.

.

Pengikut

Minggu pertama di JDK Zon Utara...

air terjun yang menyegarkan..


Little Mashitah...

Alhamdulillah..akhirnya Allah memberi kesempatan untuk aku mencoret sedikit pengalaman yang amat sukar untuk dilupakan.Selawat dan salam tidak lupa juga buat Rasulullah s.a.w kerana dengan titik peluh baginda juga kita dapat menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.Tanpa Baginda aku tidak akan menjadi seperti sekarang..(Islam)..

25 DISEMBER 2010..


Aku dan Atikah(kawan dari maktab mahmud alor setar) bersiap-siap untuk bertolak pergi ke B.A Resort yang terletak tidak jauh dari rumah ku.Kegembiraan dan kegelisahan menyelubungi diri ku ini.Aku makin tidak percaya,aku akan pergi selama 22 hari tapi aku mungkin mudah untuk menyesuaikan diri di sana..

Aku bertolak dari rumah kira-kira pukul 10.30 pagi,rancangan aku untuk bertolak lebih awal tapi apakan daya abah aku terlalu sibuk untuk menguruskan peserta-peserta yang tiba dari negeri masing-masing,mereka tidur di Koperasi Ihsan.
Akhirnya,umi ambil keputusan untuk menghantarku dan Atikah..lagipun umi ada hal juga di JDK.Dalam perjalanan dadaku semakin berombak-ombak,semakin hampir semakin laju jantungku.Aku hanya berdoa.


"Ya Allah,berilah yang terbaik untukku.."


doa yang ringkas,yang sentiasa dibibirku.Kereta yang dipandu oleh umiku meluncur laju memasuki padang yang terletak diatas bukit..

"Alhamdulillah dah sampai.."umiku mengucapkan tahmid..
Aku dan Atikah turun dari kereta tapi aku lebih segera pergi menuju ke tempat pendaftaran untuk memberi "kertas karbon kepada urusetia pendaftaran"..
sampai sahaja di situ,aku melihat ramai peserta sudah ada disitu..samada putera mahupun puteri.kawan dari matri pun ada yang sudah sampai..khadijah,izzati dan ummu farah.

...

selesai mendaftar aku dan peserta lain dipanggil untuk berkumpul di surau,sementara menunggu makan tengahari.Muqaddimah sebentar oleh Penolong Kem Kom 2 iaitu kak Haizum.Taaruf sebentar bersama rakan-rakan yang lain.

.....

Semua peserta diminta untuk berkumpul di dewan utama.Baru hari pertam,jadi masih duduk dalam group masing-masing,pelajar matri paling ramai disitu,semua duduk dekat-dekat..mana taknyer tak kenal orang lain lagi time tu..termasuklah aku..tapi sebelah aku kawan dari smik,
waktu ni,bagi tahu sama kem kom dan sapa penolong kem kom..lepas tahu,akak ngan abg fasilitator buat satu game,game puzzle..setiap sorang dapat sekeping kertas(surat khabar),kena cantumkan dan menjadi sekeping surat khabar semula,sahabat vs sahibah,siapa yang siap dulu dan tercantik..
yang kurang kemas tapi boleh baca..yang sahabat kemas tapi tak boleh baca..entah la..


Hari pertama,semua peserta tidak kenal sesama sendiri lagi,jadi masing-masing buat haluan masing.matri..smik..smakl..dan bukan ips..

kem komandan mengharapkan 2 syarat sebelum kita semua memulakan hari-hari kita selama 22 hari,
1)Ikhlas kerana Allah tidak kira dalam apa jua yang kita lakukan

2)Sediakan hati untuk diproses @ dibentuk,cuba sedaya mungkin untuk dapat apa yang patut.

dua syarat dari kem komandan sebelum check in dalam dorm...

Dua hari pertama,dipenuhi dengan Modul Orientasi..


Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah kerana dapat lagi kita menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan nikmat islam.bersyukur juga kerana Allah telah memilih hati-hati ini untuk berada bersama-sama dalam mencari keredhoanNya.juga rasa bersyukur kerana antara banyak-banyak manusia yang sama umur ngan kita semua Allah pilih seramai 82 orang sahaja yang dapat merasai segala apa yang ada di sini.

Dan semua pilihan Allah itu adalah yang terbaik untuk diri dan segalanya,jadi apabila sudah menjadi peserta bagi JDK Zon Utara ini,mestilah sentiasa membuka hati untuk menerima apa yang ada.Sememangnya tidak diakui lagi bahawa tempat lain lengkap dengan pelbagai kemudahan,tetapi Allah telah menetapkan JDK Zon Utara ini di tempat yang pedalaman.(dalam hutan).masa nak masuk pun,jumpa rumah,pastu masuk dalam hutan pulak.Setiap tempat ada kehebatan dan kelemahan tersendiri.

Ilmu atau Tarbiyah itu bukan hanya terdapat di tempat yang penuh dengan kemudahan sahaja.Ia boleh dimana-mana walaupun dalam tandas sekali pun.
Walaupun tempat di JDK Zon Utara serba kekurangan,ia juga adalah tempat yang paling best dan tempat yang banyak mengajar kita semua erti kesabaran,kesederhanaan,ukhuwah dan keikhlasan.

"Dimana ada manusia disitu ada dakwah,
Dimana ada dakwah disitu ada pendakwah,
Dimana ada pendakwah disitu ada tarbiyah."

Dua hari sebelum mulanya Modul anjakan paradigma..perlantikan penghulu dan penghuluwati..serta taaruf bersama..

Amanah penghulu dipegang oleh saudara Shaatibi dari SMAKL..manakala amanah penghuluwati dipegang oleh saudari Robi'atul dari MATRI...

bersambung..di Modul Anjakan Paradigma..

BY..LITTLE MASHITAH
JDK ZON UTARA..


0 comment:

Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon