.

.

Pengikut

Kita Sudah Terlewat


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Kali ini saya nak kongsi artikel yang diambil dari Cikgu Azmi Bahari (Murobbi ku di MATRI)...
hayati la....
Adakah kita sudah mula merasakan bahang kehangatan Ramadhan. Bulan rahmah, bulan keberkatan, musim ibadah dan bulan menuai taqwa untuk jiwa-jiwa yang meyakini hari pertemuannya dengan Allah SWT. Sekiranya kita baru merasakan bahang kehangatannya maka kita sudah agak terlewat namun masih banyak kesempatan. Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat bersiap-siap untuk menyambut ketibaan bulan rahmah ini ketika mula menjejak bulan Rejab lagi. Mereka memperbanyakkan puasa dan amalan soleh agar Ramadhan yang bakal tiba itu tidak sia-sia begitu sahaja.

Rugi dan meranalah orang yang menjumpai Ramadhan sedang dosanya belum diampuni



Ya, rugilah sesiapa yang biarkan Ramadhan itu berlalu begitu sahaja tanpa pertambahan amal dan mendapat pengampunan Allah SWT. Sekaranglah masanya untuk kita mempersiapkan bulan anugerah Allah ini. Semoga kita benar-benar dapat menuai buah taqwa. Sekaranglah masa untuk kita persiapkan diri kita bahkan masa untuk kita mengulangkaji kelebihan bahkan amalan manakah yang bertepatan sunnah Rasulullah SAW. Rejab mungkin telah berlalu tetapi Sya'ban masi belum melabuhkan tirainya.


Diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan;

كَانَ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- يَصُومُ حَتَّىَ نَقُولَ: لاَ يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّىَ نَقُولَ: لاَ يَصُومُ، وَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ قَطُّ إِلاَّ رَمَضَانَ، وَمَا رَأَيْتُهُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ مِنْهُ صِيَاماً فِي شَعْبَانَ

“Adalah Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya’ban”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Usamah bin Zaid r.a. menceritakan; “Aku bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah, mengapakah aku tidak melihat kamu banyak berpuasa di bulan-bulan lain sebagaimana kamu berpuasa di bulan Sya’ban’. Jawab Rasulullah; ‘Bulan Sya’ban itu adalah bulan yang selalu dilupai oleh manusia di mana kedudukannya di tengah antara Rejab dan Ramadhan. Namun ia adalah bulan diangkat amalan-amalan hamba kepada Tuhan Pencipta Alam. Maka aku menyukai amalanku diangkat ketika aku berpuasa”. (Riwayat Imam an-Nasai)

Namun demikian, bagi orang yang tidak berpuasa langsung di awal Sya’ban (yakni dalam masa 15 hari awal Sya’ban), maka ia dilarang berpuasa selepas nisfu Sya’ban (yakni pertengahan Sya’ban). Ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.;

إِذَا بقي نصفٌ من شَعبَانَ فَلاَ تصُومُوا

“Apabila berbaki separuh dari bulan Sya’ban maka janganlah kamu berpuasa”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)

Menurut ulama’, hadis ini merujuk kepada orang yang tidak berpuasa di bahagian awal Sya’ban sekalipun pada 15 Sya’ban (yakni hari nisfu Sya’ban) atau orang yang sengaja memilih hari-hari di hujung Sya’ban untuk berpuasa, bukan kerana puasa itu berkebetulan dengan kebiasaannya (seperti puasa Isnin dan Kamis atau puasa selang sehari) atau bukan kerana puasa Qadha’, Nazar dan Kafarah. Maka mereka dilarang berpuasa selepas bulan Sya’ban menjangkau pertengahannya. Adapun jika mereka telah memulai puasa sebelumnya sekurang-kurangnya berpuasa pada hari nisfu Sya’ban, maka harus untuk mereka meneruskan puasa selepas nisfu Sya’ban.

Secara amnya –menurut ulama’- berpuasa selepas nisfu Sya’ban (kecuali dengan syarat-syarat yang disebutkan tadi) hukumnya adalah makruh. Namun hukum ini berubah kepada haram apabila Sya’ban masih tinggal sehari atau dua hari lagi sebelum Ramadhan, terutamanya yaumu asy-Syak (hari ragu iaitu hari 30 Sya’ban apabila orang ramai bercakap-cakap bahawa anak bulan kelihatan, namun tidak ada saksi yang mengukuhkannya). Menurut ulama’ mazhab Syafi’ie, berpuasa pada hari Syak hukumnya haram sama ada dengan niat puasa Ramadhan (kerana berhati-hati) atau puasa sunat. Namun dikecualikan bagi orang yang mempunyai kebiasaan berpuasa dan hari Syak itu jatuh pada hari ia berpuasa atau orang yang meneruskan puasa Sya’ban yang ia mulai sebelum bulan Sya’ban menjangkau pertengahannya, maka haruslah bagi mereka puasa pada hari-hari tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w.;

لا تَقَدَّمُوا شَهرَ رَمضَانَ بصَوْمِ يَوْمٍ أَوْ يَوْمََيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ

“Janganlah engkau mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Berkata sahabat Nabi s.a.w. ‘Ammar bin Yasir r.a.;

من صَامَ اليومَ الَّذِي شُكَّ فِيهِ فقد عصَى أَبا القاسمِ

“Sesiapa berpuasa pada hari syak, maka sesungguhnya ia mengingkari Abal-Qasim (gelaran bagi Rasulullah s.a.w.)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)

Begitu juga, dikecualikan jika puasa itu dikerjakan kerana ada sesuatu sebab seperti puasa Nazar atau puasa Qadha’, maka sahlah puasa dan tidak diharamkan puasa pada hari Syak itu.

(Rujukan mengenai puasa Sya’ban di atas; at-Tajul Jami’ lil-Ushul, Matn al-Ghayah wa at-Taqrieb (tahqiq dan ta’liq oleh Syeikh Majid al-Hamawi), Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 585, dan al-Fiqh al-Manhaji)

Mengenai kelebihan malam nisfu Sya’ban (yakni malam ke 15 Sya’ban), terdapat hadis di mana Rasulullah bersabda;

يَطَّلِعُ اللهُ عز وجل عَلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النـِّصْفِ مِنْ شَعْبَاْن فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِهِ إِلاَّ لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاْحِنٍ

Pada malam nisfu Sya’ban, Allah melihat kepada sekelian makhlukNya, lalu Ia mengampunkan ke semua mereka kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuh dengan saudara seagama”. (Riwayat Imam at-Thabrani dan Ibnu Hibban dari Mu’az bin Jabal r.a.)

Ayuh kita manfaatkan kesempatan yang masih kita miliki.

SEARCHING FOR MARDHOTILLAH..
Little Mashitah..

S.M.A.R.T


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

PROGRAM SMART..
(SUKSES, MATANG, AKTIF, RASIONAL,TANGGUNGJAWAB)

Tarikh : 20 hingga 22 Mei 2011

Tempat :Pusat Kegiatan KEMAS Sungai Siput (U),Perak

Anjuran :Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Kangsar..

OBJEKTIF:

1-Menggerakkan belia setempat supaya bertindak memerangi ancaman
dadah di tempat masing-masing

2-Melahirkan belia yang berkemahiran tinggi,berwawasan dan
bebas daripada ancaman dadah

3-Menyampaikan informasi tentang kepentingan kesihatan
dan mengamalkan gaya hidup sihat..


SEARCHING FOR MARDHOTILLAH..
Little Mashitah..


Kem Anak Soleh (KASEH)


Bismillahirrahmanirrahim....


Alhamdulillah...syukur kepada Allah..kerana dapat lagi saya berkongsi pengalaman..
hampir seminggu ,blog saya tidak boleh buka (sign in)..
semua yang ingin saya post kan tergendala...
Kali ini,saya ingin bercerita tentang program pertama ...
bermulanya cuti sekolah 2 minggu ini...

Kem Anak Soleh ataupun KASEH ini..telah berlangsung selama 2 hari pada 28-29 Mei 2011..
Bertempat di B.A Resort,Kuala Kangsar,Perak..
Sasaran bagi pelajar sekolah rendah yang berumur lingkungan 9 hingga 12 tahun..
Program ini mendapat sambutan hangat..bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negeri jiran juga..kedah dan pulau pinang..
Kem KASEH ini bertemakan.."MARI MENGASIHI ALLAH"

Kem Komandan bagi Kem KASEH ini..ialah Abg Radhi..
pelbagai aktiviti yang dilakukan..
tetapi yang paling best dan menariknya..
MANDI SUNGAI....





Banner..kem



suasana ketika makan..
dibawah dewan makan ini..mengalirnya sungai..



pada waktu pagi..hari kedua





ice breaking dan team building..



team building






SEARCHING FOR MARDHOTILLAH
Little Mashitah...


KAHFI 2011








Tarikh : 6-8 Jun 2011
Tempat: Kem Merbok,Kedah (belakang Balai Polis Merbok)
Sasaran: pelajar tingkatan 1,2,3,dan 5
(Terbuka kepada ahli KeARAH sahaja,juga terbuka untuk anak-anak HALUAN,pelajar sekolah angkat HALUAN dan yang pernah mengikuti program KeARAH sekurang-kurangnya 2 kali)
Yuran :RM 50 seorang (RM 40 seorang untuk anak seterusnya..)

Tema:: KeARAH Menongkah Cabaran..

Aktiviti Menarik::
Jungle Treaking
KAHFI race
Sharing Moment
Team Building
Persembahan Kumpulan

pendaftaran dan sebarang pertanyaan,sila hubungi:
PERLIS | Cikgu Ghazali Saad ::012-4262343
KEDAH | Cikgu Zamri Mat ::013-4514345
PULAU PINANG | EN. Kamal ::013-4820141
PERAK | Cikgu Zulkifli ::019-5746099

Anjuran: Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) dengan kerjasama HALUAN MALAYSIA

SEARCHING FOR MARDHOTILLAH
Little Mashitah..


Program + Program

Bismillahirramahmanirrahim..

Antara program-program sempena cuti sekolah ini...

KEM ASAH FAKULTI INSAN (KAHFI) ZON UTARA
(perak,pulau pinang,kedah,perlis)

Tarikh:6-8 jun 2011 (isnin-rabu)
Tempat:Kem Merbok(belakang balai polis Merbok,Kedah)
Yuran:RM 50 seorang(untuk anak seterusnya RM 40 seorang)
Sasaran:pelajar tingkatan 1,2,3, dan 5 sahaja
(terbuka kepada sahabat KeArah | lepasan program KeARAH atau anak-anak HALUAN dan pelajar IPS..)

Untuk pendaftaran dan pertanyaan.sila hubungi wakil wakil KeARAH negeri:

Perlis::Cikgu Ghazali b. Saad - 012-4262343
Kedah::Cikgu Zamri b. Mat - 013-4154345
Pulau Pinang::En. Kamal - 013-4820141
Perak::Cikgu Zulkifli - 019-5746099


PROGRAM CEMERLANG AKADEMIK SAHSIAH TERPUJI (ProCAST)

-Negeri Kedah-
Tarikh :6-8 jun 2011
Tempat :Kem Tandop,Merbok
(selepas kilang di Merbok,sebelum balai polis Merbok)
Yuran:..
Sasaran : pelajar tingkatan 4 sahaja (terbuka kepada umum)
Sebarang Pertanyaan ,sila hubungi :Cikgu Jaafar (Tikam Batu) - 013-5092118

-Negeri Perak-
Tarikh :6-8 Jun 2011
Tempat : Pejabat Koperasi Ihsan Negeri Perak
Yuran: RM 90.00
Sasaran : pelajar tingkatan 4 & 5 (terbuka kepada umum)
Sebarang Pertanyaan,sila hubungi :
Mohd Zin (Ipoh).:012-5641460
Dr Idris : (Kuala Kangsar).:012-4815120
Pn. Noraini (Taiping ).:019-3296149
Sofiuddin (Gerik).::019-5210657

-Pulau Pinang-
Sila hubungi En,Zaini - 012-4510131




PROGRAM USRAH MINDA KREATIF (PEMIKiR)
Negeri Perlis

Tarikh::1 Jun 2011 (Rabu)
Tempat:;Dewan Serbaguna,Chalet Jabatan Perhutanan,Bukit Ayer,Perlis
Yuran.:RM 20 seorang
Sasaran ::Pelajar tahun 3 hingga tingkatan 5
Sebarang pertanyaan,sila hubungi:
Cikgu Ghazali Saad.::-012-4262343
Kak Nailah Kadir:- 013-6021017


Mohon sebarkan kepada semua....mari-mari kita pergi...
luangkan masa anda dengan sesuatu yang berfaedah...


SEARCHING FOR MARDHOTILLAH..
Little Mashitah..


Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon