.

.

Pengikut

Dinner AMITS 2014.

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua? heee.. (mcm ramai je yg baca blog ni..)
Apa2 pun, diharap semuanya sihat2 belaka lah..

Alhamdulillah...
Post untuk saat ini..cerita tentang "Makan Malam AMITS 2014"
Dengar je perkataan "makan malam" perkara pertama yang akan difikir adalah "BAJU".
Betul x??? hehe
Bukan nak cerita pasal baju apa yang diorang pakai..tapi nk cerita sikitla pengalaman dan perkongsian untuk makan malam yang terakhir sebagai pelajar KTD...


Senior Last

Ini adalah Makan Malam yang kali ke-3 yang pernah saya ikuti sepanjang belajar di KTD dan menjadi ahli dalam Persatuan AMITS atau nama panjangnya Association Multimedia n IT Students..

Tujuan makan malam yang julung-julung kalinya diadakan pada setiap 2 semester (1 tahun) adalah untuk meraikan senior-senior semester akhir, sudah masanya untuk berpisah..huhu
Makan malam kali terakhir itu bertemakan "Heart and Soul Ocean"..

Jadi, bila dikatakan Ocean..Mestilah warna biru kan?..hihi
Alhamdulillah, walaupun sedikit kekurangan tapi ianya satu kenangan buat kami-kami yang senior ni..
Segala usaha kerja junior-junior yang disayangi...

ok..
Biarlah gambar yang berbicara... ;)

Afiqah dan Puan Husna

Bersama Puan Faznita Ismail

Afiqah, Khairiah dan Puan 'Afidatul Syakirah

KAMI.... Batch 2011/2012

Gambar pun dah berbicara..
Tangan pun dah tidak tahu nak tekan apa..
Jadi, sampai sini je lah untuk post yang ni..
Semoga Allah Redha semuanya..Amin.


Little Mashitah
~Home sweet home~
29/4/14




0 comment:

Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon