.

.

Pengikut

Sudah terpikat dengan wajah itu..

http://lautanrabbani.blogspot.com



Wajah oh wajah. Andai kamu cantik, pasti akulah orang yang paling bahagia. Wajah-oh wajah. Andai kamu hensem, pasti akulah orang yang paling bertuah. Benarkah ia dinilai dari sudut itu?

Wah-wah. Kalau begitu, teramat rugilah orang yang hodoh dan tidak memenuhi ciri-ciri kecantikan dan ketampanan. Yadak?

Hari ini saya ingin membawa anda semua untuk kita selami satu perkara. Saya yakin bahawa ia sangat berkaitan dengan anda dan juga saya. Bersedia? Jom..

Perasankah kita bahawa persepsi kita terhadap orang yang kita temui bergantung kepada wajahnya. Namun, tidak bermakna bahawa orang yang cantik baik amalannya. Tidak bermakna pula orang yang hensem suci hatinya. Tidak bermakna juga orang yang cacat pada wajahnya selekeh peribadi dan pekertinya.

Walaupun wajah manusia ini memang berbeza daripada rupa paras tetapi perasaan kepada seseorang itu lahir dari dalam sanubari kita. Apabila bertemu dengan seseorang, kita akan membuat penilaian menerusi perasaan kita terhadapnya seperti suka, rasa mesra, segan silu, manis, lembut, ayu, sombong dan sebagainya. Apakah yang akan mempengaruhi perasaan kita terhadap seseorang itu?

Bagaimana ingin mendapatkan wajah yang menyenangkan?


Aha. Sejuk mata yang memandang. Ceria diri yang bertandang. Adakah ia boleh dibuat-buat? Contoh mudah yang boleh saya bawakan, bilamana kita bertemu dengan seseorang yang bergelar ulama', automatik kita akan kata wajah mereka ini lembut, berseri, indah dan jernih. Saya tidak tahulah kalau ada juga dalam kalangan kita yang berkata mereka ini berwajah seperti biasa atau lebih teruk.

Soalnya sekarang. Bagaimana untuk mendapatkan wajah yang menyenangkan hati orang yang melihat kita? Perlukan penawar herbakah? Perlukan pembedahan plastikkah? Atau susukkah?

Niat yang Ikhlas


Ya. Niat yang ikhlas. Sebagai langkah mula. Ia adalah pertama dan utama yang perlu kita teropong secara mendalam. Ala.. Macam kita berblog juga.. Macammana nak menjadikan amalan berblog ini bermanfaat kepada kehidupan insani juga diterima sebagai amal soleh? Semestinya yang terawal adalah niat yang terang-benderang keranaNya.

Apabila kita menyentuh soal niat yang ikhlas maka tidak lain dan tidak bukan apa yang kita mahu adalah ganjaran pahala daripada Allah. Agar apa yang dilakukan tidak menjadi debu-debu yang berterbangan dibawa deruan angin takabbur, ria', ujub dan sepenampilan dengannya.

Secara saintifik juga, orang yang berniat baik ini akan mengeluarkan tenaga dalaman berbentuk positif yang terpancar melalui getaran atau gelombang yang hanya dirasai dengan gerak hati atau intuisi. Kesannya, wajah orang yang positif ini dirasakan menarik, bersih, manis dan sebagainya. Orang yang mendampinginya akan merasai aura itu. Oleh sebab itu, jagalah niat kita apabila bertemu dengan seseorang - nasihat untuk diri. (",)

Senyum-senyum


" Senyumlah. Senyumlah. Alahai cik mek molek.. " Dipetik dari lagu...

Senyuman juga tidak kurang pentingnya. Sebab itulah senyuman yang tulus ikhlas dapat menghangatkan jiwa yang dahagakan belaian kasih sayang bahkan menyejukkan gelora jiwa yang dirunsing seribu satu masalah. Ia boleh menjadi penawar dan ibadah malah turut menceriakan wajah kita.

Senyuman juga mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Mengikut kajian, orang yang selalu senyum akan mengeluarkan endorphin dalam badan yang mampu menimbulkan rasa lega, selesa dan ceria. Lalu, impak dari senyuman ini akan memancarkan rasa gembira kepada orang yang melihatnya.

Bahkan senyuman yang ikhlas akan meresap kemas ke dalam kalbu yang paling dalam. Senyumlah. (",)

Wajah ceria


Pertamanya kita kena tahu bahawa keceriaan adalah anugerah Allah yang tidak terhingga kepada kita. Ia berpunca dari lubuk hati yang putih, suci dan bersih. Maka rasa senang dan bahagia bisa menimbulkan rasa ceria yang mana sejenis citarasa yang tidak mampu dibuat-buat.

Ia merupakan satu kebaikan yang perlu diambil perhatian sebagaimana sabda nabi :

"Janganlah kamu memandang remeh terhadap segala kebaikan, walaupun hanya sekadar kamu berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang ceria." - Riwayat Muslim

Kita juga begitu bukan? Suka akan manusia-manusia yang berada disekeliling kita sentiasa berwajah ceria. Atau anda suka dengan wajah orang yang sentiasa dalam keadaan masam, kelat dan sepuluh sen?

Maka, kita juga haruslah berwajah ceria. (",)

Tutur kata yang menyenangkan


Begini. Menjadi lumrah kepada kita sebagai manusia normal yang ada naluri lapar, dahaga, mengantuk, cinta dan bermacam-macam lagi naluri, suka akan kata-kata yang menyenangkan. Maksudnya kata-kata yang berbaur pujian, penghargaan, harapan, sokongan dan yang mendatangkan kebaikan. Kerana apa?

Kerana semua itu sedikit sebanyak mampu memotivasikan kita. Tetapi jangan disalah erti ya teman-teman. Bukan bermakna 'memotivasikan' itu hanya berpusing dalam serampang pujian, penghargaan, harapan dan sokongan sahaja. Kritikan, komen, teguran dan nasihat juga adalah serampang untuk 'memotivasikan' juga.

Apapun biarlah semuanya dilafazkan dengan tutur kata yang menyenangkan. Barulah dikatakan serampang dua mata dengan tujuan untuk mengembalikan kesedaran orang yang mendengar.

Akhirnya, mereka juga dengan senang hati mendengar pujian dan kritikan kita. Itulah yang dikatakan ucapan yang baik mampu memikat hati orang yang mendengar. Beruntungnya orang yang pandai berkata-kata ni ya. Dengan kata lain 'pandai perayat'. Nasihatnya perayatlah kerana Allah. ^^

Oleh sebab itu, orang yang hebat ialah orang yang dapat mengeluarkan kata-kata yang menyenangkan. Agak-agak kata-kata kita bagaimana ya? (",)

Penampilan yang menarik dan sederhana


Rata-rata daripada kita banyak yang tidak sedar akan hal ini. Yang kita tahu adalah sempoi, moden dan berstyle. Menarik dan sederhana? hanya dipandang sebelah mata. Itu pun acuh tak acuh. Kesian.

Sebenarnya, persepsi orang yang melihat kita banyak bergantung kepada pakaian kita kerana 95% daripada badan orang Muslim diliputi oleh pakaian. Jadi, identiti seseorang banyak bergantung pada cara mereka berpakaian.

Cuba kita buat perbandingan pakaian seorang korporat dengan seorang imam masjid. Pakaian seorang chef masakan di hotel lima bintang dengan penjual burger di tepi jalan. Tentunya jelas kepada kita bahawa pakaian jelas mempengaruhi nilai pandang orang terhadap kita. Manusia sangat suka dan senang kepada kecantikan.
Apatah lagi harum dan wangi.

Oleh sebab itu, pilihlah pakaian yang menarik yang sesuai dengan keadaan dan suasana tempat yang kita kunjungi. Tetapi ingat - syara' mesti di hadapan.

Akhir : Harus kita usaha untuk mendapatkannya.

Untuk apa kita ingin wajah yang menyenangkan orang yang melihat kita? Untuk apa kita sedaya upaya untuk mencuba dan beramal dengan kaedah yang sedemikian rupa? Untuk apa? Untuk tunjuk kepada manusia yang kita ini ada wajah yang menyenangkan? Untuk menjadi orang yang disayangi rakan-rakan sekeliling? Untuk tarik perhatian orang yang kita cinta? Atau untuk kebaikan semua terutamanya islam?

Setelah kita terbang tinggi ke angkasa, sedarlah apabila kita mengajukan soalan-soalan ini mahu atau tidak kita kena pulang ke lubuk hati yang dalam. Tanyalah ia pada hati. Apakah tujuan semua ini? Hanya suka-suka? Hanya ingin mencuba? Di dalam hati itulah jawapannya.

Namun, di luar kesedaran andai hajat kita ini disulami dan diselimuti dengan rasa ingin memberi manfaat kepada islam apabila ada wajah yang menyenangkan, yakinlah satu hari nanti Allah pasti mengurniakan.

Buat teman-teman dan rakan-rakan seperjuangan, benarlah akan satu perkara yang wajah nabi kita bercahaya lebih terang dari bulan. Sungguh, wajah yang baik dan menyenangkan sedikit sebanyak mampu membantu menyelesaikan masalah sendiri mahupun orang lain tanpa kita sedari.

untukmu teman..

Dengan lafaz bismillah ku bermula..

Bingkisan hati untuk mu teman-temanku yang dikasihi.Kita bersama dalam satu ikatan,satu tujuan dan satu destinasi (kampong akhirat)..

“Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan Mahabbah hanya kepada-Mu,bertemu dalam rangka menyeru(dakwah dijalan)-Mu,dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu maka kuatkanlah ikatan pertaliannya.”

Doa yang selaluku pohon untukku dan juga untukmu teman-temanku.Bermulanya episode hidup di dunia ini,ku harap hanyalah di dunia di rahmati dan di redhai,selamat sejahtera di syurgawi.Kita dicipta sebagai khalifah di muka buminya,bersama kita hidup untuk-Nya tanpa yang lain.Kita juga dicipta di dunia yang fana,ada amanah yang tersedia,Allah itu harus diutama dari segala kepentingan dunia.Sebagai temanmu,ku tahu mengutamakan Allah itu susah tetapi kita harus dan perlu cuba.Bersama-samalah kita memburu dan mengejar cinta-Nya iaitu cinta Illahi.

Seorang ulama’ ada berkata:

“mendidik jiwa manusia tidak semudah membentuk plastisin,mendidik jiwa manusia memerlukan seni,kesabaran dan waktu.”

Wahai teman-temanku,

Kita semua adalah manusia,jiwa manusia ini bukanlah seperti plastisin yang mudah ditempa dan dibentuk sewenang-wenangnya.tetapi ia memerlukan seni,kesabaran dan waktu.Jiwa kita juga perlu diberi makanan rohani iaitu coklat tenaga qiamullail,yang diadun dengan krim solat hajat,bersama caramel solat taubat,ditambah dengan kacang tilawah al-quran.

Hidup manusia juga akan terus berjalan,selepas seusai satu cabaran,cabaran lain pula datang menjenguk,tiadalah rehat melainkan ketika ajal datang menghentikan.Sebelum itu,hidup akan terus bergerak bersama-sama hikmah yang mesti diteguk.Setiap cabaran yang datang menjenguk adalah ujian dari Allah.Ujian yang diberikan kepada kita oleh Allah bermakna Allah sayang kepada kita.

Seorang ulama’ ada berkata:

“Jalan menuju ke syurga itu tidak akan dihampari dengan permaidani merah yang lurus.Kemudian ,ditabur dengan bunga-bunga,tetapi jalan menuju ke syurga itu adalah jalan yang bengkang-bengkok,rapuh,penuh dengan semak samun serta ditaburi dengan duri yang terpacak.”

Dalam surah Al-Baqarah Allah ada berfirman yang bermaksud:

“Allah tidak akan membenani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”…

Alhamdulillah,setakat itu sahaja bingkisan hatiku buatmu teman-teman..semoga Allah mengira segala amalan kita dan Allah masih menjaga kita untuk berada dalam fitrah yang sebenar iaitu berada dalam Iman dan Islam..Apa yang baik itu datang daripada Allah,yang buruk itu datang dari diriku,tetapi hakikatnya kedua-dua itu datang dari Allah…

Wallahua’lam….

salam sayang dari..

Little Mashitah..

Kolej Teknologi Darulnaim,Kelantan..

Life is Searching for Mardhotillah...







Masa yang pantas berlalu...

Segala puji bagi Allah yang mencipta alam..tiada siapa yang dapat menandingi kehebatan-Nya..sekali pun orang yang cuba mencipta binatang dengan usaha mereka sendiri,tapi hanya dengan kehebatan Allah juga segalanya berlaku..

Tik.tok.tik.tok...
Keligatan jarum jam yang berputar hari demi hari,jam demi jam,minit demi minit, dan saat demi saat tidak akan dapat berhenti dan berputar semula untuk mengulang waktu yang telah berlalu.
Allah s.w.t juga telah bersumpah dengan Masa...

"Demi masa,sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,melainkan orang yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kebenaran.."

Setiap hari yang berlalu,adalah sesuatu yang amat bermakna buat kita sebagai manusia yang menjadi khalifah di muka bumi-Nya.Hari-hari yang berlalu juga tidak boleh dijual dengan wang ringgit hatta sehingga kering duit dalam akaun bank.(masa yang berlalu tidak akan kembali)...

Pengalaman yang berlalu menjadi iktibar buat kita untuk menghadapi perjalanan yang akan kita tempuh..yang baik akan kita jadikan sebagai pedoman manakala yang buruk akan kita jadikan teladan..


Sebenarnya,kali ini aku nak bercerita tentang seorang pensyarah yang baru sahaja
meninggalkan kami semua untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang English..Master..
Berita ini kami tidak mendengarnya dari pensyarah itu sendiri..
Ia tersebar melalui angin-angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa..


berdiri:hawa,supiani,mashitah,atikah,hakimah,aisyah,afiqah,nazihah,nabilah,ayuni,karmilah
duduk:nasrun,azhari,haris,Sir Irwan,mursalin,hawari,naqiyudin
depan:syahmi,norizal




suasana belajar dalam kelas bersama Sir Irwan (lakonan semata-mata)



Pada malam kami itu,kami mengadakan Iftar (Berbuka Puasa beramai-ramai).
...JUST ONLY FOR DDC STUDENT...





makanan yang simple..cukup dengan berqanaah(bersederhana)..
Alhamdulillah..rezeki dari Allah..

Sekian sahaja dari saya...semoga apa yang baik itu,boleh dijadikan iktibar atau pedoman hidup,
yang buruk itu,dijadikan sempadan..agar tidak membuatnya..

darii saya..
Little Mashitah..
Kolej Teknologii Darulnaim..
Kelantan..

Life Is Searching For Mardhotillah...


doa dari Rasulullah..

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum wbt...

semoga sentiasa dlm jagaan dan rahmat Allah swt.

sekadar ingin berkongsi sebuah doa dari Rasulullah saw..


bermula dgn sirah ringkas dari Saidina Abu Darda' r.a..


Pada suatu hari ketika Saidina Abu Darda' r.a sedang duduk di dalam sebuah masjid, tiba-tiba datang seorang lelaki berlari ke arahnya dlm keadaan tergesa-gesa. Lelaki itu memanggil-manggil nama Saidina Abu Darda' dari jauh. wajahnya sangat cemas.ِِِAda berita penting yang hendak disampaikan kepada beliau.


Apabila sudah dekat dengan Saidina Abu Darda' dia segera memanggil beliau pulang. katanya, "Wahai Saidina Abu Darda', segeralah kamu pulang sekarang", lalu Saidina Abu Darda' pun bertanya, "Mengapa wahai saudara?", lelaki tadi menjawab, "kedai-kedai berhampiran kedai tuan sedang terbakar. api sangat marak dan sedang menuju ke kedai tuan. segeralah tuan pulang untuk menyelamatkan barang-barang tuan".


Namun Saidina Abu Darda' dengan wajahnya yang sangat tenang menjawab dengan penuh yakin,"ما كان الله لي يفعل ذلك" (Allah sekali-kali tidak akan berbuat begitu kepadaku). lelaki tadi berasa sangat hairan dengan reaksi dari Saidina Abu Darda' r.a lalu sekali lagi mengulangi berita yang dibawanya.kali ini dengan nada yang lebih bersungguh, "Sungguh aku melihat api sangat marak dan sedang menuju ke kedai tuan. Sesungguhnya kedai-kedai berhampiran kedai tuan sudah terbakar." dan jawapan yang diterima dari Saidina Abu Darda' r.a tetap sama.


Setelah tidak berjaya memanggil beliau pulang, lelaki tadi beransur ke tempat kejadian. Sungguh mengejutkan apabila dia melihat semua kedai di situ hangus terbakar. namun, kedai Saidina Abu Darda' langsung tidak disentuh api walau sedikit pun. dia kehairanan, lalu berlari semula ke masjid dan menceritakan kepada beliau apa yang baru dilihatnya di tempat kejadian. kemudian dia bertanya,"mengapa begitu tuan?bagaimana hal itu terjadi dan bagaimana tuan sangat yakin ketika menjawab tadi?"


Saidina Abu Darda' menjawab, " ببركة الدعاء" (dengan keberkatan doa). lelaki tadi bertanya lagi,"doa apa wahai tuan?" Saidina Abu Darda' menjawab,

دعاءًا تعلمته من سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم, من قاله في الصباح لن يصيبه ضرر حتى المساء ومن قاله في المساء لن يصيبه ضرر حتى الصباح

(sebuah doa yang saya pelajarinya daripada Rasulullah saw, sesiapa yang membacanya pada waktu pagi tidak akan sesekali ditimpa musibah sampai waktu petang dan sesiapa yang membacanya pada waktu petang tidak akan sesekali ditimpa musibah sampai waktu pagi).


Lalu lelaki itu tadi bertanya lagi,"apakah doa itu wahai tuan?", jawab Saidina Abu Darda':


بسم الله ما شاء الله لا حول ولا قوة إلا بالله, ما شاء الله كان وما لم يشاء لم يكن, أعلم أن الله على كل شيء قدير وأن الله تعالى قد أحاط بكل شيء علمًا, اللهم إني أعوذ بك من شر نفسي ومن شر كل دآبة, أنت آخذ بناصيتها, إن ربي على صراط مستقيم


Saidina Abu Darda' menjadikan doa yang dipelajarinya dari Rasulullah saw ini sebagai amalannya dengan penuh keyakinan kepada Allah dan Allah swt tidak mensia-siakan keyakinan hamba-Nya kepada-Nya. dan dalam sebuah hadith Qudsi ada menyebutkan

أنا في ظن عبدي بي


Maka, berdoalah dengan sepenuh pengharapan kepada Allah...

ادعوا الله وأنتم مقين في الله, كن على اليقين أن الله سيجيب دعاءكم


Wallahua'lam....

salam sayang dari saya..
Little Mashitah..
Kolej Teknologi Darulnaim,Kelantan.

Life is searching for Mardhotillah...


Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon