.

.

Pengikut

RaRe Ver. 2 Ep. 4



Bersambung dari cerita yang lepas...


Hari ketiga di Matri dalam program Ramadan Reunite Ver 2.

Aktiviti untuk hari ketiga kali ni, santai-santai sahaja.
Pada pagi tu, bersama dengan Ustaz Yazid. 
Pengerusi Persatuan Lepasan Matri.
Memandangkan semua adalah lepasan Matri jadi sewajibnya untuk menjadi ahli Persatuan Lepasan Matri dan apa-apa aktiviti perlulah dibawah PLM.


Ustaz Yazid


Seusai slot bersama Ustaz Yazid. 
Pada ketika ini, adik-adik Matri sedang sesi hafazan Al-Quran diatas Musolla.
Pada mulanya, badan pengawas meminta beberapa wakil untuk berkongsi sedikit setelah 5 tahun keluar dari Matri, tetapi rancangan diubah..
Semua sekali Permata16 yang hadir program ini wajib untuk berkongsi bersama adik-adik.

Berdebar juga pada mulanya, Pengarah cakap " Cakap juga walaupun sedikit".
Tetapi nak cakap tu, tiada idea.






Alhamdulillah, Adik-adik semua memang sangat sporting.
Kalau boleh diorang tak nak lepaskan kakak-kakak ni pergi.
Nak duduk mendengar lagi.
haha..


Dah habis sesi dengan adik-adik Matri.
Semua balik ke penginapan dan sesi yang terakhir.
Iaitu sesi penukaran hadiah..


Sesi ni xde gambar...

huhuhu...





Ok.
Sampai disini sahaja laporan (eheh)
Cerita untuk Ramadan Reunite Permata 16 tahun ini..
Semoga untuk RaRe yang akan datang lebih ramai yang dapat hadir dan aktiviti yang lebih menarik.

Akhir kalam dari saya, dan bateri laptop pun dah nak habis...
Semoga ukhuwah ini berkekalan sehingga akhir nya dan akhirnya bertemu disyurga kelak.
Amin.


Oleh : Ainul Mashitah Binti Amran
Biro Informasi Generasi 16.



~Little Mashitah~
Home Sweet Home
9:15







RaRe Ver. 2 Ep. 3

Episod 3.

Bersambung dari cerita yang lepas....

Alhamdulillah...
Setelah habis berziarah ke rumah cikgu-cikgu dan ambil peringatan serta mutiara-mutiara ilmu, semua berehat sebentar untuk aktiviti petang pula.

Pada petang hari, bermula pukul 3 ptg..semua bersiap untuk pergi ke rumah cikgu Sharifah, sesi memasak untuk berbuka. Alhamdulillah, hasil daripada yuran, dapatlah juga sediakan satu jenis makanan untuk adik-adik Matri berbuka. Semoga Allah kira semua itu. In Shaa Allah.

Semua diminta untuk berkumpul di dataran, dengan memakai baju batch.
Hmm.. Apalagi, kalau dah berkumpul ramai-ramai..bergambarlah kitaa...


Tugu Matri

 Ni ada yang tak masuk bergambar sekali ni..
Tak cukup orang...


Pentas Matri





Bersama orang kuat, Timbalan dan Pengerusi
 Zahidah Zahraa Pengarah program merangkap Pengerusi Organisasi Batch generasi 16 manakala 
Wan Nadhirah merangkap Timbalan Pengerusi Batch.. :)
Saya hanya Biro Informasi sahaja..haha...


  

 Menunggu giliran untuk menaiki kenderaan. SO, kita posing dulu...
Matri dah banyak berubah.



Najwa, Amy, Cikgu Sharifah, Farah, Saya dan Kautsar


Haha, sambil2 duk potong kek batik.. apakata bergambar dulu. 
Ada la jugak kenangan di rumah cikgu.
 Alhamdulillah, Menu berbuka permata 16 adalah Nasi Ayam. 
Subhanallah, dengan hasil idea seorang dan ramai kakitangan..

Apabila dah ready masak, semua bergegas semula ke sekolah untuk Iftar bersama di dataran Matri, bersama adik-adik Matri.


 












Setelah berbuka dan solat Maghrib berjemaah di surau, semua bergegas semula ke rumah cikgu untuk makan berat pula.
Alhamdulillah, sungguh meriah dengan gelak tawa, gurau senda.
Tidak lupa juga menjemput Ustazah Khairol, bersama-sama memeriahkan makan malam.






Farah, Kautsar dan Ustazah Khairol

Alhamdulillah, setelah makan..
Solat Tarawih berjemaah di rumah Cikgu Sharifah.
Malam selepas itu, sesi sembang-sembang.
Pada asalnya, tajuk lain (haha). Tapi tajuk lain akhirnya.
Bersembang dan meminta pendapat serta pandangan mengenai Zaman Perkahwinan.
Minta taujih dari yang lebih pakar serta berpengalaman. :)


Bersambung di episod ke-4...







RaRe Ver. 2 Ep. 2


Bersambung dari cerita yang lepas....

Selepas selesai kuliah subuh bersama Sir Nasir. 


Bersama Cikgu Rosmawar



Bersama Cikgu Zaiton

Sedikit perkongsian yang dikongsi oleh Cikgu Zaiton :

3 perkara yang penting dalam bulan Ramadan.

1. Beramal, tidak kira apa sahaja amalan yang mendekatkan diri kepada Allah.
Cikgu bercerita tentang kisah Bridget Al-Qassam dimana mereka tertimbus di dalam tanah sedalam 25 meter selama 22 hari hanya berbekalkan kurma. Selama mereka berada di dalam tanah, dengan kuasa Allah terdapat air, jika mengikut kedalaman kewujudan air dalam tanah sedalam 60 meter, tetapi hebatnya Allah dan kuatnya pergantungan hati mereka kpd Allah, Allah berikan sumber air dgn memerahkan tanah2 yang lembab, dan setiap hari mereka akan makan separuh dari sebiji kurma.

2. Dalam untuk mendapatkan semaksima dalam ramadan ini, kita kena pandai mencari kelemahan diri, nilai diri samada bagus atau bajet bagus. Kalau kita duk pegang kebaikan yang sikit kita ada itu, bukanlah bagus sebenarnya. Orang yg sebenar2 bagus adalah orang yang pandai mencari kelemahan dan memperbaiki kelemahan itu.

3. Jiddiyah, buat apa2 sahaja dalam kehidupan mestilah dengan bersungguh-sungguh, masing2 ada potensi yang tersendiri dan berbeza.

Dan ingat satu perkara, apa yang kita buat akan diganjari oleh Allah swt.

 

 

Pengerusi Majlis


Cikgu Asmah


Bersama Cikgu Asmah
 




















Bersambung lagi..pada episod yang ke-3.........




RaRe Ver. 2 Ep. 1

 Allahumma Sollia'ala Muhammad.

Alhamdulillah, 
Marilah sama-sama panjatkan kesyukuran kita kepada Allah swt yang telah memberikan kepada kita pelbagai nikmat. Wajiblah kita untuk mensyukuri segalanya kerana segalanya datang dari Allah swt Tuhan sekelian alam.

Alhamdulillah, Kali ini Allah beri kesempatan masa lapang untuk berkongsi atau membuat sedikit laporan tentang Ramadan Reunite Vers. 2 atau lebih mudah dipanggil RaRe2 yang bertempat di Ma'ahad Attarbiyah Al-Islamiyah, Perkampungan Tunjung,Beseri Perlis iaitu sekolah kesayangan.(hehe) 

Segala perancangan dan perbincangan berlaku diantara AJK organisasi Batch generasi 16, Alhamdulillah setelah hampir sebulan lebih merancang, Allah juga telah merancang dimana berlakulah RaRe2 selama 3 hari di dalam bulan Ramadan yang penuh mulia.








Bermulalah kisah.... hehe








Ketibaan ajk-ajk program seawal 8 pagi. Bersiap-siap dan menyambut ketibaan sahibah-sahibah yang lain.







Aktiviti 1 : Sesi berborak-borak dengan k.lang iaitu bekas warden puteri merangkap guru Matri sambil makan aiskrim.








Aktiviti 2 : Kuliah subuh bersama Sir Nasir Salleh di lobi


Didalam penyampaian beliau, Sir menyentuh mengenai Surah Al-Baqarah : 183-186, 
Ayat mengenai kewajiban berpuasa seperti umat yang terdahulu. Ayat ini juga menyentuh tentang Taqwa, kehebatan berpuasa di bulan Ramadan dan menyentuh perkara-perkara ibadah yang khusus di dalam bulan Ramadan.

Baginda bersabda : 
"Seseorang mukmin tidak akan kenyang daripada kebaikan (ilmu). Dia 
akan terus mempelajarinya dan tempatnya disyurga.
-HR Muslim-

Makna taqwa kepada Allah :

1. Allah yang ditakuti - Allah tidak  melihat kamu berada didalam larangan-laranganNya dan tidak kehilangan kamu di dalam perintahNya.

2. Cegah diri daripada azab Allah -  Dengan membuat amal soleh dan takut kepadaNya dikala bersendirian.


Surah An-Nisa : 1
' Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu minta dengan memutuskan namaNya.
(Awasilah daripada memutuskan silaturahim) antara kerabat. 
Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kami'.








Cerita akan bersambung..........






Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon