewaannya.

18.Ke arah menjadikan sekolah kita sebagai institusi pendidikan yang cemerlang dan gemilang.

19.Cita-cita saya menjadi seorang.............(buat pilihan sendiri).Bagaimana saya mengejar cita-cita ini unutk menjadi kenyataan?

20.Merawat Penyakit Hati untuk menjadi insan cemerlang dan boleh dicontohi.

21.Punca/cara mengatasi kemalangan jalan raya.

22.Pentingnya ICT bagi generasi bagi kita....



(B)TAJUK TOPIK KOMSAS

1.Ulasan sebuah novel menarik yang telah saya baca.

2.deklamasi sebuah puisi.Jelaskan tema dan maksud puisi tersebut.

3.Ulasan sebuah drama tv/filem menarik yang telah saya saksikan.

4.Saya sebagai cikgu JO(lambaian malar hijau)dan peranan mendidik Daneng.

5.Saya sebagai Cikgu Balkis(Cerpen Menatap Wajahnya).Peranan Membimbing pelajar Muliati hingga berjaya.

6.Saya sebagai Umar/Safiah dalam drama "Serunai Malam".Bagaimana saya mempertahankan pendapat saya tentang kerjaya dan kehidupan.

7.Bacaan puisi tradisional pantun(3rangkap).Mengapa puisi ini patut dipertahankan.

8.Syair.Cara menyampaikannya(2 rangkap).Mengapa syair wajar dipertahankan.



semua ini adalah isi yang terdapat kat dalam kertas yang cikgu bagi....semua adalah tajuk yang perlu dipilih bagi ujian lisan nanti.....


DO THE BEST..........

persekolahan....

Sekolah dah nak mula buka....persiapan untuk pulang ke sekolah sudah saya siapkan cuma..nak naik kenderaan untuk pulang ke sekolah ja....lepas ni ...tak bolehlah untuk bermain-main...sebelum ni pun mmg tak main-main...kena study hardla katakan...dah nak spm dah...walaupun tahun depan....(lambat lagi)...

Balik matri ni tak beli apa-apa pun kat adik halaqah...cuma ada cerita yang agak menarik saja yang ingin disampaikan....adik halaqah saya tak kisah tak da hadiah or something...tapi biler dah masuk halaqah cerita mesti ada.....kadang-kadang tu terpaksalah menolak permintaan mereka...sebab tak da cerita yang ingin disampaikan....jadi saya meneruskan dengan hafazan al-quran saja....

ermmm....cuti kali ini mesti mereka ada macam-macam cerita....tak sabar nak dengar nya...

nak cerita pasal sekolah plak.....

periksa dah habis cuma nak tunggu keputusan je...argghh...takutnya...tak tahula saya dapat macam mana kali ini...mintak-mintak dapat yang terbaiklah....."Ya Allah bagilah keputusan yang terbaik untuk aku..."

tentang excellent project.....

Allah memberi saya memegang tanggungjawab sebagai ketua biro prinsip akaun....saya tak tahu nak mengajar mereka....satu perkara ja yang mereka perlu buat...iaitu baca dan ingat...dan satu perkara yang mereka susah nak buat ialah buat kunci kira-kira...ermmm...benda tu sebenarnya nak kena hafal format dan kedudukannya....

tentang ping pong plak....


lepas ni saya kena pi lawan kat sekolah(tak tahula kat mana).....memang setiap tahun saya pergi...agak gementar la juga...sebab sekarang nih dah besar..perasaan malu mesti ada...tak pa buat tak tahu ja....tapi cikgu selalu pesan ...jaga image matri...buat peragai elok-elok........InsyaAllah kami akan buat yang terbaik.....amin

sampai disini jelah saya punya posting kali ini...jumpa lagi pada hari yang lain.....
wassalam....

we will not go down..

lisan bahasa melayu..

Posting kali ni sebenarnya nak bercerita skit pasal lisan bahasa melayu....selepas tamatnya peperiksaan pertengahan tahun bagi mata pelajaran prinsip akaun...cikgu Omar ada nak buat perjumpaan sedikit yang tidak mengambil banyak masa(bak kata cikgu).....jadi kami semua pergi bergegas untuk ke kelas 4 mashitah....

sebelum cikgu cakap...cikgu ada bagi kertas untuk kita semua pilih tajuk mana yang kita mahu untuk lisan nanti....





......bila saya sudah melihat semua tajuk yang terdapat di dalam kertas tu....saya memilih tajuk yang..insyaAllah saya boleh buat....iaitu :

MERAWAT PENYAKIT HATI UNTUK MENJADI INSAN CEMERLANG DAN BOLEH DI CONTOHI..........


cikgu suruh kami mencari bahan dirumah...cari artikel/gambar/apa maklumat tentang tajuk yang kita dah pilih.....

bagi saya tajuk yang saya ambik tak la susah sangat....banyak dalam buku fikrah....antara buku-buku yang menjadi sumber rujukan saya ialah

-Langit Illahi...daripada Hilal Asyraf halaman 62...
-Anak-Anakku Bangunlah...daripada Ummu Anas halaman ?


antara isi kandungan yang saya akan cakap ialah:



muqaddimah (tak terpikir lagi...)

Kita tahu hati itu terdedah kepada penyakit,kita juga tahu yang kita perlu menjaganya daripada sakit.hal inii perlu diberi perhatian kerana hati yang sakit akan menjadikan iman kita rapuh..hati yang sakit tidak mampu menampung iman yang utuh.kita juga tahu,bahawa hati yang sakit lemah untuk melawan hasutan-hasutan syaitan yang merupakan seterunya.tetapi kita juga tahu,hati yang sakit itu boleh dirawat.

Penyakit hati ini juga boleh menjadi hijab untuk kita berjaya.Jadi,untuk menjadi insan yang cemerlang jauhilah daripada penyakit hatu.kalau kita nak merwat penyakit hati ini tidak susah,senang ja...sebab kita,selalu melakukan perkara ini..tanpa di suruh dan juga sebagai permulaa untuk diri kita...

contohnya:

#memberi salam
#senyum

#sedekah seminggu seringgit
#mengutip sampah yang kita nampak
#membaca al-quran sehari sedikit
(kalau malas sangat , sehari satu ayat)
#berzikir
#berdoa
(doa satu kebaikan juga,doa untuk rakan-rakan,keluarga dan diri)
#istighfar
#selawat keatas nabi
#jaga solat 5 waktu..


Ada banyak lagi kebaikan yang mudah-mudah sebenarnya.jika kita istiqamah dan istimrar dengan melakukannya,insyaAllah hati kita akan terpelihara dan kehitaman akan tercuci..

kawan-kawan,seandainya kita benar-benar mengharapkan kegemilangan hidup insan,carilah penawar bagi menyembuhkan gejala-gejala hati yang tidak sihat dan akan pula merosakkan akhlak..segala keburukan akhlak dan kejahatan hati dapa di pulihkan dengan ilmu,iman dan amalan....


itula diantara kandungan yang ter dapat dalam lisan saya.....


tangan dah penat menaip....
wassalam..

Excellent Project...


EXCELLENT PROJECT
SPM 2010
Carta Organisasi

ketua:
Tasnim bt. Mohd Taib
pen.ketua:
Nur Dalilah bt. Baharudin
setiausaha:
Alia Izah bt. Zaini
bendahari:
Sharifah Husna bt. Syed Murzaki


biro matapelajaran:
bahasa melayu:
Aisyah Sakinah bt. Mubarak
bahasa inggeris:
Wan Fatin Najwa bt. Wan Abd Aziz
bahasa arab:
Asma' bt. Mohamad Kamal
matematik:
Sharifah Husna bt. Syed Murzaki
pen.syariah islamiyah:
Khaulah bt. Md Adi
pen.quran & assunnnah:
NurMayamin bt. Uzir
sejarah:
Siti Syarah bt.Sharimi
sains:
Ainul Mardhiah bt. Zabidi
ekonomi asas:
Siti Nabilah bt. Nasser
prinsip akaun:
Ainul Mashitah bt. Amran
biologi:
Nabilah Izzati bt. Mohd Fauzi
kimia:
Amanina bt. Ahmad Salleh
fizik:
A'isyah bt. Ahmad Lotfi
pen.seni visual:
Umairah bt. Ahmad Tarmizi

adik...sepupu...


Muhamad Irshad

Comel tak????.....Irshad anak kepada mak teh saya....waktu nih umur dier 9 bulan (kot)..skang nih dier dah boleh berjalan,berlari..dan buat apa yang dier tahu...baru-baru ni dier datang rumah...perbezaan sewaktu awal awal dulu....suka senyum..tapi tak suka orang memegangnya...setiap kali kakak saya pegang...jeritan akan kedengaran....


Izzah Salimah...Anisah Maisarah...dan....Aqilah.


2 daripada di atas ialah adik saya dan yang beraju oren ialah sepupu saya...iaitu kakak kepada Irshad...mereka suka bergambar...apatah lagi sepupu saya....pantang nampak kamera...mereka nih kalau bermain tak ingat apa dah....mandi ker...makan ker...kadang tu kena paksa baru nak mandi....terlalu seronok....yer la sebab ada sepupu kat rumah....

harap hubungan mereka akan tetap kekal walau pun usia semakin meningkat...keakraban mesti ada sampai bila-bila....

my teddy..

TO ALL MY FRIENDS.....MISS YOU ALL......

Pesanan pizza tahun 2020..

Sistem database automatik mengatur kehidupan manusia

Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2020

Operator : terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot,boleh saya bantu
....
Pelanggan : heloo,saya nak pesan pizza
Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan
seterusnya.
Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331
Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan
Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. nombor telefon
rumah :
03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no telefon
bimbit :
anda 016-6666222 ,encik menelefon dari mana ?
Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya ?
Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.
Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pekej family
Operator : Itu bukan idea yang bagus encik
Pelanggan : kenapa pulak ?
Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah tinggi
dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.
Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa ?
Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza
Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?
Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru
pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien Dishes"dari
perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.
Pelanggan : Ok lah. Ikut jer la. So, berapa harga pekej family yg saya
pesan tadi?
Operator : Tapi pekej family kami takkan
cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang ..,
jumlah keseluruhan adalah RM80.00
Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.
Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad Visa
pakcik
dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak
RM4050.00 sejak
bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk
tunggakan bayaran bulan rumah encik.
Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum
penghantar pizza sampai , ke rumah saya.
Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun
encik dalam kesemua empat bank
iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan
baki kurang dari RM1.00
Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat
sini.
berapa lama Pizza akan di hantar ?
Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau
encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik
boleh ambil sendiri
dengan motor kapcai pakcik.
Pelanggan : APA ????
Operator : Menurut catatan kami, encik
memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran
BWW 2114 betul kan pakcik ?
Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod org
lain sesuka hati ni?
ada yg nak kena belasah ni??!!,
Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan.
Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah
kena tahan lokap sebulan
sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di
Plaza ALam Sentral, Shah Alam.
Pelanggan : (Terdiamm....)
Operator : Ada nak tambah yang lain encik ?
Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej
family ada percuma 2 botol coca cola kan ?
Operator : Betul encik, tapi menurut catatan
kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami
tidak mau mengambil sebarang risiko.....
Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA !
Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik,
untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh
mengisi form online pada website kami,username
dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah
kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana
telah menghubungi Pizza Hot....


p/s ------> bila teknologi terlalu canggih......

kasih sayang Rasulullah...

Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku." Berikut adalah beberapa kisah berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.


Suasana di Padang Masyhar

Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,

"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul,
berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab."


Jawab Nabi Muhammad saw,

"Aku akan tolong kamu semua."

Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,

"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.
Aku akan kabulkan permintaanmu."


Rasulullah SAW menjawab,

"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."

Titian Sirat

Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,

" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."

Tingkatan Neraka

Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,

"Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?

Jibrail menjawab,

"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.

Adakah kita sayangkan Rasulullah saw sepertimana
sayangnya Rasulullah saw kepada kita?

ikhlas...


Keikhlasan nan tercalar
Pabila kesabaran mula menghindar
Lemah dan tunduk tanpa sedar
Bisikan syaitan nan tak pernah pudar
Menawan kalbu hamba nan ingkar

Keikhlasan nan terhakis
Kerana hati tak bisa menangis
Pujukan dan rayumu wahai sang iblis
Ketipisan iman tak bisa menepis

Lalu…
Lerailah budi,lenyaplah jasa
Segunung budi selaut jasa
Ganjaran dinanti tak kunjung tiba
Ganjaran melayang di tingkap terbuka
Dosa menerpa di hati bertakhta
Budi dan jasa sia-sia semata
Ibadat dilaksana jerih segala

Aduhai…
Sukarnya mencari keikhlasan
Perit dan getirnya menebal keimanan
Lalu aku kembali kepada pokok pangkal dan dasarnya
Di sinilah…

Kupohon pada-Mu walau dalam susah
Kupohon pada-Mu walau dalam payah
Ikhlas itu rahsia Allah
Mudah-mudahan padaku
Rahmat-Mu tercurah.

nikmat...

Alhamdulillah...

Setinggi -tinggi pujian saya ucapkan kepada Allah s.w.t...yang telah memberi kesempatan untuk saya melakukan sesuatu yang berguna dalam masa cuti saya kali ini,

sesungguhnya Allah telah memberi kita semua 2 nikmat yang paling terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam....dan Allah juga telah memberi kita 2 lagi nikmat yang mudah untuk kita terleka iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang....

dalam cuti yang panjang ni,sebenarnya Allah nak menguji kita..kalau di Matri ustaz2 atau abang2 yang bagi tazkirah cakap cuti ini adalah ujian daripada Allah...bagi saya memang satu ujian bagi kita semua...di Matri..kita berada dalam tarbiyah(dalam jagaan)...dan cuti ni Allah melepaskan kita semua dari jagaan untuk kita merasa macam mana berada di luar jagaan...bagi saya luar jagaan bermaksud...dunia jahiliyah yang sekarang makin maju(lah katakan)

bila dah berada diluar jagaan...satu yang amat penting iaitu Iman..kalau Iman kita tak kuat mungkin kita akan terikut jahiliyah di luar sana(luar jagaan)...dalam cuti 2 minggu ni saya hanya terperap di dalam rumah....tapi perap dalam rumah tak bermakna saya tak pergi kenduri, atau something else....

saya lebih banyak untuk menjauhkan diri saya dari dunia luar...kawan saya mengajak saya untuk keluar saya berat hati untuk keluar....setiap kali saya keluar saya selalu teringatkan kawan2 kat matri,cikgu2,ustaz2....

walaupun saya duduk dirumah...ujian dari Allah sentiasa ada....tak kira bila...
satu lagi perkara yang saya gelarkan ia "penyakit" ialah malas...yang selalu menyelubungi jiwa ini....malas....malas....malas....ermmmm.....macam mana nak mengubatinya...???

tapi bila duduk kat sekolah..rajin la juga..semua perkara saya lakukan...orang tak suruh pun saya buat....

jadi semua nikmat yang Allah bagi kenala guna dengan sebaik baiknya....nanti bila dah tertutup pintu....tak boleh nak buat apa dah...

sampai sini saja coretan saya buat kali ini.....
jumpa lagi.....

permulaan...

Alhamdulillah Allah telah memudahkan kerja saya untuk membuat blog kali yang ke 3...tak tahulah saya nak kata...Allah telah uji sehinggakan saya tetap tak putus asa untuk membuat blog..walaupun umur saya sekarang tak la patut sangat buat....tapi saya buat insyaAllah memberi faedah kepada semua..

teringat saya

"Allah tidak akan menguji seseorang hamba itu melainkan dier mampu untuk menghadapinya"

walaupun saya bukanlah seorang yang perfect apatah lagi saya ni bukanlah seorang prefect...selalunya orang buat blog sebab mereka nak berdakwah walau pun mereka tidak berdakwah secara di khalayak ramai...

teringat saya sekali lagi..

"Setiap daripada kamu adalah pemimpin"

jadi tak salah kalau yang bukan prefect hendak buat blog....

semua orang mempunyai tanggungjawab...semua perlu rasa bahawa tanggungjawab tu bukanlah hanya kita dengan Allah tetapi perlulah bertanggungjawab dengan semua...jikalau di Matri setiap kali ceramah atau tazkirah mesti penceramah ada cakap..."kita semua ada tanggungjaawab yang perlu dilakukan"dan mcm mcm lagilah......


href="http://www.Raza4u.com/orkutgraphic.html">border="0"
src="http://www.picamatic.com/show/2008/06/03/05/380180_378x291.gif" />

style="padding: 2px; background:#fff0f0; color:#000; font-family:arial;
font-size:11px; text-decoration:none; border:2px solid #d72727;"
href="http://www.Raza4u.com/orkutgraphic.html" target="_blank">Get ISLAMIC-Graphics

Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon