.

.

Pengikut

Powered By Blogger

Majlis Aidilfitri....

Alhamdulillah..
Masa berlalu begitu pantas,Ramadhan berlalu,Syawal menjelma..
Baru-baru ini,aku dan beberapa orang lagi rakan satu kursus..
Kursus Sains Komputer (IT)..
Menghadiri Rumah Terbuka Penasihat Akademik kami..

Mesej dari Cik Husna..
"Dijemput ke rumah saya" :
pt 1894,Kampung Landak
Pengkalan Chepa,16100,
Kota Bharu,Kelantan..
pada jumaat,16 Sept 2011
jam 4.30 petang
-Cik Husna Ibrahim-

Sebelum ini,pertemuan kami semua bersama Penasihat Akademik hanya sekadar di Kolej,tetapi kali ini kami dapat merasa untuk pergi ke rumah Cik Husna sendiri..
Kesemua pelajar yang "PA" bersama Cik Husna seramai 17 orang,
tetapi tak semua yang dapat hadir atas sebab tertentu..
Alhamdulillah..Allah memberi kami (yang ada) untuk meraikan Majlis Rumah Terbuka Cik Husna...

Sehari sebelum tarikh yang dinanti-nantikan,kami (siswi) merancang untuk pakai baju warna yang sama sebagai tema untuk pelajar semester 1(DDC)...
semuanya berjalan lancar,walau pun dalam keadaan kekalutan sedikit..


bergambar sementara transit tiba di asrama...
Nabilah, Mashitah, Afiqah, Nazihah dan Nurul



Alhamdulillah juga,kami disambut mesra oleh Cik Husna...
Cik Husna dengan berbaju merahnya..hampir serupa dengan warna tema kami..





Sementara itu,kami bergambar dahulu dengan emak kepada Cik Husna yang berumur 57 tahun..




Dikesempatan itu juga,pelajar Pengurusan Perakaunan juga turut hadir
bagi memeriahkan lagi suasana di rumah...
sambil itu,berkenalan...:)




Selesai makan,dan menunggu semua pelajar lain pulang..
kakmi bergambar beramai-ramai..
siswa-siswi bersama Cik Husna..
siswa:
Umair,Azizul,Haris,Hawari,Nasrun dan Norizal
siswa:
Nurul,Mashitah,Cik Husna,Nazihah,Afiqah dan Nabilah




Masih sempat lagi untuk kami bergambar bersama Cik Husna..
walaupun transit sudah menunggu..




Siswa juga mengambil kesempatan yang sama..




Ketika hendak pulang.@menaiki transit..
Puan Lili baru sahaja sampai....
bergambar dahulu...(bukan senang kowt)..

Syukur kepada Allah,selesai juga cerita untuk post kali ini..
Semua ini akan menjadi kenangan buat suatu hari nanti..
Agar hari ini lebih baik dari semalam,
esok lebih baik dari hari ini..
dan hari-hari yang mendatang akan lebih baik lagi...

salam sayang dari saya..
Little Mashitah..
Kolej Teknologi Darulnaim,
Kelantan..

Life Is Searching For Mardhotillah..

0 comment:

Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon