.

.

Pengikut

Powered By Blogger

KEM REMAJA PERAK..part 3


Kuliah yang ketiga disampaikan oleh ayah saya iaitu Amran b. Yeop Zahari..
yang bertajuk pencuri kain kapan..

(kurang ingat permulaannya..)
Ada seorang pemuda..umurnya dalam lingkungan 20-an..kerja pemuda ni ialah mencuri kain kapan..setiap kali ada orang meninggal,pemuda ni lah yang paling gembira.Pada suatu hari,pemuda ini berjumpa dengan tuan gurunya..dier berkata"sepanjang aku mencuri kain kapan,aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut..lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang keji itu dan ingin sekali bertaubat.


"Yang pertama,aku lihat mayat yang pada siang harinya mengadap kiblat,tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam,aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat.Mengapa terjadi begitu wahai tuan guru?"tanya pemuda itu.
"Wahai anak muda,mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t sewaktu hidupnya.Lantaran itu Allah s.w.t menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari menghadap kiblat,bagi membezakan mereka daripada golonga muslim yang lain."jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi,"Golongan yang kedua,ak lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka di masukkan dalam liang lahad.Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur,aku lihat wajah mereka berubah menjadi khinzir.Mengapa jadi begitu.?"

Jawab ahli ibadah tersebut,"Wahai anak muda,mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.Sesungguhnya solat merupakan amalan pertama sekali yang dihisab.Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain."


Pemuda itu menyambung lagi,"wahai tuan guru,golongan yang ketiga yang kau lihat,pada waktu siang manyatnya kelihatan seperti biasa sahaja.Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam.Aku lihat pertnya terlalu gelembung,keluar pula ulat yangg terlalu banyak daripada perutnya itu."
"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,wahai anak muda".Balas ahli ibadah itu lagi..


"Golongan yang keempat,ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya.Mengapa terjadi begitu,wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu,"Wahai pemuda,itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibubapanya sewaktu hayatnya.Sesungguhnya Allah s.w.t sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya."


"Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat penjang,hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya".Sambung pemuda itu.
"Anak muda,mereka itulah golongan yang memutuskan sillatrrahim.Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari.Bukankah Rasulullah s.a.w pernah bersabda".Barang siapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda.Jelas ahli ibadah tersebut.


"Wahai guru,golongan yang keenam yang aku lihat,sewaktu siangnya,lahadnya kering kontang.Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu,ku lihat mayat tersebut terapung,dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya."
"Wahai pemuda.itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya".Jawab ahli ibadah tadi.

"Wahai guru,golongan yang terakhir yang aku lihat,mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pada wajahnya.Mengapa demikian halnya.Wahai tuan guru?"tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut."Wahai peuda,mereka itulah golongan manusia yang berilmu.Dan mereka beramal pula dengan ilmunyasewaktu hayat mereka.Itulah golongan yang berolah keredhoan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah,
"Sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadanya jualah kita akan kembali.Kita akan dipertangungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan hatta amalan sebesar zarah.."

0 comment:

Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon