.

.

Pengikut

cerpen

JIBRIL a.s,KERBAU,KELAWAR DAN CACING.


Suatu hari Allah s.w.t memerintahkan malaikat Jibril a.s,untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah s.w.t. sebagai seekor kerbau.Malaikat Jibril a.s. segera menemui si kerbau.

Di siang yang panas itu,si kerbau sedang berendam di sungai.Malaikat Jibril a.s mendatanginya lalu bertanya kepada si kerbau,"hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai seekor kerbau?".si kerbau menjawab,"Masya Allah ,Alhamdulillah,aku bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menjadikan aku seekor kerbau,daripada aku dijadikan-Nya seekor kelawar,yang mandi dengan kencingnya sendiri".Mendengar jawapan itu,Malaikat Jibril a.s. segera menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril a.s mendatangi seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantung didalam sebuah gua.Kemudian mula bertanya kepada si kelawar,"hai kelawar,apakah kamu senang dijadikan Allah s.w.t. sebagai seekor kelawar?"."Masya Allah,Alhamdulillah,aku bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menjadikan seekor kelawar daripada aku dijadikan-Nya seekor cacing.Tubuhnya kecil,tinggal dalam tanah,berjalan menggunakan perut",jawab kelawar.Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril a.s bertanya kepada si cacing,"wahai cacing kecil,apakah kau senang telah dijadikan Allah s.w.t sebagai seekor cacing?".Si cacing menjawab"Masya Allah,Alhamdulillah,aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku seekor cacing,daripada dijadikan-Nya aku seorang manusia.Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati,mereka akan diseksa selama-lamanya...

0 comment:

Translate

Terdapat ralat dalam alat ini
Dikuasakan oleh Blogger.
 
..::Little Mashitah::.. Blog Design by Ipietoon