.

.

Pengikut

Pilihan Allah

Little Mashitah..
Bismillahirrahmanirahim...

"Demi Masa,Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,melainkan orang yang beriman dan beramal soleh..."
(Al-Asr)

Allah sudah bersumpah dengan masa,bahawa manusia ini dalam kerugian..dan Allah juga telah berfirman dalam satu hadis...

"Dua nikmat yang manusia sering lalai iaitu nikmat sihat dan masa lapang.."

.......................................................

Masa berlalu begitu pantas tanpa memikirkan ada makhluk yang memerlukannya..pejam celik-pejam celik,hampir seminggu Kem Jatidiri berlalu pergi..tanpa disedari..


sebelum kem jdk..

DI MATRI:

bermonolog sendirian.."ermm,lepas SPM ni,kena pergi kem..ishh..aku mesti pergi.cuti lama tak kan tak der buat apa kot kat rumah.."..
Bagi aku..aku merasakan cuti lama itu adalah satu jangka masa yang panjang..dan dalam tiga minggu itu,aku boleh buat apa sahaja yang aku nak..contohnya:amik lesen motor,belajar menjahit,memasak dan aktiviti bersama kawan..
tapi..rupanya..aku salah mentafsir...


aku call abah..

"abah..cuti nantikan ada JDK..boleh tak,.. nak pergi?.."
"pergila.."
"tapi bukan mahal ke?..tak susahkan abah ker?"
"pergi dulu..duit tu nanti abah carila..."

aku bermonolog lagi..:"ish..kalau tak dapat gi JDK mesti boring.."

kelas bersama Sir Nasir...
tajuk:Kem Jatidiri dan Kesukarelawan..

Kelas hari ni..Sir hanya bercakap mengenai kem jatidiri dan kesukarelawan..setiap seorang mendapat brochure dan borang penyertaan..terdapat tiga tempat yang tawarkan iaitu Zon Utara,Zon Tengah dan Zon Timur..aku memilih untuk pergi ke Zon Utara kerana tempat itu tidak jauh dari tempat tinggal ku..melihat kepada harga yuran..memang aku rasa tidak mampu untuk membayarnya..tapi sir cakap..jangan fikirkan pasal bayaran lagi..sekarang tentukan samada pergi atau tidak..

DI RUMAH:

"Umi nanti ada JDK..umi ngan abah kasi ke pergi..?"
"takkan umi ngan abah tak kasi..pergila.."
"tapi..bayaran mahal..RM550..tak per ker?"
"tak per..abah ngan umi bley cari.."

malam itu.. aku bertanya lagi..

"abah tak per ker pergi jdk??"
aku rasa serba salah untuk pergi..
"pergi jer.."
"ermm.."
"dapat zon mana?"
"ha??dapat?..achik pilih yang dekat je la.."
"hermm..nak duk bawah ketiak abah jugak"
aku makin tak paham..apa mksud abah..

esoknya,abah tanya aku..

"nak pi jdk mana?"
"yang dekat la"
"tak nak pi tempat lain ka?
"susah la..jauh.."
tiba-tiba,aku terfikir satu soalan..
"abah ada apa-apa jawatan ker kat jdk?"
"tanya umi"
aku tanya umi....
"ada ker umi?"
"abah la pengarah JDK Zon Utara.."
baru aku faham kenapa selama ini abah aku tenang saja bila aku tanya pasal duit..
dan akhirnya...



DI MATRI:

berita mengenai perubahan tempat dan pemilihan zon..
"wei,hampa semua nak tahu tak..Zon utara bukan buat kat tapah..tapi kat kuala kangsar..pastu..pelajar IPS sekolah yang tentukan dier tu zon mana.."
bagi aku..satu kejutan..kerana tempat terbaru itu lagi dekat dengan tempat tinggal aku..dan pasal pemilihan zon..aku tak berapa kisah sangat..tapi kalau boleh aku nak yang dekat...

aku call abah aku lagi..

"abah,jdk zon utara lagi dekat la.."
"abah tahu..erm..dapat zon mana??"
"ntah..tak tahu pun..cikgu tak ckp lagi.."
"aik..mana boleh tak dapat lagi..semua sekolah dapat dah..(IPS)"
"ntah la.."

beberapa hari kemudian:

senarai nama peserta dan zon yang terpilih..waktu itulah..ramai kawanku tidak percaya..ada yang pergi jauh dari tempat tinggal..ada yang dekat dengan tempat tinggalnya..macam aku..Alhamdulillah Allah izin,aku dapat JDK Zon Utara..so aku hanya berdiam sahaja..hanya mendengar luahan perasaan kawan-kawanku..aku tahu..Allah pilih aku untuk berada dekat disamping keluarga pasti ada hikmahNya..jadi aku hanya menerima dengan seadanya..tambahan pula,tempat itu sudah menjadi satu kebiasaan bagi ku...

AKHIRNYA SPM TAMAT....

semua pulang ke rumah dengan harapan dapat berjumpa di JDK...

Aku rasa amat bersyukur kepada Allah kerana Allah telah memudahkan urusan umi ngan abah..serta aku juga..dan teringat kawan cakap kat matri.."FIRST IS THE BEST"....
selepas pada itu aku mula membukakan hati ku untuk menerima segalanya...

bersambung...di JDK Zon Utara....

0 comment:

Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon