.

.

Pengikut

Orang bagi..

(1)...
(2)..
ermm..orang dah bagi..ambik jer..
dari:HEAVEN SPRING WATER/MATA AIR SYURGA..

Renungan..

Rasulullah telah mengkategorikan penuntut ilmu kepada 3 golongan dengan bandingan:


*Tanah yang gembur,apabila menerima air hujan,tanah ini akan menyerap air tersebut dan daripadanya tumbuhlah pelbagai jenis tanaman yang menghasilkan buah-buahan yang manis dan enak dimakan.Ini umpaa orang yang menerima ilmu dan mengambil ilmu itu untuk dirinya dan mengajarkannya kepada masyarakat.


*Tanah yang dapat menakung air,tetapi air itu tidak meresap ke dalam tanah dan tidak dapat digunakan oleh tumbuh-tumbuhan .Ini umpama orang yang berilmu tetapi mereka menyimpan ilmu itu untuk diri sendiri dan tidak dapat memberi manfaat kepada orng lain.

*Tanah yang amat keras permukaannya dan tidak langsung dapat menerima air hujan,air hjan yang jatuh keatasnya tidak akan diserap,malah akan terus mengalir ke dalam longkang .Ini umpama orang yang langsung tidak menuntut ilmu dan oleh itu jadilah ia orang yang tidak berilmu dan tidak memberikan manfaat kepada dirinya apatah lagi kepada orang lain..


Dan renunglah..kita tergolong dari golongan mana?...



kata-kata:
"Barangsiapa yang tidak hendak maju dalam mencari ilmu,maka jiwanya seumpama lampu yang kehabisan minyak,makin lama makin malap dan kemudian menjadi gelap.."

kenangan...

Bila dah bukak file document kat dalam laptop...tetiba jer rasa nak tgk balik gambar waktu form 3 dulu....fuhhh,memang kenangan yang manisla,macam-macam aktiviti buat seblum PMR dan selepas PMR...rasa macam periksa biasa...
ermm..ingat lagi waktu sukaneka form 3 untuk mengeratkan ukhuwah,memang kena buat la walaupun pada mulanya kak lang tak berapa setuju.semuanya seronok mcm Pmr lambat lagi tuh...


yang ni plak gambar (entahla) ni kat kolam depan asrama,saja dok melepak,hari minggu memang macam tu..duk bernasyidla..beranganla..macam2 la..yang jadi camera womannya saya...
ha..ini dewan peperiksaan..yang kat tingkat 3...waktu ada kerja2 menampal slip peperiksaan..
waktu ni..minggu PMR...sebelum masuk kat dalam dewan,semua kena beratur dulu kat dataran..ada tazkirah..pastu nashid lagu sunnah berjuang dan adakah kau lupa...
yang ni gambar waktu hari lasy periksa..semua happy jer..hari last periksa geografi..relax..senang jer...

bila dah habis....tunggu sahabat keluar dewan dulu...terus ada seorang takbir...bergema..sampai ke surau dengar...semua tersenyum gembira...sebelum itu kami semua bersalaman dengan semua pengawas peperiksaan(kecuali lelaki)....semua turun pergi kekantin,nak meraikan periksa dah habis...

bila periksa dah habis...kursus pun bermula...antara aktiviti kursus ni...habiskan surah surah pilihan sepanjang kursus ni..setiap hari isnin,selasa,dan rabu...akan ada tazkirah samaada disurau atau di atas dewan akan,manakala hari khamis hafazan di atas dewan makan...


ermm...bab amal jamaie dewan makan memang form kami semangat...ada la setengah kawan ni suka kerja basuh-membasuh...contohnya...tikar,lantai dewan makan,tangga..tapi yang kat atas ni basuh pelapik meja,sebab esoknya ada jamuan kuribai(kursus intensif bahasa arab dan inggeris)




dewan makan yang sudah siap dikemas..hanya menanti jamuan kuribai berlangsung...

ha...yang ni pulak gambar waktu malam jamuan kuribai..campur ngan sahabat sekali..tema baju warna coklat tapi belah sahabat warna warni...makanan malam tu memang sedapla...waktu tgh makan..ada nashid..memang malam tu best la...sebab dah nak habis dah kuribai...lagi pun PMR dah habis cuma nak tunggu result plak...ni yang debaran ni..


antara cikgu-cikgu yang hadir pada jamuan kuribai kami


dah habis jamuan .....apalagi..bergambarla...

penat dah menaip ni...walau apa pun..semua ini telah menjadi kenangan..yang lalu biarkanlah ia berlalu...teruskan hidup dalam perjuangan menuju redha Allah...

salam..

cerpen

JIBRIL a.s,KERBAU,KELAWAR DAN CACING.


Suatu hari Allah s.w.t memerintahkan malaikat Jibril a.s,untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah s.w.t. sebagai seekor kerbau.Malaikat Jibril a.s. segera menemui si kerbau.

Di siang yang panas itu,si kerbau sedang berendam di sungai.Malaikat Jibril a.s mendatanginya lalu bertanya kepada si kerbau,"hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai seekor kerbau?".si kerbau menjawab,"Masya Allah ,Alhamdulillah,aku bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menjadikan aku seekor kerbau,daripada aku dijadikan-Nya seekor kelawar,yang mandi dengan kencingnya sendiri".Mendengar jawapan itu,Malaikat Jibril a.s. segera menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril a.s mendatangi seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantung didalam sebuah gua.Kemudian mula bertanya kepada si kelawar,"hai kelawar,apakah kamu senang dijadikan Allah s.w.t. sebagai seekor kelawar?"."Masya Allah,Alhamdulillah,aku bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menjadikan seekor kelawar daripada aku dijadikan-Nya seekor cacing.Tubuhnya kecil,tinggal dalam tanah,berjalan menggunakan perut",jawab kelawar.Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril a.s bertanya kepada si cacing,"wahai cacing kecil,apakah kau senang telah dijadikan Allah s.w.t sebagai seekor cacing?".Si cacing menjawab"Masya Allah,Alhamdulillah,aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku seekor cacing,daripada dijadikan-Nya aku seorang manusia.Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati,mereka akan diseksa selama-lamanya...

The most beautiful girl...


NO,she's not Diana Hayden nor is Sushmita Sen,not even Aisywarya Rai,who is this girl then?
No she does not flash her legs nor walk down the aisle semi rude.
For her such things are unthinkable sacrilegious and downright rude.
Miss World,Miss Universe,Miss"Anything".She is not aspire to be.
The shuns all kinds of publicity in privacy she would rather be.
Never in a swimming costume will she for a camera pose.
Yes,she's the'girl in hijaab' more beautiful than a rose.
Those who's 'stripped' of modesty will'strip' for any cause
Whether on alonely beach or in front of a full house.
In their naked greed they dance in pursuit of earth's glory
is there a thing more vulgar than a women devoid of modesty?
In the name of freedom all moral values are now define
Vularity nudism,nakednessare steps to fame that wind.
Those who are of rotten minds call it freedom of"female"species
Yet,they exploit them a plenty,whenever and wherever they please.
But,for their terrible transgressions maybe they are not fully to vlame,
The muslims forgot their duty and let them live in shame
Incumbent upon the muslims it was to promote good and stop all vice
If they had done their duty sudh situations wouldn't arise...

indahnya...


Sebagai hamba Allah,Allah yang telah menciptakan manusia untuk berubudiah kepada-Nya.seperti yang diperkatakan dalam surah Adz-Zariyat ayat yang ke 56..

"Tidak Aku mencptakan jin dan manusia hanyalah untuk berubudiah kepadaKu.."

Manusia mendapat darjat yang lebih tinggi daripada malaikat...dalam Al-Quran ada menyebut tentang para malaikat perlu bersujud kepada manusia(Adam)...manusia jika tidak menggunakan akal dengan betul dan tidak berfikir dengan waras,sama sahaja dengan binatang..

Manusia didunia perlu bekerja keras untuk mendapat ganjaran daripada Allah di akhirat kelak.Kehidupan manusia dibumi seperti menumpang teduh di sebatang pohon,setelah hilang penat berlalulah ia...

Bulan Ramadhan ialah bulan yang amat mudah untuk kita mencari ganjaran didalamnya.pada bulan puasalah Allah banyak memberi ganjaran kepada hambaNya,seperti perkara sunat ganjarannya seperti membuat amalan wajib..puasa bukan sahaja menahan daripada makan dan minum,tetapi juga menahan daripada nafsu..bulan puasa adalah bulan kesabaran...

Di bulan ramadhan,seelok-eloknya bercakap perkara bermanfaat..kalau nak cakap perkara yang lain daripada itu,lebih baik diam ataupun berzikir,membaca Al-Quran atau perbanyakkan berselawat ke atas nabi..

Dalam surah Al-Baqarah ayat 183:

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu,agar kamu bertaqwa.."

Bulan Ramadhan mempunyai 30 hari...setiap 10 hari ada ganjaran yang Allah janjikan..pada 10 hari yang pertama.Allah memberi KERAHMATAN kepada hamba-hambaNya..10 hari yang kedua.Allah memberi KEAMPUNAN..manakala 10 hari yang terakhir.Allah menjanjikan perlindungan dari azab api neraka...

Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang ditambah rezeki bagi orang yang beriman,siapa yang memberi makanan atau minuman kepada orang-orang yang berpuasa,maka Allah memberi ganjaran pelindung dari api neraka dan pahalanya sama seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun...

Sahabat Rasulullah berkata"Wahai Rasulullah,kami tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan kepada mereka "lalu Rasulullah menjawab"sesungguhnya Allah memberi ganjaran pahala walaupun memberi sebiji buah tamar(kurma) dan seteguk air"..

kesimpulannya,disini..bulan ramadhan adalah musim bunga bagi setiap mu'min...dimana bulan ramadhan ini Allah menjanjikan pelbagai ganjaran kepada semua hambaNya yang berpuasa dan beriman kepadaNya...

salam....

IKBN...SK4Y...(skill for you)

masuk je pinti masuk IKBN..terus nampak kapal yang besar ni...


hmmm...hari yang bertarikh...(tak ingatlah)...matri dijemput untuk menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak IKBN,Kuala Perlis...jadi pihak sekolah(kot) mencadang supaya pelajar tingkatan 4 yang mengikuti program tersebut..tetapi hanya 40 orang lelaki dan 40 orang perempuan..tetapi disebabkan tinggal lagi 12 perempuan di asrama...so disarankan agar membawa semua sekali...tapi malangnya,program itu dilakukan ketika mana..pada minggu itu pelajar dibenarkan pulang selama seminggu....jadi yang pergi hanyalah 31 orang perempuan dan 11 orang lelaki...

Segalanya ditanggung oleh pihak IKBN,iaitu makanan,penginapan,bayaran dan pengangkutan...jadi kami cuma hanya membawa diri yang dalam keadaan sihat tanpa sakit...
kami bertolak pada hari jumaat petang,pada pukul 3.30 petang...cikgu pengiring ialah cikgu syahid amin...kerana beliau guru penasihat kami semua....




Sesampai saja di sana,kami terus masuk ke dewan untuk sesi pemilihan jurusan...bagi perempuan hanya ada 3 jurusan sahaja...tetapi bagi lelaki ada 6 jurusan...hanya 2 buah sekolah sahaja yang mengikuti program SK4Y & SK2Y ini...iaitu Matri dan Ma'had Tahfiz Al-Munir,Pulau Pinang...

Bagi saya,saya mengambil jurusan ppsb iaitu pelukis pelan seni bina....seramai 10 orng sahaja yang berminat bagi jurusan yang saya ambil ni,so tak la ramai sangat macam jurusan yang lain...hehehe...mereka ialah husna,tasnim,syarah,ainul mardhiah,fadhilah,syazwani,afiqah,khaulah,mursyida dan saya....


ini gambar mereka yang ambil jurusan PPSB..

dah habis pilih jurusan...kami semua pergi ke bilik masing2 yang terletak di blok yang bernama Siti Khadijah...ditingkat empat banggunan...roomate saya semua jurusan yang sama iaitu mursyida,ainul mardhiah,dan syarah jadi senang kami pergi bersama...(kadang-kadang je).



ini ialah asrama Siti Khadijah...kami semua duk kat atas sekali...



inilah cikmi(cik Hazmi)guru kami...waktu tengah tekun mendengar macam mana dia buat
model masjid ni...



inilah model masjid yang dibina sendiri oleh cikMi kami..dalam masa sebulan @ dua bulan..



yang ni plak waktu hari first kami masuk kat dalam bilik komputer...dok tengah dengar taklimat..sempat posing lagi...(zaman sekarang lukis tak payah pakai pensel dah...zaman dah moden..lukis pakai komputer jer..)



waktu ni kitorang semua tengah sibuk menyiapkan kerja yang diberi...(bila masa plak tangkap gambar nih...)mula-mula nak buat rangka..memang susah,tapi bila dah reti buat.senang je..dan masalah yang memeningkan tenaga pengajar ialah susah nak suh kitorang keluar rehat dan berhenti...sebab terlalu semangat dan tekun...(bangga)..



jurusan kami ni istimewa skit..sebab tempat kami kat tingkat 3 dan cuma duduk kat dalam bilik yang berhawa dingin...sebenarnya kami perlu memakai baju yang berseluar..tapi tula yang istimewanya...cikgu kami bagi pakai baju kurung...
Gambar ni waktu hari kedua..(hari last)sebelum masuk kami posing dulu....
(pencarian gadis melayu...)



yang 3 gambar kat atas ni....semuanya kitorang kena buat...agak susahla....tapi gmbr ni bukan saya yang buat..sayanya tak sempat nak bergambar...mak cik ni memang....gambar ni tak siap sepenuhnya lagi...



ha...ini tuan punya lakaran tu...ermm sempat lagi dia posing..mentang-mentang hampir siap...



ermm....lupa plak nak cerita pasal makanan kat sana...makan..memang kat sana kami semua kuat makan..sebab sedap...bukan senang nak jumpa kat matri...ayam,daging,udang..ikan mana ada..



memang berselera betol kawan kita sorang ni makan...sampai nak licin pinggan..



ermm..sebelum kami semua keluar dan meninggalkan bilik ini..kami tangkap gambar dulu dengan tenaga pengajar kami yang sorang ni...sebab akak sorang ni jer perempuan..yang lain lelaki...
dari kiri:
tasnim,khaulah,saya,syazwani,mursyida,kak suhaila,fadhilah,syarah,husna dan afiqah..



sebelum naik bas...tangkap gambar dulu...

Akhirnya,tamat juga cerita kami...banyak pengalaman yang kami dapat daripada program kali ini...mengajar kami suasana berada di luar(matri)..macam pelajar universiti plak...

sampai disini sajalah cerita saya kali ni..lenguh dah menaip...
salam...


kem form 4..


Pada(tak ingatla bila)...tapi dalam bulan 8 jugak la..kami form 4 ada kem kat wang mu.. kami kem...waktu musim buah ...so..kami boleh makan buah sepuas kami mahu...siapa yang suka durian memang ada peluang la nak makan banyak...hehehe..

gambar yang kat atas ni..waktu mula-mula sampai kat wang mu...sempat lagi posing....

ermmm...mula-mula kitorang ada taklimat pasal cam ner nak pasang khemah...yang bagi pasal khemah tu....cikgu syahid ngan cikgu abdul rahman...




lepas2 kami.....kena cari kumpulan....kami main permainan yang tsunami tu...15 tahun tak jumpa...ramai la jugak yang tak der famili..kesian-kesian...termasuklah saya..hehehe..sesat keluarga....bila cari-cari balik...rupanya dah jumpa dah tadi...cuma tak pasti....kami semua boleh pilih khemah nak duduk ngan sapa...satu khemah 4 @ 5 org tapi saya 3 orang jer...ngan asma' kamal dan anis nasuha....




dah habis cari khemah ....ready tuk solat maghrib plak....pastu ada tazkirah maghrib.....ALAMAK..dah terlanjur plak...hehehe..lupa nak bagi tahu siapa kaminya kem komanden.....beliau ialah cikgu azmi....tu yang speacial skit kali ini....ermmm..ok...malam tu plak ada slot bersama cikgu azmi....(tak ingat sangat la...)..hbs semua...ada khatiba plak...

esoknya...kami ada treaking...ni yang paling best....naik bukit wang mu...sebelum tu ada streaching dulu...yang di ketuai oleh khadijah nizam...habis jer semua tu...kami terus bergerak menuju ke destinasi....jalan yang penuh berliku....batu batu yang tajam...tapi bila dah masuk hutan,rasa nikmat plak ...dapat tgk pokok-pokok dan daun yang menghijau...

ok...checkpoint yang pertama skali...dekat atas(puncak kot)..tadabbur alam...kat situla kami ketawa..sedih..menangis...memang sesuai la untuk tadabbur alam...

kami meneruskan perjalanan lagi....sampai ke check point yang kedua....dekat situ...sekejap ja...rehat sebentar...jalan lagi..untuk menuruni bukit plak...memang susah la...ringkaskan la....

akhirnya sampai kat tempat kem...wo...memang penatla....dapat mandi sungai...sampai kul 2...lepas tu posing lagi...



sebenarnya banyak kitorang posing....ini jer yang ada kat saya....
banyak jugak lah pengisian yang dapat.....petang lepas solat zohor..kami ada perbentangan tentang cadangan membuka institusi untuk (mcm RMC training center jugak la)...group kami buat universiti...kat tengah putrajaya....sebelah Pusat Pentadbiran...hehehe...strategik tak??perbentangan kami ala-ala konvensyen PUM...

DAN....satu cerita memang yg tak leh dilupakan...waktu kitorang ada sesi ngan cikgu azmi jugak....RIBUT dan HUJAN LEBAT......argghhh...memang rasa mcm tak selamat dah....memang seram la......tempat yang kami duduk...semua basah...barang semua habis lenjun....yang memang tak percaya nya...dalam khemah banjir.....baju semua basah....terbang...kecuali baju yang pakai...

malam tu...ada forum..yang disampaikan oleh wan fatin najwa,syarah,fatin nabila dan sorang lagi tak ingat la....du tgh2 dengar..tiba2 lipan keluar....semua menjerit,lari lintang pukang..waktu tu saya tgh zzzzzz...penat sangat..terus lari....dah habis satu....keluar lagi satu...ermmmm

lepas habis semua....malam tu semua tidor kat dalam dewan yang lenjun..sebab khemah semua dah banjir..besoknya.kami semua pakai baju yang sama,sebab baju tak der....tapi yang bestnya,kitorang balik matri tak perlu pakai baju asrama..(baju saya tak basah pon)tapi pakai baju biasa...

bila dah sampai matri rasa tak best plak....perasaan ni memang ada kat semua orang....
ok lah..dah banyak saya menulis ni lenguh tangan...banyak lagi kenangan..tunggu posting yang akan datang....

salam...

Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon