.

.

Pengikut

Ukhuwah...





Pertama dan selamanya,marilah kita merafa' kan setinggi-tinggi kesyukuran kita kepada Allah s.w.t..Alhamdulillah,dengan segala titik peluh baginda,kita dapat untuk mengecap dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.Hanya yang terpilih sahaja yang dapat untuk berada didalamnya dan merasakan bagaimana indahnya Islam dan Iman itu..Islam tanpa Iman,bukanlah sesuatu yang lengkap..jadi untuk saling lengkap melengkapi,perlulah ada kedua-duanya sekali..

Hidup dalam Islam dan Iman ini banyak mengajar kita segala macam erti..seperti ukhuwah, sabar, cinta dan macam-macam lagi.

Menyebut tentang UKHUWAH,aku teringat sewaktu disekolah menengah dulu..ukhuwah yang terjalin antara aku dan sahabat-sahabat seperjuangan ku membuatkan aku berasa indah dan istimewa.UKHUWAH yang didasari atas keimanan kepada Allah, bersahabat kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah..segalanya kerana Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Nikmat yang terbesar selepas kamu mendapat nikmat Iman dan Islam ialah mendapat sahabat yang soleh,jika kamu dapati ianya baik maka peganglah ia seerat-eratnya."

Terdapat juga kata-kata:
"Sahabat kamu umpama cermin,dia mencerminkan diri kamu,jika baik(akhlak) sahabatmu maka baiklah juga kamu,jika buruk(akhlak),maka sama juga lah kamu."

UKHUWAH yang bertunjangkan keimanan,tidak mudah untuk merobohkannya.Malah ia semakin kuat umpama gigi yang melekat di gigi.Walaupun berjauhan,tetapi hati yang terikat keranaNya tidak mudah juga untuk dilepaskan.

Doa yang selalu menjadi kekuatan untuk kami..
"Sesungguhnya Engkau tahu,bahawa hati ini telah berpadu berhimpun dalam naungan cinta-Mu,bertemu dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan menegakkan syariat dalam kehidupan.Kuatkanlah ikatannya,kekalkanlah cintaNya,tunjukilah jalan-jalanNya.terangilah dengan cahayaMu yang tiada pernah padam Ya Rabbi, Pimpinlah kami..Matikan kami dalam syahid dijalanMu..Engkau sebaik Pelindung dan Pembela.."


Dalam berUKHUWAH,kekadang ada yang tidak sekepala @ sependapat,jadi dalam berUKHUWAH Allah mengajar kita untuk bersabar.sabar dengan karenah sahabat-sahabat..Setiap manusia melakukan kesilapan..tidak ada yang boleh lari dari kesilapan tersebut tetapi apabila dah melakukan kesilapan,sebaik penyelesaian ialah bertaubat..


Salah satu yang best bercakap tentang UKHUWAH ini..
satu ayat yang sentiasa disebut dan menjadi satu penaik semangat dan kekuatan untuk diri ini bersahabat dengannya..

"UHIBBUKIFILLAH, WA LA TANSA FIDU'AIKI.."
- Aku sayang @ cinta kamu kerana Allah.jangan lupakan aku dalam doamu.."-

Andai masa boleh berputar,inginku aku kembali bersama mereka..


Ku merindukan tanak wakafan
yang banyak mengajar ku
erti UKHUWAH..
erti SABAR..
erti CINTA..
erti ISLAM yang sebenar..
erti IMAN yang mantap..
dan segalanya..
segalanya bermula dari SINI..


dari hambaMu yang lemah..
LITTLE MASHITAH..
KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM..
Tanjung Chat..

Semoga Rahmat dan Kasih sayang Mu,membawa ku bertemu dengan Mu..


1 comment:

. Inilah aku . berkata...

Ukhwah?

Satu tajuk yang cukup menarik.

Semoga Allah meredhai kamu. Teruskan menulis.

Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon