.

.

Pengikut

Perubahan..

perubahan memerlukan masa..



Lama sudah aku tidak menekan keyboard ini untuk menulis sesuatu..
banyak perkara yang terbuku dalam benak hati dan fikiran..
tetapi masih tidak dapat aku ungkap dengan perkataan..
hanya Allah sahaja yang tahu..

Setiap manusia inginkan perubahan dalam dirinya..
tetapi adakah dia dapat melakukan perubahann yang dia inginkan..
kekadang manusia berfikir..
"hari ini aku nak berubah"..
"masuk kolej aku nak berubah.."
macam-macam kenyataan yang dapat kita andaikan dan sebut..
tetapi semua itu hanyalahh satu perkataan..
yang dapat merealisasikannya hanyalah perbuatan @ amalan..
hati juga memainkan peranan penting dalam melakukan perubahan diri..

Manusia juga inginkan ketersempurnaan dalam dirinya..
ketersempurnaan yang lain dari apa yang Allah sudah tetapkan..
(macam-macamlah..)

Allah itu menerima taubat dan menerima segala perbuatan kebaikan yang
kita lakukan..
Allah juga menganugerahkan dalam diri kita..
untuk melakukan kebaikan..
hanya kita yang masih tidak dapat untuk melakukannya..
Allah juga menganugerahkan dalam diri kita untuk melakukan kejahatan
tetapi setakat mana dia dapat menahannya dari melakukan
kejahatan tersebut..

Segala permasalahan..ada jalan penyelasaiannya..
pelbagai cara, metod, jenis dan banyak lagi..
Allah juga menyarankan kita agar sentiasa berdoa dan meminta kepadaNya..
setiap ayat yang diminta,insyaAllah akan dimakbulkan..
cuma ia lambat atau cepat..

Hari ini aku belajar ayat BI yang baru..

"Yesterday is history,
Tomorrow is mystery,
and Today is a gift.."

Perubahan dalam diri memerlukan masa yang panjang..
bukannya sehari dua..
setahun dua..
tetapi bertahun-tahun untuk melakukannya..
jika diri seseorang itu,kuat meronta untuk melakukan perubahan..
maka perubahan itu akan cepat berlaku..
jika ia hanya sekadar berkata-kata untuk berubah..
maka ia berlaku lambat sedikit..

Alhamdulillah..setakat itu sahaja yang dapat aku ungkapkan ..
sebenarnya panjang lagi..
tetapi masa tidak mengizinkan aku untuk terus menekan keyboard ini..
Doa yang aku harapkan,impian yang inginku laksanakan..
dan kematian dalam syahid dijalan Allah yang amat-amat aku harapkan..
semoga setiap bait-bait kata yang keluar..
ia menjadi satu ibadahku untuk Mu..


salam sayang dariku..
Little Mashitah...
Kolej Teknologi Darulnaim..
Kelantan...

0 comment:

Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon