.

.

Pengikut

Powered By Blogger

Gunung Dato', Negeri Sembilan

Assalamualaikum wbt..

Saya nak cerita tentang pengalaman mendaki Gunung, setelah bertahun jugalah tak mendaki-mendaki ni. Alhamdulillah,saya dapat tawaran untuk mengikuti dakian ini dari seroang senior saya lah, saya memang rapat sangat-sangat dengan dia. Suatu hari, dia tanya, saya nak ikut atau tidak pergi  Negeri Sembilan kita naik gunung. Dengar-dengar tu memang dah 'excited' la, sebab selama hidup ni xpernah lagi jalan-jalan di Negeri Sembilan dan mungkin ini adalah peluang pertama saya.

Pada mulanya, saya berberat hati untuk ikut serta, sebab saya ini adalah rancangan dari beberapa orang senior yang lain. Jadi, saya takut + gelisah + macam-macam fikir. Kalau tidak pergi, peluang keemasan terlepas dan kalau pergi ia adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Semakin hari semakin risau, 'konfius' sehinggalah Allah bagi keyakinan dalam hati ini untuk kuat dan hadapi cabaran. (sebab senior tu cakap, gunung tu tinggi, berbatu-batu, kena kuat, semangat saya pun agak tercabar juga)hehe..

Alhamdulillah, dengan penuh keyakinan dan keazaman, saya nak ikut juga. Dan pada masa yang sama, waktu itu cuti pertengahan semester dan saya tidak pulang ke rumah. Dapat jugalah saya menghabiskan masa cuti dengan pengalaman yang sukar dilupakan itu.. ^_^


Alhamdulillah, Seramai 5 orang, 3 perempuan dan 2 lelaki. Dan semuany senior2, (memang suka kawan dengan senior sbb diorang banyak pengalaman).


me, kak Wathiqoh dan kak Afiqah

Sebelum nak mendaki, saya tertanya-tanya. Adakah kita nak naik ni tidak memerlukan 'guide' atau orang yang lebih tua dari kita? Senior cakap, kita dah ada 'guide' pun iaitu salah seorang senior lelaki yang menetap di Negeri Sembilan dan gunung ni dah biasa bagi dia.(mula tu mcm xpercaya jugaklah).


 Dan teruskan pendakian. 

'Jauh perjalanan Luas pandangan'
^_^






Alhamdulillah, Syukur yang tidak terhingga. Memang penat dan 'ohsem' sangat.
Ya Allah, terima kasih pengalaman yang tidak terhingga ini. Melihat keindahan, penciptaan dan kebesaranMu. Seperti tidak mahu turun dari gunung tu.
SubhanaAllah.

Dan, selepas penat2 mendaki, kitorang gerak ke masjid untuk bersiap-siap. Sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur, singgah makan tengahari di rumah senior. Merasai masakan orang Negeri Sembilan.

Nampak buaian ni, teruja sebab lama sungguh xjumpa buaian macam ni..hehe

 Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang memberikan masa lapang dan kesihatan..
serta menganugerahkan nikmat iman dan islam yang tidak semua orang dapat merasainya.. 






~Little Mashitah~
Home Sweet Home
8:38 pm









0 comment:

Translate

Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon