.

.

Pengikut

Excelent Projek 2010..


Assalamualaikum semua...

Sedar tak sedar kita sudah hampir kepada peperiksaan yang penting sekali lagi.Kalau tahun 2 lepas PMR tahun ini SPM.Dan di sini yang ana nak cerita apa yang sebenarnya istemewa dalam persediaan kita untuk menghadapi SPM tahun ini.Pada awal tahun lepas, kita telah diperkenalkan dengan satu projek oleh kak Sharifah Ruqayyah dan Kak Sarha dari Johor.Projek ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pointer SPM sekolah.Kami telah bersepakat untuk menamakan projek tu Expro .Expro adalah nama singkatan bagi Excellent Projek.Satu carta organisasi telah dibina bagi menjayakan projek ini.Carta organisasi tahun ini lain sikit dari tahun lepas.perubahan dari segi exco matapelajaran:


CARTA ORGANISASI
EXPRO SPM 2010


Pengerusi
TASNIM BINTI MOHD TAIB

Naib Pengerusi
NUR DALILAH BINTI BAHARUDIN


Setiausaha
ALIA IZAH BINTI ZAINI


Bendahari
SHARIFAH HUSNA BINTI SYED MURZAKI


Exco Bahasa Melayu
AISYAH SAKINAH BINTI MUBARAK


Exco Bahasa Inggeris
HAJAR MAISARAH BT HUSAINI


Exco Bahasa Arab
ASMA` BINTI MOHD KAMAL


Exco Matematik
SHARIFAH HUSNA BINTI SYED MURZAKI


Exco Sejarah
SITI SYARAH BINTI SYAHRIMI


Exco Pendidikan Al-Quran dan Sunnah
ROBI'ATUL ADAWIYAH BT PARAZI


Exco Pendidikan Syari`ah Islamiyah
KHAULAH BINTI MD ADI


Exco Sains
AINUL MARDHIAH BINTI ZABIDI


Exco Matematik Tambahan
WAN NADHIRAH BT WAN MOHD ZAIM

Exco Biologi
NABILAH IZZATI BT MOHD FAUZI


Exco Kimia
NUR DALILAH BT BAHARUDIN


Exco Fizik
AMANINA BINTI AHMAD SALLEH


Exco Prinsip Perakaunan
AINUL MASHITAH BINTI AMRAN


Exco Ekonomi Asas
SITI NABILAH BINTI NASSER

Apa yang penting sekarang adalah BERUSAHA kerana natijahnya adalah ketentuan Allah.Usaha dulu baru tawakkal.Mungkin ada yang kata dakwah itu lebih memadai daripada segala-galanya tapi sebenarnya akademik itu sendiri perlu untuk dijadikan salah satu wasilah dakwah kita kerana orang zaman sekarang tak akan pandang kita kalau kita sendiri tidak menguasai akademik.Kita ambil contoh ikon Nik Nur Madihah yang telah menggegarkan dunia pendidikan negara kita dengan keputusannya yang sangat cemerlang.Beliau telah membuktikan bahawa golongan miskin sekaligus golongan muslimah yang bertudung labuh juga mampu untuk mencipta rekod yang tersendiri.Kalau beliau boleh kenapa tidak KITA??? Bukankah ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA LEBIH TINGGI DARI ISLAM??

Manusia khalifah di Bumi...




Alam ciptaan Allah ini sangat luas.Allah mencipta manusia,haiwan,tumbuh-tumbuhan
dan sebagainya hidup di muka bumi.Manusia telah dipilih untuk menjadi khalifah. Sedarkah kita bahawa kita adalah khalifah di bumi ini? Khalifah bermaksud pengganti atau wakil.Ini bermaksud manusia adalah wakil Allah S.W.T untuk memelihara bumi ini. TAWARAN MENJADI KHALIFAH.. Allah S.W.T menawarkan amanah menjadi khalifah kepada beberapa makhluk-Nya. Dia menawarkan kepada langit,bumi dan gunung.Namun begitu,kesemua makhluk ini tidak sanggup untuk memikul amanah sebagai khalifah bumi.Manakal manusia bersetuju untuk menggalas amanah ini. Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang hebat.Allah S.W.T memberi kepercayaan kepada manusia untuk menjadi khalifah dan mengurus bumi ini. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas sesetengah yang lain beberapa darjat,kerana Dia hendak menguji kamu apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu."
(Surah al-An'am,ayat 165)
Sebagai manusia,kita seharusnya menjaga kepercayaan yang Allah berikan kepada kita untuk memakmurkan bumi ini.Sayangnya,ada juga manusia yang rakus dan merosakkan bumi ini.Mereka ini mencemarkan alam,membunuh sesama manusia dan melakukan segala perkara yang Allah tegah.Semoga Allah melindungi kita dan tidak tergolong dalam golongan manusia keji dan melakukan kemungkaran ini.

study??? masa !!!!!






Periksa dah semakin dekat..belajar macam mana??ok ke ko??
bagi ana biasa jer..tak payah nak study hard..kalau kita pandai bagi masa..
tak payah nak bukak buku 24 jam..
Ust.Khairul cakap.."tak payah study hard,tapi kita study smart..nota pulak buat
secara smart.."
malam isnin...
umi: macam mana belajar??masuk tuisyen apa??

ana: ok jer umi..alhamdulillah..tuisyen??tak masuk pun..
kalau umi nak tahu ..tahu ni cikgu-cikgu galakkan student
yang lemah exam last year masuk tuisyen..tuisyen2 tu cikgu-
cikgu yang tetapkan..
umi: ada ker yang tak dapat tuisyen..?


ana:dalam kelas hanya 2 orang jer tak dapat
tuisyen,achik ngan wan nadhirah...lagi pon kalau masuk tuisyen
tak sempat nak buat kerja sekolah..setakat ni pon kelas tambahan add math sampai 3..kadang tu bertembung ngan
subjek lain..terpaksa kena pilihla...

umi: sapa cikgu-cikgu yang dok ajar..kamu ambik 10 subjek kan??

ana: yup..10 jer... bahasa melayu:cikgu Azizan
bahasa arab:ust. Abdul Karim
bahasa inggeris: still teacher Basimah
mathematics: cikgu Dahlan
PSI: ust. Shaari
PQS: ust. Khairul Azhar
science: teacher Nizrana
sejarah: cikgu Osman Arof
add math: cikgu Asmah prinsip akaun: cikgu Fuad

umi: erm..periksa nanti buat elok-elok..
solat hajat,puasa sunat,doa..rajin buat latihan...

ana: kalau bab latihan..yang tu memang malas..
yang lain ok jer...InsyaAllah..

begitulah perbualan ana ngan umi ana...masa itu ibarat pedang,jika kita tidak
memotongnya ia akan memotong kita..masa ibarat senjata tajam
yang bernilai apabila dimaanfaatkan dengan sebaiknya,tapi sebaliknya
akan berlaku sekiranya masa dibazirkan dengan begitu sahaja..




“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)


jadi,masa yang Allah anugerahkan untuk kita adalah supaya kita menggunakannya
dengan sebaik-baiknya..
setiap perbuatan yang kita lakukan adalah ibadah..
belajar pun adalah satu ibadah..dan kita belajar adalah untuk mendapat
Mardhotillah-Nya..
"innamal a'malu binniat"..."Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat"

jika niat kita baik maka baiklah balasannya..dan jika
kita berniat buruk maka buruklah balasannya..

Try the best to be the best...
mintak lah yang terbaik daripada Allah..InsyaAllah..
Allah akan memberikan yang terbaik untuk kita..
setakat mana usaha kita..itulah natijahnya..







Allah sebaik-baik Penolong..


alhamdulillah... kalau kita tengok tajuk yang kat atas tu... mesti ada cerita yang tersiratkan... erm..memang ada pun... tak tahu nak mula macam mana.... .................................................................................................... bismillah... hari tu Matri membenarkan pelajar-pelajar pulang untuk menyabut Maulidur Rasul bersama keluarga.. ana balik...tapi ana tak balik rumah kat Perak la,sebab minggu lepas time raya cina dah balik..so rasa rugi duit la pulak... pada hari selasa,seorang sahibah ana ni,ajak ana untuk pulang kerumah dia..kire ana ni orng firstla yang pegi rumah dier..selama 5 hari...ana pun tak percaya nak duduk kat rumah orang lama macam tu.. dipendekkan cerita...permission sudah diluluskan... petang khamis kami naik bas rombongan ke Alor Setar(Syahab Perdana).. dalam bas tu agak sesak la.. ada yang kena diri..ada yang best duduk... ana ni..orang yang kena duduk dan berdiri..(tak da tempat duduk tetap)... macam-macam la kitorang buat kat dalam bas tu...pasang nashid,sembang, sehinggakan purse yang ana bawa keluar dari beg pun ana tak sedar bawa masuk balik atau pun tak...hmm.. akhirnya sampai kat shahab.. kami solat asar dulu kemudian tunggu mak sahibah ana ni... kami tunggu dibahagian depan... ana terpandang sebuah mesin ATM kat situ..so, hati ini terdetik untuk pergi cek duit kat dalam kad BSN... ana meraba-rabala (handbag) ana... alangkah terkejutnya..purse ana hilang... betapa takutnya...sebab dalam purse tu ada kad pengenalan dan kad BSN... satu perkara jer yang ana fikir...tahun ni nak SPM.... ha..ha..duit tak fikir pun... ana pun cepat-cepat ajak sahibah ana untuk cari seorang akak khassah ni.. sebab dier yang arif pasal bas ni... alhamdulillah akak ni tak balik rumah lagi... dier tengah makan dekat RFC dengan kawan-kawan ana yang lain... ana mintak akak tu nombor phone ust. Mahadhir... sebab nak suruh ust.Mahadhir call pemandu bas tu...dan suruh pemandu bas tu cari.. ana tak dapat menunggu tindak balas dari ust..sebab mak sahibah ana sudah datang.. ana tanya mak sahibah ana tu..macam mana nak buat kalau purse hilang... so..jawapannya...kena report polis... ana tanya pulak umi ana(hantar mesej) macam mana kalau purse hilang... so..jawapannya..kena report polis... haaa... jawapan yang sama... aduh... kena pi balai polis la pulak... on the way nak ke rumah sahibah ana ni... ana teringat umi ana pernah cerita.. ada seorang mak cik ni..ana panggil mak cik Ana... m/c Ana ni dier kena rompak... dier baru lepas keluarkan duit dari bank(banyak la jugak).. pastu tetiba ada orang sambar/ragut beg duit dier... dalam beg tu ada macam-macam la...kad pengenalan..dan lain-lain lagi... then,terus dier report polis... erm... tapi cerita ana ni tak sama macam m/c Ana tu... ana yang cuai... bila dah sampai rumah.. datang 3 mesej yang bertulis.. "doa banyak-banyak kat Allah...insyaAllah jumpa balik purse anti tu..." sejuk jer hati bila baca... pastu ada 1 mesej lagi.. yang bertulis.. "salam...anti..ust.Mahadhir cakap..purse anti tak da kat dalam bas tu...cina u dah cari dah..." rasa panas pulak badan ni... bila dengar pasal benda berita tuh... argh...nak buat macam mana nih... dan akhirnya..jawapan yang muktamad.. ana,sahibah ana ngan mak dier.. pegi balai polis.untuk buat laporan.. lepas jer habis buat laporan.. umi call.. "macam mana dengan purse..?dah buat laporan.. tahun ni nak SPM..kad pengenalan tu penting..." rasa nak menangis pun ada time tu...sebab takut.. ha..ha.. umi sambung lagi... "mintak kat Allah banyak-banyak..doa..." lega rasanya bila dengar perkataan Allah... lepas-lepas tu..ana rasa tenang la skit... sebab dah buat laporan... cuma kita kena bergantung kepada Allah...la. ........................................................................................................................................ pendekkan cerita... kat matri... ada beberapa sahibah ana yang ana mintak tolong doakan... supaya jumpa semula purse ana tu... ana pun tak berhenti-henti berdoa..supaya Allah bagi ana jumpa semula purse tu... selang beberapa hari... ada berita yang menggembirakan buat ana... sahibah ana Siti Syarah..seronok bagitahu berita ni... ana pun tak sabar nak dengar... "..mcm ni..purse anti ada orng jumpa...".. betapa gembiranya hati ni... "macam mana cerita nya...??" "ada orang perempuan ni..dier call henset ana..pastu mak ana yang jawab.. perempuan tu tanya..akak ada anak nama Ainul Mashitah ker?..mak ana cakap la tak ada..perempuan tu cakap ..dier jumpa purse anti..dalam purse anti tu ada no.telefon ana... sebab tu dier call..mak ana pun ckp la..mungkin kawan dier kot..tapi kena ambil purse ni kat JPJ Shahab Perdana... ....tu yang ana bagitahu anti ni..." arghhh....seronoknya...alhamdulillah... seorang sahibah ana ada cakap.. "tengok,Allah susun rancangan Dia..strategik..akhirnya dapat juga..itu bermakna Allah menyuruh kita berdoa dekat Dia sentiasa...bukannya waktu kita susah jer...waktu senang pun kena doa/mintak pertolongan dekat Dia...betul tak?"

Allah menyukai orang yang bersabar.... begitulah cerita yang tersirat dan akhirnya menjadi yang tersurat dilaman ini... semoga kita mengambil iktibar..dan jangan kita lupa..pertolongan Allah itu ada dimana-mana sahaja.. jika kita seorang mukmin..kita akan rasa bersyukur dengan ujian yang diberikan oleh Allah,kerana dengan ujian itulah membuktikan Allah itu masih mengingati kita dan sentiasa di bawah penjagaan-Nya...


Metallic Text Generator at TextSpace.net


Antara sabar dan mengeluh..

Ana ni suka mengumpul bahan-bahan tazkirah yang diberikan oleh kakak-kakah halaqah,ana sediakan dalam satu fail yang khas..dan sekarang dah ada tiga fail bahan tazkirah yang ana kumpul dari ana form 1 lagi..tapi bila naik form 4..Allah tak izinkan ana untuk mengumpul..tapi Allah menyuruh ana untuk memberi bahan yang ana kumpulkan itu..
bila ana selongkar balik fail-fail yang penuh dengan bahan tazkirah tu..ana teringat satu artikel yang pertama ana cerita dekat adik halaqah..dan cerita ini ana kurang paham..(diakhir cerita)...
dan suka ana nak kongsikan artikel ini dalam laman ini..
walau apa pun,semoga dapat mengambil iktibar dari cerita dibawah:.....


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain karena wanita itu pasti disebabkan tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apa katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati karena risau, dan orang pun menyekutui aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, " hal apakah yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada saat itu dua orang anakku yang sudah bisa bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, maukah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya berbaring dan disembelihnya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah mengalir keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu hingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melepuh kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah kawin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pingsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh islam dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan cobaan dari Allah. Karena itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,: " Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Karena itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam dari tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya utk pakaian dari uap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.











Metallic Text Generator at TextSpace.net

SPM..MATI???

Teringat ana bila duduk kat dalam kelas..setiap hari pasti ketua kelas akan mengubah countdown bagi SPM 2010..dan setiap hari jugalah ana terfikir untuk buat preparation..study group,habiskan chapter form 4,Expro mesti kena berjalan...macam-macam lagi lah...tapi kalau kita fikir betul-betul.ada yang lagi dekat daripada SPM..apa lagi kalau bukan MATI...!!

kalau kita buat perbezaan antara kedua-dua ni...
SPM:kita tahu tarikh nya bila
MATI:kita tak tahu tarikh nya(mungkin sebelum SPM/selepas.atau..1 minit lagi...)

persediaan untuk exam selalu kita lakukan dengan rapi dan bersungguh-sungguh berbanding persediaan untuk MATI padahal kita semua tahu KEMATIAN itulah akan membawa kita ke suatu tempat yang kekal abadi..

itulah yang paling hampir dengan kita..menziarah kita tiap2 hari..kita sering mengejar dunia tapi dunia kata "pergi"

kita sering lari dari mati tapi kubur kata "mari"
sama2la kita muhasabah balik..
segala yang kita buat sekarang pun adalah preparation untuk mati jugak..cuma time kita nak menghadapinya tu..xtau amalan kita mmbantu atau membuatkn kita sgsara..
kalau nak tahu,sebenarnya kan,persediaan untuk SPM juga adalah persediaan utk menghadapi maut...
Betul x?cuba kita renungkan,
Jika persediaan untuk SPM itu kita buat kerana ALLAH dan caranya x menyimpang jauh dari landasan syara',
bukankah itu dikira ibadah?
Jadi untuk apa ibadah itu?
pastinya untuk memberatkan lagi timbangan amalan kebaikan kita diakhirat nanti...
tambahan pula menuntut ilmu sgt dituntut dalam Islam,
dan dikira sbg jihad..
bukankah bersedia untuk SPM juga boleh menjadi persediaan utk menghadapi kematian?

Jadi,segala persediaan kita untuk peperiksaan juga..adalah persediaan untuk mati...

dan tetiba terlintas pula,nasihat seorang sahabat ana..ni..
cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)

Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.



Metallic Text Generator at TextSpace.net

CINTA..


Dari discousion dalam Pewaris.Net.
Jewel of 16 gen matri..


HuHH..pasti ramai yg tertarik benar bila sebut psl cinta nih..
ye la...sape yg xde cinta di hati dye saat ini..
tambah2 yg sdg berCInTA detik nih..

ana bukanlah ingin mluahkan cinta ana di sini..bukanlah ingin melakar puisi2 cinta atau bukanlah ingin mnyanyiakan lagu 'ayat-ayat cinta'...
cuma yg ingin di bincangkan saat ini..d mana sbnarnya cinta di hati kita...???


permata 1:
memang best bincang pasal cinta nie...klu anti tanya kat ana...dimana cinta dihati...or lebih tepat pada siapa sebenarnyer cinta kita...pasti banyak jawapan yang kita dapat...bagi ana cinta adalah 1 perasaan yg d'anugerah allah buat hamba2NYA...namun kaandg2 t'sasar dari matlamat sebenar...iaitu mencintai makhluk....renungi kata2 ini...

>>>>Cintailh yang MENcipta lebih dari yang d'cipta kerana yang MENcipta
itulah menCIPTA yang d'cipta & MENcipta cinta untuk
yang d'cipta
MENcinta yang MENcipta &yang d'cipta....>>>

permata 2:
...SUKERNYER tajuk nie...em mmg fitrah manusia ingin mencintai dan dicintai...tp sejauh mn kt mggunakan cinta kita dengan betul..ana suka kata2 nie.."LAYAKKAH KITA MENCINTAI PEMBERI HADIAH DRPD HADIAH YANG DIBERI?????"


permata 3:
mmg ada attract bila nampak word "cinta"..
nak share sket la..
cinta tu memang perlu..sebab ia akan dekatkan kita ngan Allah betul x??
kalu kita rasa jauh dari Allah..kita akan dekatkan diri dengan dia jugak kan?


kita pelihara cinta ni elok2..jangan sampai teringat kat dia dapat mempengaruhi ubudiyah kita pulak.
CINTA REMAJA NI HANYA MAINAN SAJE..SO MAINKAN DIA BALIK..BULI BALIK..JGN KITA JA KENA BULI DENGAN CINTA..OK??


permata 4:
'kata kata cinta t'ucap indah.. mngalir b'zikir dikidung doaku..'

5 huruf.. 2 suku kata.. 1 perkataan.. 1000 makna.. itulah CINTA..hurmm.. nmpaknya mcm ingin mncungkil yg t'pendam nih.. huhuhu..bgi ana.. siapa x prnah b'cinta..?? cuma ana rasa mungkin t'lalu tinggilh.. maksudnya utk diucap CINTA.. CINTA kn satu perasaan yg meluap2 di dlm hati.. boleh menzahirkan perubahan dn pengorbanan yg x dijangkau akal fikiran..

its true to say I LOVE YOU is easy but to mean it by hard is very hard.. for me.. focus on one love.. The Creator, Keeper, Owner of Love HimSELF.. ALLAH SWT. Bgi ana cinta yg dikatakn cinta remaja skrg ni bukanlh cinta tapi TIPU DAYA.. huhuhu.. why waste soo much time, money, feeling, tears, energy just for someone you don't know if He is ever gonna be your Husband? I mean.. come on! You don't know if your life gonna be devoted to this guy and let.. you just let him control you.. NA'UZUBILLAH.. semoga Allah mnjauhkn kta dari permainan cinta ini..

Ingtlh diriku.. juga shbt2 seperjuangan, seangkatan, sehati.. sebagai FATAYAT-PEMUDI dn bukan REMAJA yg sedar akn potensi dn tujuan sbnr kita... Kita harus sedarlah yg bukannya masa skrg utk kita dilamun cinta or in love... ataupun mncari cinta.. or mendambakan cinta.. SELAIN CINTA-NYA!

Together let us guide our love towards HIM..! Ini 99.99% untuk ana n 00.01% utk antunna semua.. remember! we together going to moderate the true islam! I need you all! Doakan utk kita semua..



permata 5:
Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta.

Cinta adalah CINTA .Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah



Metallic Text Generator at TextSpace.net

hanyut..




dari kumpulan nashid UNIC..


Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon