.

.

Pengikut

Modul Kemahiran Kepimpinan Masyarakat



Sudah tiba masanya,modul yang keempat iaitu Modul Kemahiran Kepimpinan Masyarakat yang berlangsung selama 3 hari..

Antara programnya adalah:Program profesional Imam dan Bilal,Program Pengurusan Jenazah,Program Kemahiran Berkhutbah dan pidato dan Kemahiran berdakwah kepada non-muslim.

Pada hari pertama,slot bersama Ustaz Nur Muhammad,penyampaiannya tentang Asas solat qasar, jama' qasar ,solat gerhana, tatacara profesional seorang imam dan teknik penyampaian khutbah.

Pada petang pula,kami dipisahkan untuk latihan dan pembetulan.Siswa di surau dan siswi di dewan utama.

Latihan solat dan cara bacaannya,manakala siswa latihan berkhutbah dengan betul..Ustaz mengadakan pertandingan berkhutbah bagi siswa dan berpidato bagi siswi.Pada malam kedua,malam kemuncak @ final..2 orang dari peserta siswa dan 2 orang dari peserta siswi yang terpilih.



latihan amali solat dan cara bacaannya..




sambil menunggu untuk tasmi' bacaan,ada yang sempat menghafal..


Selepas itu,duduk dalam group untukpilih seorang yang akan berpidato,pemenang tempat pertama dan kedua akan masuk final..

wakil dari kumpulan Asiah adalah Naiemah



Wakil dari kumpulan Fatimah Az-Zahra adalah Jaudatul Hanna



Wakil dari kumpulan Srikandi Durrah adalah Athirah



wakil dari kumpulan Zinnirah adalah Nurmayamin




manakala wakil dari kumpulan Khaulah Al-Azwar adalah Nabilah Izzati



Malam pertandingan pidato antara sisiwi,semua menunggu dengan penuh kesabaran..




ha..ha..Hafizah semangat,memberi semangat kepada ahli kumpulannya.




M.C pada malam tu pertandingan pidato siswi.kak Maryam




Jaudatul hanna,wakil dari kumpulan Fatimah Az-Zahra..ini adalah pertama kali beliau menjejakkan diri dalam berpidato..(tak gugup pun..)





penolong kem komandan 2..kak Haizum,dimana saja beliau berada,kameranya sentiasa bersama..




Wakil dari kumpulan Asiah...Naimah,.setelah di pujuk beberapa kali..he..he..




Para juri,tegas dengan pendirian mereka...kak Husna,kak Amalina dan kak Halimatun




ha..ha..ha..penjaga masa yang sentiasa dengan hensetnya..macam-macam bunyi lagu yang keluar..kak fazilah (sabah)..




Wah bersemangat sekali,siap menyanyi lagu INSYAALLAH lagi..wakil dari kumpulan Khaulah Al-Azwar..Nabilah Izzati..




erm..orang lain dengar pidato..yang dok posing kat belakang..dari kumpulan mana nih??





Ini dia wakil dari kumpulan Zinnirah..Nurmayamin..setelah mengasingkan diri selama beberapa jam..akhirnya muncul juga..





selepas selesai pertandingan pidato,row call dan pembacaan surah Al-Mulk serta sedikit perkongsian untuk memperingati antara satu sama lain...

...

Hari kedua..

Hari kedua ini slot bersama Ustaz Johari iaitu Pengurusan Jenazah..

Ustaz Johari menerangkan tentang:
1)adab ziarah jenazah
2)mandi jenazah
3)sembahyang jenazah
4)mengkebumikan jenazah..


penerangan tentang ukuran tali untuk mengikat si mayat..



Menunjukkan kain dan segala keperluan yang diperlukan..



Mendengar denga penuh teliti...(syafiqah ready untuk menjadi model jenazah..)



makan tengahari setelah penat mendengar...

Pada waktu petang pula,siswa dan siswi diasingkan untuk cara memandikan jenazah dan mengkafankan jenazah...



Mendengar dengan penuh teliti..mana taknya..opah yang cerita tu..semangat..kami pun kena semangat juga lahh..he..he..




Mak cik-mak cik juga turut serta,siap tulis dalam buku lagi..




pemilihan kain yang betul dan saiz...




semua terpegun ....




cara pembentangan kain satu persatu...




Setelah selesai kain kapan,angkat mayat yang sudah dimandikan..



Ha..ha..inilah dia wajah jenazah ini..tersenyum..mati dalam iman,..amin..



balut sebanyak 5 helai kain bagi jenazah perempuan,(org dalam tu tengah panas tu)..



seusainya pengurusan jenazah bersama Opah(tak ingat nama)...

Selepas asar,sepatutnya kami akan ada riadhah,tetapi perlu dibatalkan...kami perlu lihat cara pengkebumian jenazah ...


depa ni action ja..sementara menunggu jenazah samapi..ha..ha..



Ha..itu dia..jenazah sampai..




lubang kuburnya kecil jer..




mendengar taklimat dahulu sebelum mengkebumikan jenazah...



memasukkannya dengan penuh perlahan-lahan..




sempat amik gambar jenazah...jenazah perlu mengiring menghadap ke kiblat..




Angkat semula jenazah dari kubur..




berkumpul..




mendengar penjelasan tentang saiz lubang,dan segalanya tentang pengkebumian jenazah..




tutup semula lubang tadi..!!!!




sempat lagi..ustaz dok bagi penerangan tuh...




maka berakhirlah slot pengurusan jenazah ini...


Hari ketiga..

Hari ketiga bersama Team Haluan Fitrah..
tentang Jom Dakwah kepada Non-Muslim..oleh Yusman Nawawi..

Sebelum masuk dewan..bersarapan dahulu di kantin..hari ini hari khamis..jadi saya tidak dapat untuk menikmati sarapan kerana berpuasa...






semangat na..depa makan...



nashid dulu lagu Haluan dan Bingkai Kehidupan..






semangat..!! semangat..!!!



bersama (tak ingat nama la)..tapi pak cik dah lama muallaf..jadi dier cerita pasal tentang agama lama dia dulu..(sebelum islam)




Group yang paling kreatif..time ni tengah bertandang kerumah non-muslim..




sedikit penjelasann mengenai cara berdakwah kepada org yang menganut agama hindu




ini group srikandi durrah...


Setelah selesainya pembentangan kumpulan..maka selesai modul Kemahiran Kepimpinan Masyarakat ini...


BY..LITTLE MASHITAH..
JDK ZON UTARA..



0 comment:

Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon