.

.

Pengikut

Powered By Blogger

CSR : PE1

Group LO4 : Professional English 1
Assalamualaikum wbt.

Semoga dalam keadaan sihat sejahtera dan diRahmati Allah.
Alhamdulillah, waktu cuti semester inilah saya berpeluang mencoretkan semua kenangan atau pengalaman yang saya lalui sepanjang berada di UniKL MIIT.

Segala puji bagi Allah yang memberikan segala nikmat yang tidak terhingga hitungnya. 


Cerita kali ini berkenaan dengan Projek CSR dalam kelas Professional English 1.
Madam Suguna telah memberikan tugasan untuk memenuhi 'Carrymarks' bagi semester tersebut. Dengan kata sepakat semua, kami memilih untuk melaksanakan satu projek iaitu bersama dengan Rumah Anak-Anak Yatim Titian Kasih di Titiwangsa dan aktiviti pun buat di sebelah kawasan yang berdekatan dengan Rumah Titian Kasih tu, iaitu Tasik Titiwangsa.

Projek yang telah di rancang hampir 2 bulan, Alhamdulillah, berjaya dilaksanakan. Pada mulanya, memang terdapat sedikit masalah tetapi dengan semangat dan kerjasama dari semua pihak projek ini berjalan juga.

Pada hari kejadian, kami mula aktiviti agak lewat kerana perlu uruskan beberapa hal seperti nak memastikan berapa bilangan anak-anak yang terlibat, makanan dan yang utama, anak-anak lelaki tidak sampai lagi. Jadi terpaksalah wakil kami yang ambilkan di penginapan mereka. Setelah semua berkumpul, bergerak ke Tasik Titiwangsa. Bermacam-macam ragam dan perangai anak-anak tu. Kakak-kakak dan abang-abang tak larat nak melayan. Disepanjang perjalanan, ada yang bergaduh, panjat pokok, berlari dan yang paling terkejut terjun dalam tasek.. :D haha..

Setibanya di kawasan yang lapang, kami membahagikan anak-anak itu dalam 6 kumpulan agar mudah untuk kami mengurus. Terdapat 6 'checkpoint', sebenarnya nak buat ala-ala 'explorace' gitu, tapi dengan kesuntukan masa dan kenakalan anak-anak yang hampir tidak terkawal ini. Setiap satu kumpulan hanya buat satu sahaja aktiviti. Alhamdulillah, semua kumpulan memberikan kerjasama. 

Setelah selesai aktiviti, sesi penyampaian hadiah dan bergambar. 
Kami terpaksa bergegas kerana anak-anak itu perlu menghadiri satu majlis perkahwinan jadi kami hanya buat mana yang mampu dan sempat sahaja.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada yang dirancang tidak menjadi, tetapi disitulah nampak kerjasama dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Walaupun dalam kelas, tidak pernah bertegur tapi tetap memberikan komitmen (yelah..Carrymark kot)..hehe

Itu sahaja cerita untuk project CSR Professional English 1. 
Tunggu kelas Professional English 2 pula..
haha..




~Little Mashitah~
Home Sweet Home
9:01


0 comment:

Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon