.

.

Pengikut

RaRe Ver. 2 Ep. 1

 Allahumma Sollia'ala Muhammad.

Alhamdulillah, 
Marilah sama-sama panjatkan kesyukuran kita kepada Allah swt yang telah memberikan kepada kita pelbagai nikmat. Wajiblah kita untuk mensyukuri segalanya kerana segalanya datang dari Allah swt Tuhan sekelian alam.

Alhamdulillah, Kali ini Allah beri kesempatan masa lapang untuk berkongsi atau membuat sedikit laporan tentang Ramadan Reunite Vers. 2 atau lebih mudah dipanggil RaRe2 yang bertempat di Ma'ahad Attarbiyah Al-Islamiyah, Perkampungan Tunjung,Beseri Perlis iaitu sekolah kesayangan.(hehe) 

Segala perancangan dan perbincangan berlaku diantara AJK organisasi Batch generasi 16, Alhamdulillah setelah hampir sebulan lebih merancang, Allah juga telah merancang dimana berlakulah RaRe2 selama 3 hari di dalam bulan Ramadan yang penuh mulia.








Bermulalah kisah.... hehe








Ketibaan ajk-ajk program seawal 8 pagi. Bersiap-siap dan menyambut ketibaan sahibah-sahibah yang lain.







Aktiviti 1 : Sesi berborak-borak dengan k.lang iaitu bekas warden puteri merangkap guru Matri sambil makan aiskrim.








Aktiviti 2 : Kuliah subuh bersama Sir Nasir Salleh di lobi


Didalam penyampaian beliau, Sir menyentuh mengenai Surah Al-Baqarah : 183-186, 
Ayat mengenai kewajiban berpuasa seperti umat yang terdahulu. Ayat ini juga menyentuh tentang Taqwa, kehebatan berpuasa di bulan Ramadan dan menyentuh perkara-perkara ibadah yang khusus di dalam bulan Ramadan.

Baginda bersabda : 
"Seseorang mukmin tidak akan kenyang daripada kebaikan (ilmu). Dia 
akan terus mempelajarinya dan tempatnya disyurga.
-HR Muslim-

Makna taqwa kepada Allah :

1. Allah yang ditakuti - Allah tidak  melihat kamu berada didalam larangan-laranganNya dan tidak kehilangan kamu di dalam perintahNya.

2. Cegah diri daripada azab Allah -  Dengan membuat amal soleh dan takut kepadaNya dikala bersendirian.


Surah An-Nisa : 1
' Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu minta dengan memutuskan namaNya.
(Awasilah daripada memutuskan silaturahim) antara kerabat. 
Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kami'.








Cerita akan bersambung..........






0 comment:

Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon