.

.

Pengikut

MAKP 2013

Coretan peristiwa 23 September 2013

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Ucapan Tahmid yang selalu bermain dibibir..

Subhanallah..Allah beri peluang untuk aku mencoret beberapa kisah dan pengalaman disamping saling kita peringat-memperingati antara satu sama lain. Semoga ianya jadi satu amal ibadah kepada Allah..Peristiwa ini mungkin sedah menginjak usia 4 bulan lebih, tetapi peristiwa ini juga memberikan satu kesyukuran yang tidak terhingga buat teman-teman seperjuangan aku.

MAKP 2013

Merupakan singkatan bagi Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2013 yang setiap semester diadakan bagi menghargai usaha-usaha pelajar yang telah berjaya. Mereka-mereka yang telah mengharumkan nama kolej (KTD) dengan kecemerlangan mereka termasuklah aku. ^^


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

-Al -Mujadalah : 11-

Aku dan Mereka

Mereka telah bersama aku sejak semester 1 lagi, tapi sepanjang semester sehingga semester ini..Allah telah "simpan" dahulu kejayaan untuk mereka.Dan Allah beri sehingga saatnya..

Aku rasa, akulah diantara orang yang paling gembira, kerana sepanjang aku menghadiri MAKP ini, akulah  seorang sahaja siswi dalam batch aku dan kos aku. Kawan mana yang tidak gembira melihat teman-temannya berjaya bersama.Alhamdulillah...


Kesimpulan

Aku bukanlah seorang yang pandai atau kreatif dalam bidang penulisan.Jadi, sampai sini sajalah yang mampu saya coretkan..



Biarlah gambar yang berbicara:-











~Home Sweet Home~
21:58pm


0 comment:

Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon