.

.

Pengikut

Powered By Blogger

BuKu + BuKu + bUkU..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Syukur Alhamdulillah...
Saya masih lagi boleh menekan papan kekunci ini untuk berkongsi cerita di sini..
Kali ini saya nak bercerita tentang buku-buku yang menarik untuk dibaca...
Jazakallah untuk abang saya kerana meninggalkan buku-buku ini dirumah.
Buku-buku yang sukar untuk saya jumpa..sekarang....
Saya masih lagi dalam proses untuk menghabiskan buku setebal 558 muka surat itu..
iaitu ARMAGEDON 2012...



Harga: RM 31.50 / RM 34.50
ISBN-13: 978-967-5137-99-0
Tarikh Terbit: 1 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 560

Kategori: Bukan Fiksyen, Sejarah, Islam, Akidah, Islam Umum, Perbandingan Agama

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd


sedikit sinopsis dari buku ini...

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.

Sekarang ni,saya baru sampai bab 7:Asap Tebal Memenuhi Bumi.

Apa yang saya dapat kongsikan sedikit mengenai dalam bab ini..
Ada hadis mengenai sepuluh tanda besar kiamat ada menyebut mengenai fenomena keluarnya asap (Dukhan).Sehingga kini ramai ilmuwan islam tidak dapat mengkaji dengan lebih mendalam lagi.Tapi,dalam ayat Al-Quran ..surah Ad-Dukhan:10-11..mengatakan asap itu akan menyelimuti seluruh umat manusia..

"Maka tunggulah ketika langit membawa asap yang nyata,Yang meliputi seluruh manusia.Inilah azab yang pedih."

dan hipotesis mengenai faktor penyebab munculnya asapglobal itu adalah hentaman meteor ke Bumi.Hipotesis ini dirumuskan berpandukan ayat al-Quran yang selanjutnya,yakni bahawa asap itu muncul akibat datangnya "hentaman yang kuat"(surah Ad-Dukhan:16)..

Petafsiran "hentaman yang kuat" sebagai hentaman meteor besar ke Bumi dipekukuhkan pula oleh hadis daripada Ibn Abbas yang mengaitkan antara kemunculan bintang berekor(komet/meteor) diikuti kemunculan asap(Dukhan).

"Orang menceritakan bintang berekor sudah terbit.Aku kuatir asapnya sudah dekat.Kerana itu aku tidak dapat tidur hingga pagi"..(Ibnu Jarir Ath-Thabari)

Ada juga hadis mengatakan hanya orang kafir sahaja yang terseksa akibat asap itu,mereka mengalami gangguan pada mata, hidung, dan telinga..Sementara itu orang Islam hanya selsema sahaja..

Hadis daripada Abu Malik al-Asy'ri,Rasulullah berkata:
"Sesungguhnya Tuhan kamu semua mengingatkan kamu dengan tiga perkara,Pertama,asap yang menerpa orang yang beriman,di mana mereka seperti terkena gejala selsema.Ia juga melanda orang kafir,di mana sekujur tubuh mereka akan membengkak,lalu mereka tidak dapat mendengar,Kedua,keluarnya binatang..,dan Ketiga,keluarnya Dajal.."

Banyak lagi yang ditulis dalam buku ini..
saya hanya dapat kongsi sedikit sahaja...



Manakala,umi saya pula sedang membaca buku ini...


Harga: RM 35.00 / RM 38.00
ISBN-13: 978-967-5137-91-5
Tarikh Terbit: 8 Jan 2010
Jumlah Muka Surat : 496

Kategori: Bukan Fiksyen, Biografi, Islam

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd





InsyaAllah,jika Allah memberi kesempatan untuk saya menghabiskan buku Armagedon 2012 itu,saya akan membaca buku ini pula..




Harga: RM 35.00 / RM 38.00
ISBN-13: 978-967-5137-81-5
Tarikh Terbit: 19 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 760

Kategori: Bukan Fiksyen, Biografi, Sejarah, Islam, Perbandingan Agama, Politik & Sejarah

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd




sedikit sinopsis dari buku ini...(yg tertulis di belakang buku)

"Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.' Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (surah al-Kahfi: 83-84) Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja agung yang tercatat di dalam al-Quran 'hilang' dalam rekod sejarah. Bukan seorang dua raja agung yang dinobatkan, namun mengaitkan peribadi raja dengan iman yang disebutkan di dalam al-Quran masih 'misteri.' Mencari Zulqarnain ibarat bermain teka-teki. Setiap teka-teki mempunyai kata kunci. Antara kata kunci utama adalah beriman, menjelajah timur dan barat dan bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj. Tersalah pada satu kata kunci, calon raja agung terkeluar daripada gelaran Zulqarnain. Senarai calon raja agung sudah dibuat, kata kunci sudah dirungkaikan, ternyata Alexander the Great adalah calon yang paling layak. Biar pun tuduhan musyrik yang dilemparkan, buku ini menjawab Alexander Macedonea atau Iskandar al-Makduni adalah orang yang beriman pada satu Tuhan yang esa, pembebas timur dan barat dan pembina tembok Yakjuj dan Makjuj. Buku Alexander adalah Zulqarnain mendedahkan profil Alexander the Great, anak Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling kejam dalam sejarah, Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya beriman.


Antara kandungan menarik di dalam buku ini: Alexander the Great di dalam Tafsir al-Quran * Nama Alexander the Great dicemari di dalam Teks Yunani-Rom Kuno * Senarai Penguasa Dunia (1010 - 330 SM) * Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj & Makjuj * Oasis Monoteisme di tengah Gurun Paganisme Yunani * Peringkat Awal Misi Pembebasan Alexander * Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem * Pengembaraan Alexander di Timur * Pengembaraan Alexander di Barat * Pertemuan Alexander dengan Kaum-kaum yang disebut di dalam al-Quran * Lokasi Alexander membina Tembok Besi * Jawapan kepada Tuduhan.


Alhamdulillah..setakat ini sahaja..
Doakan saya agar dapat habis membaca buku-buku ini...
agar boleh untuk saya kongsikan lagi isi kandungannya...


Little Mashitah...

0 comment:

Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon