.

.

Pengikut

Ilmu itu sentiasa milik Tuhan..

Kelas telah bemula.Tadi sebaik sahaja Teacher Nizrana,Guru bagi matapelajaran Sains tingkatan lima masuk,aku seakan kabur dan keliru.Tumpuan hilang entah kemana.Dada terasa sebak dan bebal.Bukan kerana subkek yang tidak bagus,tetapi aku hanyut dibawa arus khayalan.Sepantas ituku seru pertolonganNya dengan harapan perhatian ku lebih terarah pada kiblat yang sepatutnya.

Mungkin juga kerana ada rentak tari islami ku yang tempang atau mungkin irama iman yang ku dendangkan sedikit sumbang.Lantaran asyik dan leka melewati usia ini menjadikan dadaku sedikit tepu untuk menelan ilmu yang terlalu suci nilainya.

Lantas ku inga pesan salah seorang guru agar jangan segan untuk meminta-minta dari Allah SWT agar aku dipermudahkan menyerap segala ilmu yang masih berbaki..

"Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau memalingkan hati-hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan berilah kepada kami RahmatMu,bahawanya Engkaulah Tuhan yang sangat banyak pemberiNya.."

Seketika selepas itu,dadaku terasa lapang bagaikan ada angin lembut bertiup membuka jalan dan memberi laluan buat wadah ilmu membentangkan sayapnya.Bagiku,harus ada cara memetik tangkai ilmu keran ilmu itu sentiasa milik Tuhan.

Sepanjang tempoh pembelajaranku yang agak singkat tetapi padat ini,bukan satu dua ilmu yang aku dapat.Terlalu banyak untuk ditimba dan tak ternilai harganya.Ada juga illmu yang aku kira agak kurang enak untuk disematkan dalam dada.Iyalah,kita hidup berkongsi pentas,bukan ada benteng yang mampu menyekat atau menghalang perkara yang bukan hal kita daripada singgah ke ruang mata bukan??Kerana itu jualah satu doa ringkas yang sentiasa menjadi temanku dalam melewati hari-hari di sini.Moga-moga haluanku terpandu dan layarku tidak bengkok..

"Ya Allah,sesungguhnya aku mohon kepadaMu ilmu yang berguna,rezeki yang baik dan amalan diterima.."

0 comment:

Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon