.

.

Pengikut

Mencari 'sakinah'.

Bismillahirrahmanirahim...
In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful...


Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri disini...
Merenung jauh mereka disana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
Namun,kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya...


"mencari 'sakinah'(ketenangan)"

Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya.Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta,faktor kekayaan.Walaupun itu boleh menjadi penyumbang tetapi itu bukan segala-galanya.

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah besar,tidur di atas katil yang empuk tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidakk nyenyak.
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk,kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita.

Ada orang yang berada dihadapannya hidangan yang hebat,lauk pauk yang bagus tetapi lidahnya tidak enak,lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya.

kata Hamka:
"lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"...

Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar,ada makanan yang sedap,tentulah hidupnya bahagia dan tenang..

Belum tentu !!!


Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah swt..

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang,dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun.

Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang,dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.

Jika Allah uruskan urusan kita,dan Allah serahkan diri kita kepada kita,walaupun sekelip mata,dunia boleh berbuat apa-apa,tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.

Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas,kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.Apa yang orang rasa rugi Allah memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tidak sangka tetapi Allah boleh mengwujudkan keajaiban dalam kehidupan..
Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah

Kita tengoklah dunia ini,kadang-kadang manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia,kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya.

Berapa banyak dalam hidup kita telah melalui keperitan hidup??

Cuba ingat !!

Ketika kita kena keperitan,kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya.Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik.
Ketika kita ditimpa musibah tertentu,kita kata, "Habislah aku kali ni."..
Tapi usia kita telah berjalan,kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidupan ini.

Ketika kita berkata:

"Ya Allah tolonglah aku,Ya Allah tolonglah aku,aku susah ya Allah"

Hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu,dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur diatas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah kurniakan kita daripadanya.

Orang-orang yang diberitahu kepada mereka:


"Nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"..
"Nun orang nak ambil tindakan kepada hang"..
"Nun orang nak ambil tindakan kepada kau"..
"Nun orang nak bertindak kepada kau"..


Kata Allah iman dia bertambah.
Bukan kita kata:
"Pasal apalah Allah benci aku?Apalah dosa aku"..

Tidak-tidak !!!

kata Quran iman mereka bertambah
kerana mereka berkata:

"Cukuplah bagi kami Allah,Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan"..


Pengalaman sering mematangkan kita.


Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya.
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal dia akan mengetahui tentang kejaiban bertawakal.
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb.

"Ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu ya Allah.."



Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat

Apabila manusia melihat dunia daripada dimensi akhirat,dia akan merasakan dunia ini sangat kecil.
Kehidupan ini sangat luas.
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Allah bawa pada hari akhirat,manusia yang paling derita dalam dunia ini.Allah akan
ambil dia,Allah masukkan dia kedalam syurga.Dia dicelupkan masuk ke dalam
syurga,kemudian dia dikeluarkan ,lalu ditanyanya..

"Wahai fulan,adakah kau pernah rasa derita dalam hidup??"

dia berkata:

"Tak!! aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"..

Hanya kerana masuk sekelip mata didalam syurga,lupa cerita derita.
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini.Segala yang nikmat,Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka,lalu Allah keluarkan dia:

"Pernahkah kau merasai nikmat hidup ini??"..

dia berkata:

"Tak!!,aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini".

Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka,manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya.



Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini??

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar.
Satu hamba Allah yang patah kakinya,yang dia tidak pernah pun sebut.
(dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak)..
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki..
dia kata:

"Ya Allah bagilah balik kaki aku,sembuhkanlah balik"..

Dia tahu besarnya nikmat kaki,nikmat tangan,nikmat sihat..
Kata Hamka:

"Yang ada ini sudah harapan kita"..

Tetapi manusia..

Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada tetapi jangan lupa yang telah ada.

Bersyukurlah wahai diri ini..

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut,

"Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar:..

Ramai orang terpaksa sabar tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur.
Bila dia susah,nak kata apa?

"sabar je la,nak buat apa"...

Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti kita syukur diatas nikmat.

Al-mathurat:

"Ya Allah apa sahaja yang aku alami daripada nikmatMu daripada kurniaan daripada sesiapa dikalangan hambaMu,tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan ,bagi Engkaulah pujian,bagi Engkaulah kesyukuran".

Subhanallah...

Manusia jika dia nak bersyukur kepada Allah,tak terdaya..

surah Ibrahim:14:34


"Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah,kamu tidak mampu"..


Bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan,kita akan rasa "MasyaAllah"..hidup ini,apa yang Allah kurniakan kepada kita lebih daripada harapan kita sebenarnya.

Kalau kita ingat pada hari kita dilahirkan,tempat kita dilahirkan,sehingga tempat kita ada pada hari ini.

MasyaAllah..!!!

Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu...



Pesanan Nabi buat umatnya

At-Taubah:9:40

"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia,ketika dia salah
seorang daripada dua.dia dan Abu Bakar(Nabi dan Abu Bakar),ketika dia
berkata kepada sahabatnya..

"Jangan bersedih,sesungguhnya Allah bersama kita"





Dari hamba yang lemah..
Little Mashitah..
Kolej Teknologi Darulnaim,
Kelantan..

Life is Searchiing for Mardhotillah..

Nota hati seorang perempuan bertudung labuh

Bismillhirahmanirrahim.....
In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful...









Testimonal;


[AsiyahWaheed]

"Bertudung labuh itu tetap menjadi pilihan saya kerana apabila menyarungnya akan membuatkan saya cukup selesa."

[AieeenieAhmad]

"Tudung labuh menjadi pilihan hati kerana ia memberi perlindungan kepada diri saya."

[FateenSafyqa]

"Ianya menutup aurat, itu paling penting. Fesyen itu ertinya bukan bagaimana cara kita attract people tapi sebenarnya bagaimana kita menunjukkan diri kita dalam fesyen itu."


Berikut adalah suara-suara testimonal oleh pemakai tudung labuh.


Hidup menuntut kita untuk membuat pilihan.


Anda ada dua pilihan. Hidup juga menuntut kita untuk membuat pilihan.


Memilih jam mahal diletak di dalam balang berkaca di show room. Indah dipandang tetapi harganya mahal. Tersangat mahal sehingga kita yang bergaji biasa, berelaun biasa, berduit sederhana tidak mampu untuk membelinya. Kita hanya mampu memandang meskipun dari jauh, padahal kita sangat ingin sekali memilikinya. Kita jadi sedar diri, tentang hakikat diri kita, tidak punya wang yang banyak, tidak hidup mewah untuk membeli jam yang tersangatlah mahal itu. Hanya orang yang benar-benar punya wang yang banyak yang mampu membelinya.



Terkadang longgokan jam murah di pasar malam itu, sangat menggoda kita untuk membelinya. Murah, RM 10. Mudah untuk dilihat, tidak diletak di balang-balang kaca. Kita dengan seenaknya memegangnya. Jika mahu, beli, jika tidak mahu, kembali meletakkannya. Entah sudah berapa tangan yang telah menyentuh jam tersebut. Ia bisa ditatap seenaknya, disentuh semudahnya. Kita mampu membelinya bila-bila masa.



Jauh di sudut hati, pasti kita menginginkan jam yang mahal tersebut.



Yang tertutup itu indah, dan tidak semua mampu untuk memilikinya. Walhal keinginan untuk
memiliknya membuak-buak tanpa mengetahui status diri.


Siapa soleh dapat solehah.



Semua orang punya impian untuk memiliki pasangan yang beriman, suami yang soleh dan isteri solehah. Supaya keturunan nanti baik-baik, zuriat yang dilahirkan diharap juga soleh solehah seperti ibu bapanya.




Bukan topik suami isteri yang saya hendak bincangkan, tapi ianya adalah sebuah gambaran akan datang dari sekecil-kecil perkara. Banyak kawan lelaki yang saya tanya, rata-rata mereka inginkan wanita solehah, yakni mereka perincikan lagi, seorang wanita yang bertudung labuh. Bagi mereka, wanita bertudung labuh ini sedap mata memandang, akhlak solehah, pandai menjaga diri, dan dipercayai. (jika ada kes yang terjadi berlawanan seperti apa yang dinyatakan itu kes terpencil)



Jadi, akhlak luaran telah menggambarkan dalaman.




Bertudung labuh itu satu perlindungan

Bagi saya sendiri, bertudung labuh merupakan satu perlindungan. Perlindungan dari segala macam kejahatan luaran dan dalaman. Apabila memakai ‘perlindungan ini’, saya rasa lebih selamat. Maksudnya di sini, apabila kita bertudung labuh, yakni sedang melakukan perkara kebaikan, kita akan berusaha untuk menjaga tingkah laku.




‘Eh, aku pakai tudung labuh, mana boleh macam ni, macam ni’
‘Pakai tudung labuh ni, kena jaga akhlak, nanti orang tengok’



and so on. Pendek kata, kita akan lebih menjaga diri kita sendiri, kerana orang lain memandang. Owh, maksud saya bukan memakai tudung labuh adalah untuk menjaga cakap-cakap orang semata-mata, menunjukkan kita ni KONON baik, dan bukan semata-mata pakaian orang alim, ke apa, tapi sebenarnya lebih dari itu.




Ianya adalah perlindungan. Perlindungan kepada diri saya, dan saya pasti si pemakai tudung labuh juga akan turut merasa begitu. Kita akan berusaha untuk melakukan perkara mahmudah setiap masa, dan cuba untuk menepis mazmumah dalam diri. Nilai mahmudah ditambah-tambah dan nilai mazmumah dicarik pergi. Yang paling penting, adalah kita berusaha untuk memperbaiki diri dari sehari ke sehari.





Pernah masa zaman sekolah agama dulu, pergi outing dekat Kangar. Pergi jalan grouping, ramai-ramai. Depan group kami, budak sekolah lain, bertudung tiga segi biasa. Dan biasalah, bila di shopping complex akan ada lelaki melepak sana, melepak sini. Mereka akan phewwit phewwit dekat budak sekolah di hadapan kami, tapi bila kami pula yang lalu, mereka tak berani nak phewwit phewwit ke apa. Mereka takut untuk menegur. Mereka hanya melihat kami segerombolan budak-tudung-labuh. Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya, apabila kita ada perlindungan semacam ini, kita akan lebih selamat daripada diganggu.




Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu. (al-Ahzab:59)






Di sini, kita sudah memiliki perlindungan dengan memakai tudung labuh. Sebenarnya pemakaian tudung labuh hendaklah bukan dipaksa. Biar ikhlas dalam menutup bukan paksaan. Kerana bila melakukan sesuatu dengan paksaan ianya adalah sangat berat sebenarnya. Jiwa memberat dan memberontak.




Sewaktu saya bersekolah agama dulu, kena pakai tudung labuh, yelah masa tu mana nak biasa lagi pakai labuh-labuh segala ni. Dari form 1 sampai form 5, saya rasa saya pakai tudung labuh sebab peraturan semata. Saya anggap pemakaian tudung labuh tu tak lebih dari sehelai tudung yang labuh yang kena pakai untuk patuh kepada peraturan sekolah. Saya sendiri merasakan begitu.(ketika masih mentah..masih memerlukan tunjuk ajar dan fahaman..)






Keadaan berterusan sehingga saya dapat tawaran belajar ke Kelantan, Kolej..........
Pergi kelas, kena pakai hand sock, stokin lengan or whatever lah nama dia.Yang itu memang sudah kebiasaan saya untuk memakainya.Tetapi,bagi pemakaian tudung labuh ni saya rasa ia bukan sesuatu yang wajib Mungkin lebih tepat lagi, niat saya masa tu; saya memasang azam untuk tidak bertudung labuh lagi! Yelah, sebab masa sekolah, saya kena pakai tudung labuh. Muncul lah rasa rimas, memberontak, etc. etc. sebab kita sendiri masa tu rasa dah bebas, dan rasa MACAM boleh buat keputusan sendiri tanpa perlu ada peraturan semacam itu.



Pada mulanya ketika menjejakkan kaki di Kolej itu, hasrat saya memang tercapai untuk tidak memakai tudung labuh. Saya pakai tudung yang pendek tapi agak labuh (bukan tudung pendek bawal) tapi saya masih menjaga kelabuhan tudung (tudung silang-silang laa), pendek kata, saya pakai tudung labuh kadang-kadang awal-awal sem masa masuk kolej tu Tapi, disetiap kali saya memakai tudung(silang-silang tu)..tiba-tiba rindu untuk pakai tudung labuh menerjah masuk kedalam diri.Saya merasakan diri ini hanya hipokrit sahaja ketika itu.(tak patut-tak patut)..walaupun tudung yang saya pakai itupun labuh juga(tapi silang-silang)





Berusaha mencipta ikhlas







Saya rinduuu sangat dengan tudung labuh, lebih tepat lagi perlindungan saya. .Saya pakai pergi kelas, dan saya kurangkan pakai tudung silang-silang(orang yang sedar tahu lah). Alhamdulillah, ikhlas datang secara slowly. Bila kita buat sesuatu secara ikhlas, insyaallah, amalan itu akan berterusan. Sebab ia datang dari niat hati sendiri dan bukan paksaan. Berusaha untuk mencipta ikhlas.





Apa yang selalu orang pandang, apa yang selalu orang nilai, bila bertudung labuh orang baik-baik, bila namanya ustazah mesti solehah, akhlak cemerlang (walaupun hakikatnya tak semua begitu-ini kes terpencil) tapi kita juga meyakini, bahawa kebanyakan mereka adalah yang terbaik dari segi akhlaknya. saya masih kekurangan sana sini lagi...




Saya ulang sekali lagi, yang tertutup itu indah. Anda mahu jam mahal dalam showroom ke atau jam yang dah dipegang-pegang oleh kebanyakan orang? Akal waras kita akan menjawab kita mahukan sesuatu yang sangat berharga. Yang mahal itu sukar didapati, dan yang murah itu sangat senang untuk kita dapat. Membeli jam mahal di showroom tidak semudah kita membeli jam yang di pasar malam. RM 10. Perlu diingatkan, untuk menjadi yang terbaik juga, perlukan pengorbanan.




Saya selalu melihat orang-orang baik di sekeliling saya, si pemakai tudung labuh, akhlak cemerlang, akademik terbilang, sahsiah terjaga. Dengan mudah saya simpulkan bahawa si pemakai tudung labuh ini sangat hebat orangnya.


Lambakan fesyen kini

[Appreciation]



Perkembangan fesyen semakin pesat dari sehari ke sehari, ada sahaja fesyen baru di pasaran. Lambakan pelbagai jenis tudung terkadang mengusik jiwa juga. Cuma, satu pesanan, bergaya itu boleh, tidak salah, Islam juga suka kepada keindahan dan kecantikan, bergayalah dengan ilmu. Ilmu yang kita pelajari harus diamalkan. Bukan hanya setakat TAHU, tapi berusahalah untuk mencetus MAHU mengamalkan ilmu di dada. Labuhkan sepertimana yang telah Allah perintahkan.




Jangan menganggap mereka ni kolot, tidak tahu berfesyen etc. etc. Jangan kata macam-macam dekat si pemakai tudung labuh. Ya, tudung labuh adalah bergantung kepada pemilihan hati bukan paksaan. Ingatlah, berkemungkinan perempuan yang kamu hina-hina, ejek-ejek itu lebih baik dari kamu.Tidak semua manusia mampu untuk menyarungkan tudung labuh ini, saya juga pada awalnya agak keberatan untuk memakainya, kerana pada masa itu, saya masih tidak mampu mengerti apa erti 'tudung labuh' sebenarnya.


Firman Allah:


"Hai orang- orang yang beriman, janganlah kamu menghina (mencaci) suatu kaum yang lain kerana boleh jadi kaum yang dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina." (Al- Hujurat: 11)








Jadi, jika ada yang berkeinginan nak pakai tudung labuh, teruskan niat baik anda. Jangan bertangguh, dan paling penting jangan dengar cakap-cakap negative orang. Sudah lumrah manusia, tidak sukakan perubahan baik orang lain. Dilable macam-macam. Perubahan jahat, disorak-sorai, ditepuk tangan. Manusia lebih senang mendengar keburukan orang lain berbanding kebaikan seseorang. Sebab tu berlaku kes dengki mendengki, fitnah-menfitnah, semuanya berpunca dari hati yang tidak sihat. Hati yang terlalu banyak titik hitam. Sangat berbahaya kepada diri sendiri dan orang lain.




Kepada pemakai tudung labuh, istiqamahlah dalam pemakaian ‘perlindungan ini’. Tidak semua manusia terpilih oleh Allah untuk menyarungkan tudung labuh, tidak semua manusia punya kekuatan seperti kamu,dan tidak semua manusia setabah kamu untuk terus menyarungkan tudung labuh yang kadang orang pandang sangat kolot.



p/s: sedang berusaha untuk memakainya secara constant. =)


p/s/s: saya cuma orang biasa yang punya secebis harapan untuk turut menyampaikan sedikit ilmu 'walau cuma satu ayat' jadi saya masih banyak kurang sana-sini. Saya tak hebat macam anda. Anda jauh lebih hebat dari saya. =)


Hamba yang lemah..
Little Mashitah
Kolej Teknologi Darulnaim,
Kelantan..

Life is Searching For Mardhotillah...

Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon